| Yang mana satukah yang betul bagi penggunaan "lagi". 1. Ayah beri lagi 3 buah buku. 2. Ayah beri 3 buah buku lagi. | Ayat yang betul ialah "Ayah beri 3 buah buku lagi". | Tatabahasa | 14.09.2022 |
| 1. Saya lagi belum makan. 2. Saya belum lagi makan. 3. Saya belum makan lagi. Yang manakah penggunaan kata "lagi" yang tepat? | Ayat yang betul ialah "Saya belum makan lagi." | Tatabahasa | 25.02.2026 |
| Ali A) tidak ada lagi modal / B) tidak lagi ada modal yang boleh melabur dgn membeli barangan. Mana satukah adalah sesuai? Berdasrkan pangkalan data bagi maksud "habis modal", terdapat 2 penjelasan: a) tidak ada lagi modal yg tinggal; b) tidak ada bahan atau idea lagi (utk meneruskan perbincangan dll); sekiranya kedua-dua "tidak ada lagi" dan "tidak lagi ada" adalah betul, bolehkah beri penjelasan tentang penggunaannya berserta contoh? | "Lagi" ialah kata penegas atau partikel yang berfungsi untuk memberi penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Kata penegas "lagi" bersifat bebas dari segi kehadirannya dalam ayat. Berdasarkan contoh yang diberikan, penggunaan lagi yang betul adalah seperti yang berikut: 1. tidak ada lagi modal 2. tidak ada modal lagi 3. tidak ada lagi bahan atau idea 4. tidak ada bahan atau idea lagi | Tatabahasa | 28.03.2014 |
| Selamat sejahtera, saya ingin bertanyakan pilihan berikut, yang mana satukah betul? 1. Memperluas pasaran lagi 2. Meluaskan lagi pasaran 3. Meluaskan pasaran lagi 4. Memperluas pasaran. Penggunaan perkataan “lagi” dalam pilihan 1 , 2 dan 3 tersebut adalah betul atau salah? Terima kasih atas pihak dbp yang sudi memberikan penjelasan yang jelas. | Frasa yang betul ialah "Meluaskan lagi pasaran" | Tatabahasa | 18.06.2023 |
| Salam Aidil Fitri, Saya beberapa soalan lagi. 1) Perkataan manakala - tergolong dalam kategori atau jenis kata apa? - Adalah ia sejenis penanda wacana, menurut seorang kawan. 2. Tolong berikan contoh penggunaan yang tepat. | Manakala ialah kata hubung, contoh penggunaan ayat; Dia duduk di samping mayat ayahnya, manakala adiknya tidak putus-putus menangis. | Tatabahasa | 17.09.2010 |
| 1. Majlis Penutupan atau majlis Penutup. 2. Penggunaan kata lagi cth: belum membeli lagi kereta atau belum membeli kereta lagi. | Jawapan yang betul ialah 1. Majlis Penutupan. 2. belum membeli kereta lagi. | Lain-lain | 09.12.2010 |
| Tolong jelaskan tentang penggunaan kata "lagi' dalam ayat. Yang manakah betul 1. Cikgu memarahinya lagi kerana tidak hadir kelas tambahan. 2. Cikgu memarahi dia kerana tidak hadir kelas tambahan lagi. Terima kasih. | Lagi dalam ayat tersebut mempunyai makna yang berbeza. Kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 23.05.2010 |
| penggunaan tanda baca yang betul. 1) "Saya masih ingat lagi". @ "Saya masih ingat lagi." -Nokhtah perlu ada sebelum atau selepas penutup kata? -terima kasih- | Penggunaan tanda baca yang betul dalam contoh ayat ini - "Saya masih ingat lagi." | Ejaan | 21.01.2011 |
| Tuan, Bolehkah saya menggunakan lebih malang lagi atau lebih-lebih lagi sebagai pangkal ayat? Contoh, Kemalangan jalan raya menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa. Lebih malang lagi, kemalangan juga membawa kemautan kepada mangsa yang tidak berdosa. Adakah ayat di atas gramatis dan penggunaan "lebih malang lagi" adalah betul? Terima kasih. | 1. Ayat yang betul ialah Kemalangan jalan raya menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa. Lebih malang lagi, kemalangan tersebut telah membawa maut kepada mangsa yang tidak berdosa. | Tatabahasa | 22.09.2021 |
| 1. Hawa dingin masih lagi terasa 2. Hawa dingin masih terasa lagi. yang mana satukah ayat yang betul? | Frasa yang betul ialah "Hawa dingin masih lagi terasa". | Tatabahasa | 31.10.2022 |