Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. gaya atau pembawaan (yg me­nunjukkan keangkuhan, kesombongan, dll), tingkah laku dan tutur kata (yg menunjukkan kesombongan: ~nya spt orang kaya; 2. gaya, tingkah laku: ia menangis ~ anak yg dipukuli ibunya; ~ bahasa gaya bahasa (kata dan pe­ngucapannya); ~ lagam ark, ~ lagu pem­bawaan dan tutur bahasa; berlagak 1. berperasaan besar diri, bersikap angkuh: orang Wan Umar telah ~ sombong dgn kemewahan wang yg didapati drpd Kapitan Cina; ~ spt orang besar; 2. melakukan diri spt, berlaku spt: dia ~ tidak tahu; ~ bodoh; melagak 1. membuat diri spt, berlagak: Rashid sewaktu-waktu masih ~ spt Jepun; 2. membuat orang lain berasa takut, menakut­nakuti, menggertak: pegawai itu tiada lain hanya hendak ~ orang miskin itu; melagakkan memperlihatkan kesombong­an, menyombongkan: tiada sesuatu yg hendak dilagakkan; pelagak 1. orang yg suka berlagak; 2. ark barang pakaian utk berhias. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 gaya atau tingkah laku yg menunjukkan keangkuhan atau kesombongan: ~nya spt orang bijak pandai. 2 tak ubah spt; bagai: Apabila ditegur, ia menangis ~ anak-anak kecil. berlagak 1 berkelakuan sombong; bersikap angkuh: Jangan engkau cuba hendak ~ di depan aku kerana aku tahu siapa engkau. 2 berkelakuan spt; bersikap seolah-olah: Dia ~ pandai tetapi apabila disoal, ia tidak tahu. melagakkan memperlihatkan dgn sombong: Dia ~ kereta barunya seolah-olah dia sajalah yg berkereta. pelagak orang yg suka berlagak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lagak (kata nama)
Bersinonim dengan gaya, pembawaan, tingkah laku, kelakuan, perangai, aksi, lela;,
Kata Terbitan : berlagak, pelagak,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam..saya pelajar dari Kolej Mara Banting..saya perlu menyiapkan tugasan World Literature..saya telah memilih novel Lagak Wasangka dan Okonkwo bagi tugasan tersebut..tajuk yang saya ketengahkan ialah tindakan watak utama lelaki dalam menimbulkan unsur dramatik terhadap pembaca..sebagai pendahuluan..saya memerlukan definisi unsur dramatik yang digunakan dalam novel dan juga definisi tindakan berdasarkan pandangan para sarjana..saya harap pihak tuan dapat memberi bantuan kepada saya..sekian terima kasih..

Dramatik adalah suatu unsur dalam PLOT. Dalam Kamus Dewan edisi ke-4, dramatik bermaksud 1. mempunyai lagak (gaya dsb) yg sesuai utk drama (bkn percakapan dsb): percakapannya penuh ~; 2. boleh menim­bulkan kesan pd jiwa (sama ada suka, sedih, marah dsb). Berdasarkan definisi tersebut, maksud kedua adalah berkaitan untuk menghuraikan tentang unsur dramtik yang terdapat dalam dua buah novel yang ingin saudari kaji. Saudari bolehlah melihat perkara-kara yang mengugah jiwa atau dengan kata lain tindakan-tindakan watak utama sama ada dalam dialognya atau pun tindakannya kepada watak lain.

Berkaitan dengan definisi tindakan watak oleh para sarjana sastera pula, tidak terdapat suatu pun pandangan konkrit tentang tindakan watak dalam sesebuah karya. Jika ada pun pandangan para sarjana adalah apabila mereka menyentuh sesebuah karya berdasarkan pendekatan Psikoanalisis. Dalam pendekatan tersebut, Sigmund Freud telah menghuraikan tingkah laku manusia (tindakan) berdasarkan id, ego dan superego. Berkaitan dengan pendekatan Psikoanalisi ini mungkin saudari boleh merujuk maklumat-maklumat yang terdapat di laman internet di bawah entri Sigmund Freud.

