Mana satu yang tepat? 1) Mak Mah menumbuk lada itu hingga lumat. 2) Mak Mah menumbuk lada itu hingga hancur. | Kedua-duanya betul. Walaua bagaimanapun, perkataan yang paling tepat ialah lumat. | Tatabahasa | 25.05.2010 |
Sila terangkan maksud/makna dan juga contoh peribahasa berikut :- 1) Seperti melepas batuk di tangga Apa kah yang dikatakan 'Batuk'? adakah ianya airliur atau kahak yang keluar dari mulut ataupun 'batuk' adalah sejenis gayung ceduk air untuk basuh kaki terletak ditepi tangga bersama tempayan berisi air yang ada pada setiap rumah dahulu kala. Apakah kaitan dan peranan 'Batuk' ini pada peribahasa tersebut? 2) Burung terbang dipipiskan lada Apakah maksud yang tersirat pada perumpamaan ini? Mohon terangkan lebih mendalam Sekian. Terima ksih | Puan Khadijah, Batuk ialah seperti yang puan jelaskan. Tetapi bagi maksud yang sama dengan gayung ejaannya ialah batok - dalam bahasa Jawa. Bagi burung terbang dipipiskan lada ia bermaksud belum pun kita dapat sesuatu yang kita kehendaki namun kita telah terlebih dahulu membayangkan apakah yang akan kita lakukan sekiranya kita mendapatnya. | Makna | 22.05.2010 |
Ada tak peribahasa yang berkaitan dengan menimba atau mencari ilmu? Terima kasih. | Peribahasa yang berkaitan dengan kepentingan ilmu adalah seperti yang berikut: 1. Melentur biarlah dari rebung 2. Bolehkah gabus sebelum diasah? 3. Biduk kalau tidak berkemudi, bagaimana ia akan laju 4. Supaya tahu akan pedas lada, supaya tahu akan masin garam. | Lain-lain | 03.10.2016 |
Salam perpaduan dan salam sejahtera DBP, izinkan saya tanya sekiranya soalan PT3 bahagian peribahasa bertanya tentang situasi yang bertemakan "kepentingan ilmu", apakah 2 peribahasa yang paling sesuai untuk menggambarkan tema tersebut? (Kami sebagai pelajar hanya boleh tulis jawapan sama ada perumpamaan, bidalan atau pepatah, kami dilarang sama sekali untuk menulis simpulan bahasa dan cogan kata) | Peribahasa yang berkaitan dengan kepentingan ilmu adalah seperti yang berikut: 1. Melentur biarlah dari rebung 2. Bolehkah gabus sebelum diasah? 3. Biduk kalau tidak berkemudi, bagaimana ia akan laju .4. Supaya tahu akan pedas lada, supaya tahu akan masin garam.
| Lain-lain | 02.10.2016 |