Muhammad Sazrul Feb 19th, 9:34am ASSALAMMUALAIKUM Muhammad Sazrul Feb 19th, 9:35am SAYA ALADINI@ FATAH AL TAMIMI @ MOHD SAZRUL Perlu FULL SPONSOR For Study in UK for Coarse DEGREE ETHICAL HACKER & SECURITY Muhammad Sazrul Feb 19th, 9:41am Saya Ada cadangan buat lagu raya ALDIFITRI Ada DLM BAHASA MALAYSIA juga dalam BAHASA INGRIS, BAHASA YG ADA DLM MALAYSIA MCM BAHASA CHINA & TAMIL. Lagu Raya China pun sama Ada versi daripada BAHASA lain yg banyak diguna Di MALAYSIA supaya ORG MALAYSIA MAHIR BANYAK BAHASA jug a BAHASA TAMIL bila raya Depa boleh ada versi tetapi lagu yg digunakan Ada Unsur NASIHAT & Boleh diguna pakai dalam AGAMA lain & Bangsa lain. Maksudnya lagu tu UMUM . | Untuk makluman tuan, Khidmat Nasihat DBP menangani pertanyaan yang berkaitan dengan bidang bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa; kesusasteraan dan penerbitan. Sila kemukakan permohonan saudara kepada pihak yang berwenang dalam hal itu. | Lain-lain | 19.02.2015 |
adakah ayat-ayat di bawah ini betul?jika salah, tolong betulkan, terima kasih. 1)Para tetamu yang hadir dijemput masuk ke dalam dewan. 2)Sila nyanyikan sebuah lagu irama asli, sudah lama saya tidak mendengarnya. 3)Saya tidak dapat menamatkan semua soalan. 4)Datuk saya melawati adiknya. 5)Buah-buahan yang baru dipetiknya itu segar-segar. 6)Mereka terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. | 1. Ayat (1), (2), (3) dan (4) betul. 2. Ayat (5): Penanda jamak boleh wujud sekali sahaja dalam satu ayat, maka ayat kelima dibetulkan menjadi "Buah-buahan yang baru dipetiknya itu segar belaka". 3. Ayat (6): Mereka terperangkap dalam kesesakan jalan raya. | Tatabahasa | 15.08.2013 |
Saya berasa keliru terhadap konsep kata majmuk. Frasa berikut ang manakah kata majmuk? 1.replika budaya 2.pakaian tradisional 3.warisan budaya 4.kraf tangan 5.lagu budaya betitik /budaya betitik 6.papan nama /papan nama bangunan 7.seni khat 8.pakaian kebangsaan 9.almari pakaian 10.seni tulisan / seni tulisan Tamil 11.wartawan (maklumat ini diambil daripada buku teks BM tahun 5) Harap pihak dbp dapat membantu saya dalam membezakan kata majmuk dengan frasa nama. Terima kasih. | Kata majmuk ialah rangkaian dua kata dasar atau lebih yang membawa makna yang tertentu, seperti kapal terbang dan bandar raya. Contoh yang tuan berikan ialah kata majmuk kerana kata-kata ini tidak boleh disipkan dengan unsur yang lain kerana akan memberikan pengertian yang lain. | Tatabahasa | 04.05.2020 |