Lain-lain14.06.2010
1.apakah maksud bagi perkataan dramatik? 2.apakah makna dekorasi? 3.apakah makna aromatik? 4.apakah yang dimaksudkan dengan pengembaraan? 5.apakah ekpedisi?

Makna dramatik ialah 1. mempunyai lagak (gaya dsb) yg sesuai utk drama (bkn percakapan dsb): percakapannya penuh ~; 2. boleh menimbulkan kesan pd jiwa (sama ada suka, sedih, marah dsb): dia menceritakan kisah ~ yg menimpa dirinya.

 Dekorasi pula ialah 1. hiasan, gambar hiasan; 2. bintang kehormatan yg dianugerahkan kerana bakti (jasa.

Aromatik bkn sebatian organik yg berkaitan dgn benzena.

Pengembaraan ialah 1. perihal (perbuatan) mengembara: cerita yg mengisahkan ~ seorang putera raja; 2. tempat mengembara, tempat yg dijelajahi.

Ekspedisi ialah penghantaran atau pengiriman tentera utk sesuatu tindakan dll; 2. perjalanan atau pemergian ke sesuatu tempat utk menyiasat (mencari, menemui, dll).

 

Makna07.02.2010
tolong huraikan kepada saya tentang penggunaan kata banyakbanyak 1. bukan sedikit, tidak sedikit: ~ orang yg mempunyai cita-cita tinggi; 2. bilangan, jumlah: berapa ~ wang yg kauterima? 3. sangat, sungguh: ~ lagak; ~ aksi membuat-buat supaya nampak elok; ~ bicara = ~ cakap = ~ mulut suka berleter; ~ cantik sr ungkapan utk menyatakan kemarahan, atau digunakan sbg gurauan dll; ~ sedikitnya a) jumlahnya, banyaknya; b) barang sedikit;Makna03.10.2007
makna setiap perkataan ini:- Semantik dramatikal fonologisMerujuk kepada Kamus Dewan, Semantik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Dramatikal berasal daripada perkataan/akar Dramatik. Menurut Kamus Dewan, dramatik ditakrifkan sebagai lagak (gaya dsb) yg sesuai utk drama. Fonologi pula merujuk kepada kajian tentang bunyi sebutan dlm sesuatu bahasa. Berdasarkan pengertian yang telah diberikan, saudara boleh membuat takrifan yang bersesuaian dengan konteks ayat/istilah.Makna24.11.2007
Saya kecewa dengan pemimpin-pemimpin Melayu semasa mereka berucap atau mengadakan sidang akhbar sama ada di TV 1, TV 2, atau TV 3. Mereka mengatakan bahasa melayu abahsa rasmi. bahasa Melayu bahasa Perpaduan tetapi semua itu hanya manis di mulut sahaja. Cakap dan tak serupa bikin. Dalam majlis yang dihadiri oleh khalayak masyarakat India atau Cina, pemimpin-pemimpin kita begitu tunjuk lagak seolah-olah merekalah yang pandai berbahasa Inggeris. Kononnya, berucap dengan bahasa Inggeris lebih difahami oleh khalayak. TAPI sebenarnya, suatu penghinaan kepada kaum India dan Cina yang telah menetap di negara ini selama lebih 50 tahun. Seolah-olah pemimpin-pemimpin kita beranggapan bahawa masyarakat India dan Cina tidak mahir berbahasa melayu. Seolah-olah mereka tidak faham apabila pemimpin berucap dalam bahasa Melayu. Saya cukup sedih dengan pemimpin kita yang berpura-pura ingin memperkasa bahasa Melayu tetapi semuanya hanya mainan bibir sahaja.

