Anggun's Literature SEL 2.50 PTG Apa pula maksudnya kalau diasingkan baris demi baris. Contohnya, maksud 'Kelip-kelip kusangka api' Adakah membawa maksud fitnah? | “Kelip-kelip kusangka api, kalau api mana putungnya” ialah pembayang maksud pantun. “Hilang ghaib kusangka mati, kalau mati mana kuburnya” pula ialah maksud sebenar yang hendak disampaikan. Pembayang maksud sebaiknya menggunakan bahasa simbolik atau berkias yang berkaitan dengan unsur alam yang mampu menggambarkan keperibadian bangsa Melayu yang suka menyatakan sesuatu maksud secara berselindung dan berkias untuk menyatakan maksud sebenar. | Lain-lain | 06.06.2017 |
Anggun's Literature SEL 12.32 PAGI Salam. Boleh saya tahu maksud pantun Kelip-kelip kusangka api, kalau api mana putungnya, hilang ghaib kusangka mati, kalau mati mana kuburnya. Saya sudah membuat carian di google, tapi masih belum dapat jawapan. T.kasih | Pantun merupakan karya sastera bentuk puisi lama yang sudah dikenal dalam masyarakat nusantara sejak dulu kala. Menurut Hashim Awang (1985) memperincikan sastera sebagai hasil ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Hasil sastera disebarkan melalui bahasa manakala bahasa mampu memancarkan keindahan yang terkandung dalam karya sastera. Wahana bahasa menjadikan karya sastera dapat difahami segala isi dan tujuan yang mahu dilakarkan oleh pengarang. Karya sastera membicarakan apa yang berlaku dan terlibat pada sesuatu masyarakat sambil mengemukakan sikap, nilai dan pandangan tertentu. Bagi Ali Ahmad (1994) karya sastera terkandung di dalamnya nilai-nilai estetika atau keindahan manakala bahasa sastera lahir bersama-sama pembinaan rasa, cita-cita, imaginasi kehidupan, dan fikiran. Selain itu karya sastera tidak dapat lari dari membawa bersamanya unsur nilai yang ada perkaitan dengan keagamaan, kebudayaan, dan kemasyarakatan. Pembaca memiliki kebebasan dalam menganalisa dan memahami sesuatu karya sastera terutamanya pantun. kadang-kadang satu rangkap pantun saja boleh menyampaikan mesej yang pelbagai mengikut pemahaman pembaca. Berdasarkan rangkap pantun Kelip-kelip kusangka api, kalau api mana putungnya, hilang ghaib kusangka mati, kalau mati mana kuburnya. salah satu cara menafsirkannya ialah dengan melihat kata kunci maksud pantun tersebut "mati" dan "kubur" yang pada umumnya mengungkapkan tentang manusia. Pantun ini boleh saja ditafsirkan sebagai bidalan dan perumpamaan kepada perhubungan individu dengan individu lain (saudara/sahabat) yang sudah sekian lama terpisah dan terputus hubungan sehingga tidak dapat diketahui individu tersebut masih hidup atau sudah meninggal. | Lain-lain | 30.05.2017 |
Salam, apakah beza penggunaan 'rupanya' dengan 'rupa-rupanya'? Harap tuan/puan nyatakan ayat contoh. Terima kasih. | Rupa atau rupanya bermaksud perihal sesuatu benda yang kelihatan dari luar; sebetulnya, manakala rupa-rupanya bermaksud kiranya atau barangkali. a) Kusangka dia ada di rumah, rupanya dia sudah keluar b) Rupa-rupanya rundingan damai di Paris itu akan berhasil. | Tatabahasa | 30.04.2014 |