Ejaan bagi perkataan 'masalah' sepatutnya di sebut [ /ma/sa/lah/]. Namun kebiasaan penutur Bahasa Melayu menyebut [ma/ sa/ a/lah]. | Sebutan yang betul untuk perkataan "masalah" ialah mas.a.lah (mas/a/lah). | Tatabahasa | 05.07.2013 |
Salam, 1. Untuk partikel 'lah' 'kan' bertemu dengan kependekan, misalnya 'tu' 'ni'; partikel tersebut harus a) disambungkan contoh, 'nilah', 'tulah', 'tukan' kemudian kata tersebut diitalikkan @ tidak? ATAU b) ni lah, tu lah, tu kan ditulis seperti ini? 2. Negeri Bawah Bayu, Negeri Matahari Terbit --> setiap panggal kata ditulis dengan huruf besar atau huruf kecil - terima kasih - | 1. Dieja bersambung dan tidak italik. Walau bagaimanapun, yang lebih gramatis perlu ditulis penuh, contohnya itulah, inilah. 2. Perlu ditulis dengan huruf besar. | Tatabahasa | 01.10.2010 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bagaimana dengan penggunaan perkataan 'lah'. Dijarakkan atau dirapatkan? Contoh : bosanlah atau bosan lah Sekian, terima kasih. | Kata penegas atau disebut juga partikel seperti -kah, -lah dan -tah ditulis bersambung dengan kata sebelumnya; contohnya siapakah, itulah dan apatah. | Tatabahasa | 13.12.2014 |
Assalamualaikum Adakah perkataan yang menggunakan partikel -lah, -kah, -tah tergolong dalam bentuk kata terbitan? Contohnya perkataan 'cukuplah'. Partikel -lah tidak merujuk kepada imbuhan. Mohon pencerahan.-Darayani. | Salam, Partikel -lah, -tah, -kah bertindak sebagai penegasan dalam ayat dan bukan membentuk kata terbitan. Terima kasih. | Lain-lain | 12.03.2015 |
Salam sejahtera, Perkataan ada jika diikuti dengan lah; haruskah ianya dicantumkan? Contoh ayat: A: Kau yang melakukannya? B: Tak adalah / Tak ada lah. Terima kasih! | Kata penegas atau disebut juga partikel -lah ditulis bersambung dengan kata sebelumnya. Contoh: inilah. mungkinlah | Ejaan | 24.07.2020 |
Salam sejahtera masitah, Soalan : Berkenaan penggunaan partikel "-lah", adakah penggunaannya wujud untuk penulisan formal? Atau penggunaannya lebih hanya untuk penulisan tidak formal. Terima kasih. Jawapan : Penggunaan kata penegas lah ialah partikel atau kata tugas yg digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya.Penggunaan partikel lah wujud dalam penulisan formal. Contoh; Makanlah kuih itu. Janganlah kamu berasa segan. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam jawapan di atas, contoh yang diberikan merujuk kepada perbualan. Contoh lain yang dapat saya fikirkan ialah seperti berikut: -Tidurlah wahai anakku -Belilah perisian yang original -Sayulah hatinya mengenangkan nasib yang menimpa keluarganya. -Marilah pergi mengundi -Terimalah hadiah ini Adakah perbualan dan penulisan kreatif dianggap penulisan formal. Pada pemahaman saya, penulisan formal seperti menulis surat rasmi atau laporan. Harap dapat maklum balas dengan kadar segera. | Penulisan formal seperti surat rasmi dan laporan juga terdapat penggunaan partikel lah. Misalnya perkataan "hendaklah" yang lazim digunakan dalam surat rasmi mahupun pekeliling rasmi. | Tatabahasa | 15.01.2013 |
Assalamualikum tuan, saya dalam proses menyiapkan transkrip wawancara lisan bagi tujuan pembukuan sejarah jabatan. saya dapati banyak perkataan yang digunakan buku Bahasa Malaysia dan lebih kepada percakapan harian. Mohon maklum balas segera memandang tarikh akhir hujung minggu ini. Saya merujuk banyak pihak tapi semua memberi pendapat yang berbeza dan mengelirukan. Di antaranya penggunaan nama khas / am ( penggunaan huruf besar contoh: 1.Ketua Pengarah Bomba Malaysia 2. ketua pengarah bomba ( ini huruf besar juga? 3. jabatan bomba / jabatan polis penggunaan perkataan "lah" contoh dalam dwi bahasa iaitu makan lah, begitu lah, best lah, excersise lah - adalah penggunaan perkataan ini didekatkan. Penggunaan perkataan Dato. Tuan , Encik di tengah - tengah ayat contoh: Apa pendapat dato ( Dato) atau Tuan Haji ( tuan haji) dalam perkara ini - huruf besar atau kecil. sekian terima kasih mohon jawapan ASAP | 1. Ejaan yang betul ialah Ketua Pengarah Bomba Malaysia. 3. Jabatan Bomba Malaysia (Jabatan Bomba) ditulis dalam huruf besar pada pangkal huruf setiap kata dan dalam pengulangan kata digunakan Jabatan Bomba sahaja. Partikel "lah" ditulis bersambung dengan huruf yang sebelumnya. | Ejaan | 22.11.2012 |
Berkenaan penggunaan partikel "-lah", adakah penggunaannya wujud untuk penulisan formal? Atau penggunaannya lebih hanya untuk penulisan tidak formal. Terima kasih. | Penggunaan kata penegas lah ialah partikel atau kata tugas yg digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya.Penggunaan partikel lah wujud dalam penulisan formal. Contoh; Makanlah kuih itu. Janganlah kamu berasa segan. | Tatabahasa | 10.01.2013 |
Salam Sejahtera DBP, Saya ingin mendapatkan penjelasan tentang penggunaan perkataan "lah" di dalam Bahasa Malaysia. Setahu saya, penggunaan "lah" boleh dikatakan sebagai bahasa tidak rasmi dan tidak diiktiraf semasa acara / percakapan rasmi. Dan, adakah perkataan "Ok" boleh digunakan di dalam Bahasa Malaysia? | Dalam Kamus Dewan kata Lah ditakrifkan sebagai partikel atau kata tugas yang digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya: seperti contoh ayat, Makanlah kuih itu, Janganlah kamu berasa segan. Dalam Bahasa Melayu, ejaan yang betul ialah okey. | Tatabahasa | 20.09.2012 |
Berdasarkan Tatabahasa Dewan, partikel -lah yang digunakan sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu megalami proses pendepanan. Oleh itu, adakah penggunaan partikel -lah dalam ayat di bawah betu, walaupun predikat tersebut tidak didepankanl? Kita hendaklah menyahut seruan pihak kerajaan untuk memakai topeng muka. | Ayat ini betul, partikel -lah digunakan sebagai pelembut dalam ayat perintah. Dalam susunan biasa partikel -lah dalam predikat ayat seperti pakailah topeng muka. | Tatabahasa | 19.04.2020 |