Salam. Apakah cadangan pihak DBP bagi terjemahan untuk label-label generasi yang berasal daripada bahasa Inggeris? Khususnya "the lost generation," "the greatest generation," "the silent generation" dan "baby boomer generation"? Terima kasih. | Berdasarkan data rujukan kami, terdapat istilah seperti yang berikut: i. lost generation – generasi hilang ii. silent generation – generasi senyap Manakala, cadangan padanan terjemahan yang boleh digunakan mengikut konteks ayat yang sesuai bagi the greatest generation ialah generasi terhebat. Bagi baby boomer generation pula, pihak kami akan membincangkan terlebih dahulu dalam Jawatankuasa Istilah Semasa bagi mendapatkan padanan yang sesuai. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.01.2022 |
Saya perlukan bantuan untuk menterjemahkan istilah-istilah berikut dalam usaha saya untuk menukar semua label-label bahasa Inggeris yang ada di bilik kawalan di tempat kerja saya. 1. PAGER STATION 2. STATIONARY CABINET 3. TOOLS CABINET 4. FIRE FIGHTING SAFETY GEARS 5. LOBBY WORKSTATION 6. 5S CABINET 7. RECYCLE PAPER | Untuk perhatian saudara kami hanya akan menyemak cadangan terjemahan yang telah dibuat dalam bahasa Melayu. Untuk khidmat penterjemahan sila rujuk Persatuan Penterjemah Malaysia di talian: 03-21424381. | Lain-lain | 16.05.2009 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya, bagi entri 'makruh' dalam kamus dewan, mengapakah ia diberi label Ar(ab) dan bukannya label Isl(am) ? Mohon penjelasan mengapa terdapat perbezaan dengan Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) mengenai label bagi entri 'makruh'. Selain itu, adakah semua kata yang Isl(am) berasal dari bahasa Arab? Adakah semua kata Ar(ab) berhubungan dengan agama Islam Sekian terima kasih. | Kamus Dewan memberi label mengikut etimologi kata, bukan konteks penggunaannya. Contohnya label Ar bermaksud kata makruh bersumberkan bahasa Arab dan lazimnya istilah atau kata umum yang berkaitan dengan agama Islam berasal daripada bahasa Arab kerana sumber hukum diambil daripada kitab Arab. Untuk makluman entri kata Arab dalam Kamus Dewan diselia oleh pakar dalam bidang berkenaan. | Istilah | 16.06.2020 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya, bagi entri 'makruh' dalam kamus dewan, mengapakah ia diberi label Isl(am) dan bukannya label Ar(ab) ? Mohon penjelasan mengapa terdapat perbezaan dengan Kamus Besar Bahasa Indonesia mengenai label bagi entri 'makruh'. Sekian terima kasih. | | Tatabahasa | 16.06.2020 |
Puan Li membaca label harga di/pada kotak minuman. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah Puan Li membaca label harga pada kotak minuman. | Lain-lain | 10.09.2021 |
Bagi ayat "Pack and label your parcel correctly", ayat yang mana lebih bersesuaian? 1. Bungkuskan dan labelkan bungkusan anda dengan betul ATAU 2. Bungkus dan labelkan bungkusan and dengan betul ATAU 3. Bungkus dan label bungkusan anda dengan betul. Mohon pencerahan. | Ayat yang betul ialah: Bungkuskan dan labelkan bungkusan anda dengan betul. Selain itu tuan juga boleh menggunakan ayat ini: Sila bungkus dan label bungkusan anda dengan betul. | Tatabahasa | 24.03.2023 |
1. Adakah terdapat sebarang peraturan mewajibkan label dan bungkusan produk yang dipasarkan di Malaysia menggunakan bahasa Melayu/Malaysia? 2. Bolehkah label dan bungkusan produk hanya menggunakan bahasa Inggeris? Diharapkan pihak DBP dapat memberikan komen dan pandangan mengenai perkara ini secepat mungkin. Terima kasih. | Sila rujuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri saudara/ saudari untuk mengetahui sebarang peraturan bagi melabel membungkus produk. Untuk makluman saudara/ saudari, DBP hanya mengesahkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam iklan. Harap maklum. | Lain-lain | 13.08.2007 |
Saya ingin tahu yang mana penggunaan label yang betul? "PEPERIKSAAN SEDANG DIJALANKAN" atau "PEPERIKSAAN SEDANG BERJALAN". Mohon sedikit huraian berkaitannya. | Penggunaan label yang betul ialah Peperiksaan sedang berlangsung. Kata 'jalan' (sesuatu yang bergerak) ia, mestilah dipadankan dengan sesuatu/perkara yang kita nampak, tetapi di sini peperiksaan bukanlah perkara yang kita nampak. Jadi perkataan dijalankan tidak sesuai. Terima kasih. | Tatabahasa | 16.02.2007 |
Apakah cara yang betul untuk menyebut perkataan "label"? Adakah sebutannya sama dengan sebutan Bahasa Inggeris? Bolehkah tunjukkan di mana tempat untuk merujuk cara menyebut perkataan Bahasa Melayu dengan betul? Terima kasih. | Cara menyebut perkataan label ialah [la.bel]. Sebutan bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain didasarkan kepada pedoman umum yang menghendaki supaya setiap huruf dilafazkan menurut nilai bunyinya dalam bahasa Melayu. Saudara boleh merujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi untuk sebutan bahasa Melayu yang betul. | Ejaan | 28.07.2021 |
Salam sejahtera. Bagaimanakah cara menyebut perkataan 'label' yang betul dalam bahasa Melayu. Adakah mengikut sebutan bahasa melayu sebenar, atau mengikut cara menyebut bahasa inggeris? | Sebutan perkataan “label” dalam bahasa Melayu ialah lɑ·bəl. | Lain-lain | 12.08.2021 |