Tuan, Saya ingin mendapat khidmat nasihat dari pihak tuan berkenaan soalan seperti berikut: Soalan : Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan “against the issue” dalam konteks ayat di bawah: 7. After the goods are loaded the bill of lading to be issued by the carrier, master or agent of the carrier, to the shipper shall, if the shipper so demands, be a “shipped” bill of lading, provided that if the shipper shall have previously taken up any document of title to such goods, he shall surrender the same as against the issue of the “shipped” bill of lading, but at the option of the carrier such document of title may be noted at the port of shipment by the carrier, master, or agent with the name or names of the ship or ships upon which the goods have been shipped and the date or dates of shipment, and when so noted the same shall for the purpose of this Article be deemed to constitute a “shipped” bill of lading. Mohon kerjasama agar jawapan tersebut dikemukakan pada atau sebelum 1 Oktober 2021. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman puan, terdapat 13 makna bagi perkataan “against“ yang berbeza mengikut konsep dan konteks. Hasil terjemahan yang baik memerlukan penterjemah dan penyemak memahami keseluruhan bidang dan laras teks terjemahan tersebut. Puan dicadangkan untuk menterjemahkan dahulu keseluruhan teks ini kepada bahasa Melayu agar pihak kami dapat memberikan cadangan padanan yang tepat bagi frasa yang diberikan. Puan juga boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.09.2021 |
Tuan, Saya ingin mendapat khidmat nasihat dari pihak tuan berkenaan soalan seperti berikut: Soalan : Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan “shipment” dan “shipper” dalam konteks ayat di bawah: ".. the bill of lading shall not be deemed to be prima facie evidence against the carrier of the receipt of goods of the weight so inserted in the bill of lading, and the accuracy thereof at the time of the shipment shall not be deemed to have been guaranteed by the shipper." Mohon kerjasama agar jawapan tersebut dikemukakan pada atau sebelum 1 Oktober 2021. Sekian, terima kasih. | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud 'shipment' ialah pengiriman atau penghantaran manakala maksud 'shipper' ialah pengirim atau pengangkut | Makna | 28.09.2021 |
Tuan/Puan, Saya ingin mendapat khidmat nasihat dari pihak tuan berkenaan soalan seperti berikut: Soalan : Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "on the cases or coverings“ dalam konteks ayat di bawah: 3. After receiving the goods into his charge, the carrier, or the master or agent of the carrier, shall, on demand of the shipper, issue to the shipper a bill of lading showing among other things— (a) the leading marks necessary for identification of the goods as the same are furnished in writing by the shipper before the loading of such goods starts, provided such marks are stamped or otherwise shown clearly upon the goods if uncovered, or on the cases or coverings in which such goods are contained, in such a manner as should ordinarily remain legible until the end of the voyage; Sama ada boleh diterjemah “on the cases” sebagai "bekas" dan “covering” sebagai “penutup” ? Mohon kerjasama agar jawapan tersebut dikemukakan pada atau sebelum 28 September 2021. Sekian, terima kasih. | Cadangan terjemahan bagi "on the cases or coverings“ mengikut konteks ayat ialah pada kotak atau penutup | Makna | 24.09.2021 |
Assalamualaikum wbt Tn. Saya ingin mendapatkan kepastian berkenaan dengan perkara berikut: Adakah istilah PERsampelan atau PENsampelan yang perlu digunakan dalam penulisan tesis pada bahagian metodologi kajian. Terima kasih. | Penggunaan "pensampelan" dan "persampelan" bergantung pada maksud dan konteks penggunaan. Pensampelan bermaksud proses, kaedah atau tatacara memilih sampel secara rawak. Persampelan bermaksud benda atau perkara yang dijadikan sampel atau penerangan mengenai sampel yang diambil secara rawak. Contohnya: item sampling - pensampelan butiran (bidang Pendidikan) Proses menguji kesahihan soalan peperiksaan dengan cara mencubanya terlebih dahulu pada sampel kumpulan sasar. sampling site - tapak persampelan (bidang Pertanian) Kawasan kecil yang digunakan sebagai sampel bagi kawasan yang lebih luas. Contohnya, bagi ladang seluas seribu hektar, beberapa tapak persampelan diambil daripada kawasan yang kecil untuk mewakili keseluruhan lading. | Istilah | 15.08.2016 |