Tuan, Mana yang betul: Kempen Anti-Kutu Sampah ( ada tanda sangkang ), atau Kempen Anti Kutu sampah ( tiada tanda sangkang) Terima kasih. | Anti- ialah bentuk terikat dan perlu ditulis rapat dengan kata yang mengikutinya. Contohnya, antikomunis dan antirasuah. Walau bagaimanapun, sekiranya kata yang mengikutinya ialah kata nama khas dan bermula dengan huruf besar, tanda sempang perlu digunakan. Contohnya anti-Amerika dan anti-Yahudi. Betul - Antikutu sampah | Tatabahasa | 13.08.2012 |
Salam Tuan,, manakah yang betul, kempen antikutu sampah (antikutu satu perkataan), atau kempen anti-kutu sampah ( ada tanda sengkang) atau kempen anti kutu sampah ( tiada tanda sengkang) Mohon penjelasan segera tuan. Terima kasih. | Salam Encik Musa, Anti- ialah bentuk terikat dan perlu ditulis rapat dengan kata yang mengikutinya. Contohnya, antikomunis dan antirasuah. Walau bagaimanapun, sekiranya kata yang mengikutinya ialah kata nama khas dan bermula dengan huruf besar, tanda sempang perlu digunakan. Contohnya anti-Amerika dan anti-Yahudi. Dalam konteks perkataan di atas antikutu sampah perlu ditulis rapat. | Ejaan | 24.08.2012 |
Helo, Selamat Petang. Rumah saya baru-baru ini telah berlaku dimana Hama ( nama ini kawan yang beritahu ) menyerang. Saya rasa mungkin disebabkan oleh burung yang bawa hama. Saya telah cuba cari perkataan "hama" di internet. Namun semuanya kurang menyakinkan. Bolehkah tuan / puan tolong kongsikan apa itu hama? Apakah nama ingeris untuk hama? Dengan ini, saya boleh dapat lebih banyak infomas. Harap maaf sekiranya menganggu. Sekian Terima kasih. | Hama ialah:1. penyakit, kuman yang menyebabkan penyakit; 2. kutu yang terdapat pada bulu atau pada tubuh ayam; dan 3. haiwan perosak yang seni (kecil), berbentuk leper, berkaki lapan dan berwarna merah. Hama dalam bahasa Inggeris ialah mite. Untuk maklumat lanjut tentang perkataan hama atau perkatan-perkataan lain, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 04.05.2011 |
DAPATKAH TUAN MENGHANTAR PANTUN SELOKA SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN | Antara contoh pantun: Pasang lampu pasang pelita, Pasang mari laut jambatan; Kekalnya jodoh jangan dipinta, Memang jodoh jadi suratan. Budak-budak duduk di pintu, Apa dibuat mencari kutu; Habislah wang beribu-ribu, Sukalah hati mendapat menantu. Saudara digalakkan merujuk buku Kurik Kundi Merah Saga, Kumpulan Pantun Lisan Melayu, terbitan DBP untuk mendapatkan pantun-pantun lain yang lebih menarik. | Lain-lain | 19.02.2010 |
Salam. Boleh saya tahu maksud semua istilah serangga ini dalam Bahasa Melayu. (Dobsonfly, lacewing, fishfly, snakefly, sawfly, weevil, scorpionfly, caddisfly, booklice, barklice, mantidfly, stonefly, firebrat, bristletail, hellgrammite.) Saya harap Kamus Dewan Edisi seterusnya dapat memasukkan istilah-istilah ini yang diMelayukan. Terima kasih. | Untuk makluman, istilah serangga yang mempunyai padanan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: 1. lacewing - sibur-sibur 2. sawfly - lalat gergaji 3. weevil - kekabuh 4. scorpionfly - serangga jengking 5. booklice - gegat buku/kutu buku 6. firebrat - gegat 7. bristletail - gegat ekor kejur 8. caddisfly -serangga kadis Istilah yang lain akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 05.04.2013 |