| Apakah terjemahan bagi 'music cover' dan 'piano cover' berdasarkan contoh ayat di bawah. 1) Dia menyanyikan 'music cover' lagu 'Sahabatku' yang dinyanyikan oleh Kumpulan Devotees. 2) Dia memainkan 'piano cover' lagu 'My Love' yang dipopularkan oleh Kumpulan Westlife. | Cadangan terjemahan berdasarkan konteks ayat yang diberikan bagi music cover ialah "menyanyikan semula lagu" manakala piano cover ialah "memainkan semula muzik dengan piano". | Makna | 02.02.2022 |
| Apakah terjemahan bahasa Melayu yang sebetulnya untuk perkataan Inggeris "Cover" dalam konteks video/audio muzik yang dinyanyikan oleh orang selain penyanyi asal satu-satu lagu. Contohnya: "Skyfall - Adele Cover by Mat". | Terjemahan yang sesuai bagi perkataan 'cover' mengikut konteks ayat 'Skyfall Adele Cover by Mat' ialah Nyanyian semula lagu Adele oleh Mat - Skyfall | Makna | 02.06.2020 |