Yang manakah lebih sesuai, 1. operasi pungutan tol atau 2. operasi kutipan tol atau ada lain-lain istilah yang lebih tepat? Terima kasih. | Jawapan yang tepat ialah operasi memungut tol ataupun operasi mengutip tol. Terima kasih. | Tatabahasa | 15.01.2009 |
Saya dari industri pengangkutan (transportation) ingin dapatkan terjemahan dalam bahasa melayu bagi perkataan berikut untuk dimuatkan dalam "Consignment Note" kami. Harap dapat terjemahan yang bersesuaian dengan terma logistik 1) Delivery Date 2) Planned Delivery Date 3) Pick-up 4) Walk-in 5) Cash on delivery 6) Cash on collection 7) Consignment number 8) Fixed delivery time | 1) Delivery Date = Tarikh Penyerahan 2) Planned Delivery Date = Tarikh Penyerahan Dirancang 3) Pick-up = Kutipan 4) Walk-in = Kutipan Sendiri 5) Cash on delivery = Tunai Semasa Penyerahan 6) Cash on collection = Tunai Semasa Kutipan 7) Consignment number = Nombor Konsainan 8) Fixed delivery time = Masa Penyerahan yang Ditetapkan | Penyemakan dan penterjemahan | 08.10.2014 |
apakah kesalahan imbuhan dan tatabahasa dalam ayat di bawah? 1. Kawasan rekriasi diwujudkan bagi memberi peluang kepada anggota masyarakat untuk beriadah. 2.Penjual surat khabar lama mengwar-warkan kutipkan kertas dan majalah lama di kawasan perumahan tersebut. | 1. Kawasan rekreasi diwujudkan untuk memberi peluang kepada anggota masyarakat untuk beriadah. 2. Penjual surat khabar lama menguar-uarkan kutipan kertas dan majalah lama di kawasan perumahan tersebut. | Tatabahasa | 28.02.2013 |
Assalamualaikum wbt, Tuan/Puan, Apakah padanan yang paling sesuai untuk istilah-istilah berikut dalam Bahasa Melayu? 1. Citations 2. Faculty 3. Peer review Istilah-istilah ini digunakan dalam sistem Quacquarelli Symonds World University Rankings namun saya kurang pasti apakah padanan yang paling sesuai untuk istilah-istilah ini dalam Bahasa Melayu. Sila rujuk lampiran berikut untuk pemahaman lanjut. Semoga pihak DBP dapat membantu saya. Sekian, terima kasih. Wassalam. | Cadangan terjemahan kami adalah seperti yang berikut: (i) ctations - kutipan (ii) faculty - fakulti (iii) peer review - kajian/tinjauan semula setara Jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya, terjemahan ini boleh digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.10.2015 |
1. Apakah perbezaan penggunaan perkataan "diakui" dan "diperakui"? 2. Apakah takrif "MATAN"? 3. Apakah perbezaan penggunaan perkataan "pungutan" dan "terimaan"? | Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 217, bentuk-bentuk apitan diper-...-i seperti diperolehi, diperakui dan dipersetujui merupakan bentuk terbitan yang lewah. Bentuk yang gramatis bagi diperakui ialah diakui atau diperakukan. Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman berkenaan. Menurut data kami, maksud matan ialah 1. naskhah asli, teks (untuk syarahan dan lain-lain); 2. nas yang terdapat pada akhir sanad; 3. erti atau maksud sesuatu ayat. Maksud pungutan ialah sesuatu yang dipungut, pendapatan (perolehan, hasil) memungut: kata ~; wang ~; ~ suara a) referendum; b) pilihan raya; ~ zakat hasil kutipan zakat. Terimaan bermaksud apa-apa yang diterima. | Makna | 13.11.2015 |