Encik Mahayuddin,

Pandangan yang tuan berikan itu memang tepat sekali. Sepatutnya para pemimpin menjadi contoh dan teladan yang baik, bukannya merendahkan martabat bahasa Melayu. Marilah kita berpegang teguh kepada Perlembagaan negara kita.

Lain-lain05.10.2010
Salam sejahtera, apakah perbezaan antara ialah, adalah dan merupakan ? Terima kasih.

Menurut tatabahasa bahasa Melayu kata pemeri hanya dua iaitu "adalah" dan "ialah". Perkataan "merupakan" ialah kata kerja dan bukan kata pemeri. Dalam penggunaannya kata pemeri tidak boleh diikuti dengan kata kerja.  Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya.

Makna perkataan merupakan adalah seperti yang berikut :  1. membentuk (membuat, men­­jadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa: peti rahsia itu dirupakan buku; 2. melahirkan, menggambarkan, mewujudkan: malaikat Jibrail dirupakan seorang yg cantik dan diberi bersayap; 3. menjadi, membentuk: rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yg terpenting; getah ~ 40% drpd pendapatan negara Malaysia; 4. ki me­lambangkan, melukiskan, meng­gambar­kan: Pak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yang dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir; ulasan itu ialah perkataan yang ~ fikiran yang dibuat daripada satu-satu alasan; ~ diri a) menampakkan dirinya seperti (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma: Puteri Gunung Ledang ~ dirinya seperti perempuan tua; ia dapat ~ dirinya seperti harimau; b) ber­lagak (berlaku dll) sebagai: dengan ~ dirinya sebagai se­orang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu;

Tatabahasa24.04.2013
saya menghadapi beberapa kemusykilan tentang penggunaan kata pemeri. Merujuk tatabahasa dewan edisi ke-3 2008, subtopik 9.2.3.5 , berkenaan kata pemeri hanya ada dua iaitu adalah dan ialah. Bagaimana dengan kata 'merupakan' yang digunakan termasuk dalam teks rujukan buku ini dalam halaman 262 perenggan ke 2 dr bwh dan hlmn 444 perenggan atas. Bukankah perkataan 'merupakan' ialah bentuk kata keja transitif bukanya kata pemeri. sila bantu saya untuk memastikan perkara ini.

Puan Aina,

Menurut tatabahasa bahasa Melayu kata pemeri ialah adalah dan ialah. kata merupakan ialah kata kerja. dan bukan kata pemeri. Dalam penggunaannya kata pemeri tidak boleh diikuti dengan kata kerja. Oleh itu frasa adalah merupakan tidak boleh digunakan. Dalam halaman yang saudara nyatakan perkataan merupakan itu memang bukan kata pemeri.  

Makna perkataan merupakan adalah seperti yang berikut :  1. membentuk (membuat, men­­jadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa: peti rahsia itu dirupakan buku; 2. melahirkan, menggambarkan, mewujudkan: malaikat Jibrail dirupakan seorang yg cantik dan diberi bersayap; 3. menjadi, membentuk: rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yg terpenting; getah ~ 40% drpd pendapatan negara Malaysia; 4. ki me­lambangkan, melukiskan, meng­gambar­kan: Pak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yg dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir; ulasan itu ialah perkataan yg ~ fikiran yg dibuat drpd satu-satu alasan; ~ diri a) menampakkan dirinya spt (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma: Puteri Gunung Ledang ~ dirinya spt perempuan tua; ia dapat ~ dirinya spt harimau; b) ber­lagak (berlaku dll) sbg: dgn ~ dirinya sbg se­orang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu;

Tatabahasa06.10.2010
Bagaimana hendak membezakan perkataan berikut: 1. mengait dan menjolok 2. banyak dan ramai 3. setempat dan tempatan

mengait

1. memetik (menarik dll) sesuatu dgn kait, mencangkuk, menggancu: ~ buah rambutan; maka datang hulubalang Pahang ~ jong itu; 2. merajut dgn jarum kait: ia terpaksa menyulam dan ~ renda utk nafkah hidupnya; 3. melukai dgn sesuatu yg berkait: duri itu ~ kakinya; 4. ki mengambil keuntungan dll dgn cara tidak halal.

