Ali A) tidak ada lagi modal / B) tidak lagi ada modal yang boleh melabur dgn membeli barangan. Mana satukah adalah sesuai? Berdasrkan pangkalan data bagi maksud "habis modal", terdapat 2 penjelasan: a) tidak ada lagi modal yg tinggal; b) tidak ada bahan atau idea lagi (utk meneruskan perbincangan dll); sekiranya kedua-dua "tidak ada lagi" dan "tidak lagi ada" adalah betul, bolehkah beri penjelasan tentang penggunaannya berserta contoh? | "Lagi" ialah kata penegas atau partikel yang berfungsi untuk memberi penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Kata penegas "lagi" bersifat bebas dari segi kehadirannya dalam ayat. Berdasarkan contoh yang diberikan, penggunaan lagi yang betul adalah seperti yang berikut: 1. tidak ada lagi modal 2. tidak ada modal lagi 3. tidak ada lagi bahan atau idea 4. tidak ada bahan atau idea lagi | Tatabahasa | 28.03.2014 |
Salam saudara/i, Untuk penulisan rasmi, adakah yang berikut diterima? Penggunaan “lagi” bermaksud “lebih”. Contoh: Lagi besar lagi bagus. Penggunaan “bagi” bermaksud “memberi”. Contoh: Dia bagi anaknya makan sedap-sedap. Terima kasih diucapkan. | Kata bantu "lagi" boleh digunakan dalam penulisan asalkan sesuai dengan konteks ayat yang digunakan. Perkataan yang gramatis dalam konteks ayat tersebut ialah memberi. | Tatabahasa | 03.08.2013 |
soalan saya: sejak dahulu lagi/ sejak dari dahulu lagi/ dari dahulu lagi ? yang mana satu tepat? | Salam sejahtera, Sejak bermaksud mulai atau dari. Penggunaan kedua-dua kata secara berurutan mengandungi unsur lewah, iaitu berlebihan atau tidak diperlukan kerana penggunaan salah satu daripada kata tersebut telah melengkapkan ayat. Oleh itu, 'sejak dahulu lagi' dan 'dari dahulu lagi' merupakan frasa yang tepat. | Tatabahasa | 16.11.2012 |
soalan pertama: sejak dahulu lagi / sejak dari dahulu lagi / dari dahulu lagi / soalan kedua : rumah baru / rumah baharu soalan ketiga: Johor Bahru/ Johor Bharu ribuan terima kasih . | Salam sejahtera, Sejak bermaksud mulai atau dari. Penggunaan kedua-dua kata secara berurutan mengandungi unsur lewah, iaitu berlebihan atau tidak diperlukan kerana penggunaan salah satu daripada kata tersebut telah melengkapkan ayat. Bagi soalan yang pertama jawapan yang betul ialah 'sejak dahulu lagi.' Kamus Dewan menakrifkan baharu sama dengan baru, iaitu belum/tiada sebelumnya. kedua-duanya digunakan dalam menyatakan sesuatu yang baru atau baharu seperti rumah baru atau rumah baharu. Untuk soalan kedua, kedua-duanya boleh digunakan dalam ayat. Jawapan bagi soalan yang ketiaga ialah Johor Bahru. | Tatabahasa | 09.11.2012 |
1. Majlis Penutupan atau majlis Penutup. 2. Penggunaan kata lagi cth: belum membeli lagi kereta atau belum membeli kereta lagi. | Jawapan yang betul ialah 1. Majlis Penutupan. 2. belum membeli kereta lagi. | Lain-lain | 09.12.2010 |
Munsyi Dewan Kemusyikilan yang sering menghantui minda saya adalah tentang penggunaan kata keterangan 'lagi' dalam frasa kerja transitif, yakni 'meningkatkan lagi taraf kehidupan' ataupun 'meningkatkan taraf kehidupan lagi'. Persoalannya, bolehkah kata keterangan 'lagi' dapat disisipkan antara kata kerja transitif dengan frasa nama objek? Pada pengamatan saya, rumus kkt + lagi + objek adalah tidak gramatis kerana kkt dan objek merupakan bentuk terikat. Sekian. Salam hormat, KAY SEVEN | Lagi ialah kata penegas atau yang disebut juga partikel, berfungsi memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Ayat 'meningkatkan lagi taraf kehidupan 'sememangnya tidak gramatis, yang gramatis ialah ayat 'meningkatkan taraf kehidupan lagi'. Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 261. | Tatabahasa | 23.12.2010 |
kejadian itu mungkin dapat dielakkan setelah langkah mencegah dibuat sejak lebih awal lagi. tuan, jika langkah mencegah dibuat dari awal lagi atau jika langkah pencegahan dibuat dari awal lagi atau lagipun, tuan...sejak awal lagi dan dari awal ladi...apakah perbezaan antara kedua-dua ini? tq | Penggunaan kata yang betul ialah "langkah mencegah" atau "pencegahan" (tidak perlu didahului oleh kata langkah) dan "sejak awal" atau "dari awal" (bukan sejak dari awal kerana antara makna sejak ialah dari). | Tatabahasa | 18.09.2011 |
penggunaan tanda baca yang betul. 1) "Saya masih ingat lagi". @ "Saya masih ingat lagi." -Nokhtah perlu ada sebelum atau selepas penutup kata? -terima kasih- | Penggunaan tanda baca yang betul dalam contoh ayat ini - "Saya masih ingat lagi." | Ejaan | 21.01.2011 |
Ayat A - Pihak kami tidak lagi akan mengedar borang pendaftaran seperti lazimnya. Ayat B - Pihak kami tidak lagi akan mengedar borang pendaftaran seperti lazim. Ayat C - Pihak kami tidak lagi akan mengedar borang pendaftaran seperti kelazimannya. Soalan - Ayat mana yang betul? | Ayat yang betul ialah Pihak kami tidak lagi akan mengedar borang pendaftaran seperti lazimnya. | Tatabahasa | 16.12.2010 |
1)Amalan menabung haruslah diamalkan 'sejak dari' kecil lagi. 2)Amalan menabung haruslah diamalkan 'sejak' kecil lagi. | Amalan menabung haruslah diamalkan sejak kecil lagi. | Tatabahasa | 21.04.2011 |