| Assalamualaikum... Saya ingin bertanya tentang penjodoh bilangan untuk lada hitam. Jika keadaan lada hitam itu terpisah tidak sejambak atau satu sahaja lada hitam, apakah penjodoh bilangan yang sesuai sebutir atau sebiji? Terima kasih | Waalaikumussalam, Penjodoh bilangan bagi lada hitam ialah sebutir kerana ia merujuk biji yang kecil-kecil seperti padi.
| Tatabahasa | 25.06.2015 |
| Mohon tajuk yang betul. "Manual Penanaman Lada" atau "Manual Tanaman Lada" | Tajuk yang betul ialah "Manual Penanaman Lada". | Tatabahasa | 15.08.2017 |
| ASSALAMUALAIKUM SAYA INGIN BERTANYA APAKAH PERBEZAAN ANTARA CILI DAN LADA? | Cili dan lada sama sahaja, nama saintifiknya ialah Capsicum spp. | Makna | 03.05.2013 |
| Adakah ayat dibawah sesuai digunakan dengan tatabahasanya? Perap 170gm stik dengan 6 sudu besar sos lada hitam. Panaskan minyak di atas api sederhana, goreng stik selama 3-4 minit. Panaskan baki sos lada hitam dengan hirisan bawang besar dan tuang ke atas stik. | Perap 170 gram stik dengan 6 sudu besar sos lada hitam. Panaskan minyak menggunakan api sederhana. Goreng tohor stik selama 3 hingga 4 minit. Panaskan baki sos lada hitam dengan hirisan bawang besar dan tuangkan ke atas stik. *Goreng tohor merujuk kepada pan fry | Tatabahasa | 29.12.2023 |
| Mana satu yang tepat? 1) Mak Mah menumbuk lada itu hingga lumat. 2) Mak Mah menumbuk lada itu hingga hancur. | Kedua-duanya betul. Walaua bagaimanapun, perkataan yang paling tepat ialah lumat. | Tatabahasa | 25.05.2010 |
| Bagi sesautu yang ditumbuk seperti lada, apakah kata adjektif yang tepat 'hancur' atau 'lumat'? | Jawapan yang betul ialah lumat. Contoh ayat, lada ditumbuk hingga lumat. | Lain-lain | 04.05.2010 |
| Apakah maksud perkataan bahasa tradisional ... bubunya diambil daripada Burung terbang dipipiskan lada | Berdasarkan rujukan daripada Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi kedua yang disusun oleh Abdullah Hussain, Burung terbang dipipiskan lada bermaksud sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh.
| Sastera | 02.06.2017 |
| Tuan/Puan, Mohon diterjemahkan perkataan ini. Traceability origin of pepper Jong Chian Lai | Terjemahan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah: Asal-usul lada yang dapat dikesan atau maklumat asal-usul lada yang dapat dikesan | Penyemakan dan penterjemahan | 16.07.2014 |
| Tuan, Mohon untuk menterjemah: To authenticate the origin of Sarawak pepper according to Geographical indication (GI) Ia dalam konteks Lada (sulah) Sarawak. Jong Chian Lai | Untuk makluman DBP tidak mempunyai khidmat terjemahan. Walau bagaimanapun, kami akan memberikan cadangan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang diberikan berdasarkan istilah yang terdapat dalam pangkalan data kami. Untuk mengesahkan asal-usul lada Sarawak berdasarkan petunjuk geografi | Penyemakan dan penterjemahan | 16.07.2014 |
| Maksud peribahasa burung terbang dipipiskan lada | Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. | Lain-lain | 24.03.2010 |