| (1) WP Labuan atau W.P Labuan atau W.P. Labuan ? (2) Mengapakah Internet dieja dengan huruf besar? Kata nama khas atau akronim? (3) pertandingan karaoke atau pertandingan nyanyian karaoke? | 1. Penggunaan yang betul ialah WP Labuan 2. Ditulis dengan huruf besar kerana merupakan nama khas. 3. Penggunaan yang betul ialah Pertandingan Nyanyian | Tatabahasa | 01.10.2019 |
| Apakah terjemahan yang terbaik untuk ' Substance Requirements' ? (Ekonomi) Ini bukan bahan. Ia merujuk kepada keperluan fizikal ekonomi di Labuan Contoh ayat: The substance regulation was gazetted on 31 December 2018 and took effect on 1 January 2019. With the amendments made to Labuan legislations, FHTP has concluded that Labuan IBFC is in compliance with the FHTP’s standards and not harmful. | Tiada istilah khusus untuk "Substance Requirements" namun "Substance Requirements" bermaksud keperluan fizikal ekonomi. | Istilah | 27.08.2019 |
| Maharatu Rafidah Mohamad Sep 27th, 3:55pm Salam sejahtera. Saya Rafidah Binti Mohamad. Mewakili Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA). Saya ingin bertanya tentang sesuatu. PERWILA ingin menerbitkan sebuah manuskrip yang mana manuskrip itu adalah hasil karya-karya yang dipertandingkan dalam Sayembara Menulis Cerpen/Puisi Labuan 2014 anjuran PERWILA baru-baru ini. Oleh itu, saya ingin bertanya, bagaimanakah untuk PERWILA menghantar manuskrip tersebut yang mana manuskrip itu mengandungi 43 buah puisi dan 9 buah cerpen kesemuanya? Dan jika ingin menghantar melalui email, bagaimanakah caranya? Dan jika kami ingin menghantar ke Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah pula bagaimana? Terima kasih. | Assalamualaikum, Puan Faridah, Untuk makluman puan, kandungan manuskrip tersebut kelihatannya relatif sedikit (43 buah puisi dan 9 buah cerpen) dan belum mencapai spesifikasi yang ditetapkan oleh DBP. Mungkin pihak puan boleh mengumpulkan karya yang PERWILA perolehi daripada aktiviti-aktiviti yang lain (lebih baik diterbitkan secara berasingan untuk memudahkan pengkategorian genre). Walau bagaimanapun, pihak puan masih boleh menghantar manuskrip tersebut kepada kami untuk tujuan penilaian dan pertimbangan selanjutnya. Mohon pihak puan lengkapkannya dengan izin terbit daripada semua penulis yang terlibat. Manuskrip yang lengkap bolehlah dihantar kepada: Pengarah, Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 27.09.2014 |
| ....telah disahkan menghidap jangkitan penyakit Chicken Pox (Varicella) oleh pegawai perubatan dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan. Untuk ayat di atas, pegawai perubatan perlu huruf besar atau kecil ye? | Berdasarkan contoh teks “....telah disahkan menghidap jangkitan penyakit Chicken Pox (Varicella) oleh pegawai perubatan dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan”, ejaan “pegawai perubatan” ditulis menggunakan huruf kecil. | Tatabahasa | 09.11.2023 |
| Lepas perkataan “berkata”perlu tanda koma atau tidak perlu tanda koma?Contoh ayat:Ketua Pengarah Kesihatan,Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata bahawa kes di tiga negeri itu dan Labuan meningkat secara purata 2.6 peratus selama tujuh hari kebelakangan ini | Penggunaan yang betul ialah tiada koma dan tukar berkata kepada menyatakan atau memaklumkan; Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menyatakan bahawa kes di tiga negeri itu dan Labuan meningkat secara purata 2.6 peratus selama tujuh hari kebelakangan ini. | Tatabahasa | 16.07.2021 |
| Apakah perbezaan antara istilah berikut: - disebarluaskan; dan - dilebarluaskan? Apakah istilah yang paling sesuai bagi ayat berikut sama ada 'disebarluaskan' atau 'dilebarluaskan': " Berbanding DPN 2006, Kajian DPN2 telah disebarluaskan ke Negeri Sabah dan WP Labuan. " Terima kasih. | Perkataan yang tepat ialah disebarluaskan. Kata dasarnya ialah sebar luas yang bermaksud menyebarkan sesuatu secara meluas; menyebarkan sesuatu dengan berbagai-bagai cara sehingga diketahui di serata tempat. | Makna | 24.05.2016 |
| apa maksud negeri, apa maksud wilayah persekutuan? adakah wilayah persekutuan dikira sebagai sebuah negeri dan berapa bilangan negeri di malaysia? | Salam sejahtera, Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat negeri bermaksud daerah tempat tinggal (kampung, negara, dll). Selain itu negeri juga beerti daerah yang di bawah perintah seorang sultan atau gabenor. Untuk mengetahui maksud yang lebih jelas mengenai perkataan 'negeri' sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1075. Manakala maksud wilayah persekutuan pula ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan. Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong. Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan" title="Labuan">Labuan dan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu kota Persekutuan, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan. Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan tiga Wilayah Persekutuan. Jadi Wiayah Persekutuan tidak dikira sebagai sebuah 'negeri' | Lain-lain | 01.12.2012 |