 

  • jolok; menjolok

    1. menusuk (merodok) sesuatu dgn galah dll supaya gugur, menusuk ke dlm lubang dll: kalau engkau hendak ~ buah rambutan itu carilah galah yg panjang sedikit; 2. memasukkan jari tangan ke dlm lubang hidung (kerongkong dll); 3. memancing-mancing keterangan dll drpd orang, mengajuk atau menduga (hati orang); ~ alang (orang) yg sangat tinggi; ~ anak menggugurkan kandungan; ~ hati mengajuk hati; ~ mata a) sangat jelas kelihatan, sangat nyata; b) memberi malu, menyakitkan hati; ~ sarang tebuan prb melakukan sesuatu yg mendatangkan bahaya; yg dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas prb keuntungan yg diharap-harapkan tidak didapat, sedangkan modal atau alat utk mendapatnya hilang juga;
  • banyak

    • 1. bukan sedikit, tidak sedikit: ~ orang yg mempunyai cita-cita tinggi; 2. bilangan, jumlah: berapa ~ wang yg kauterima? 3. sangat, sungguh: ~ lagak; ~ aksi membuat-buat supaya nampak elok; ~ bicara = ~ cakap = ~ mulut suka berleter; ~ cantik sr ungkapan utk menyatakan kemarahan, atau digunakan sbg gurauan dll; ~ lemak a) mempunyai atau diselaputi lemak yg banyak (bkn bahagian tubuh): alat itu digerakkan di bahagian yg ~ lemak selama kira-kira 15 minit; b) ki berkelakuan yg keterlaluan atau terlalu manja sehingga mengakibatkan orang lain meluat (bkn perilaku seseorang): "Sekarang kau dah ~ lemak."; ~ sedikitnya a) jumlahnya, banyaknya; b) barang sedikit;

    ramai

    • 1. riuh-rendah, hiruk-pikuk (bunyi, suara, dll): orang menyabung terlalu ~, bunyi sorak spt akan sampai ke langit; 2. sangat hebat, dahsyat (peperangan, perkelahian, dll): maka berperanglah Temenggung Seri Udana dgn Peringgi terlalulah ~; 3. sangat gembira, sangat meriah, riang gembira: Encik Ramli pun hanya ~ dlm hati sendiri; 4. aktif, giat, sibuk: sesudah meleset beberapa lama, pasaran getah ~ kembali; Singapura ialah bandar perniagaan yg ~; 5. banyak penghuninya (penduduknya): pd zaman itu negeri Siak ~; 6. banyak (orang), orang banyak, umum: ~ orang berkumpul; perkara Dang Kenanga janganlah dijadikan soal ~; di muka ~ di depan orang banyak (umum); kemahuan ~ kemahuan umum; khalayak ~ orang banyak, umum; kegemaran ~ kesukaan umum; orang ~ a) orang biasa (kebanyakan); b) orang yg banyak (umum); suara (pendapat) ~ suara atau pendapat umum; ~ beragam, rimbun menyelara prb kesukaan (kemahuan) tiap-tiap seorang tidak sama;
  • setempat

    1. satu tempat sahaja; 2. = setempat-setempat hanya mengenai sesuatu tempat sahaja, tidak menyeluruh; 3. di tempat itu sendiri: hikayat ini tersiar di daerah yg sangat luas biarpun dlm bentuk yg berlainan dan disesuaikan dgn keadaan ~;
  • tempatan

    yg berkaitan dgn tempat tertentu, di tempat itu sendiri: kasut hitam, buatan ~ yg dipakainya itu berkilat; buah-buahan ~ buah-buahan dr negera sendiri (bukan buah-buahan yg diimport); ~ hati ki buah hati, kekasih;
  •  

    Makna04.08.2009

    Kembali ke atas