| Ejaaan lahat Liang lahat atau liang lahad.? | Ejaan yang betul ialah "liang lahad". | Ejaan | 06.09.2021 |
| belajarlah daripada buaian atau dari buaian ke liang lahad? mana yang betul? boleh beri penjelasan dari dan daripada | Ayat yang betul ialah Belajarlah dari buaian hingga ke liang lahad. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu, contohnya: 1. Angin kencang bertiup dari arah selatan. 2. Anda datang dari mana? 3. Kerajaan itu terkenal dari kurun ke-18 lagi. Kata sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda dan perbezaan perbandingan, contohnya: 1.Dia menjauhkan diri daripada bahaya dadah. 2.Ukiran itu diperbuat daripada logam. 3.Daripada Ali lebih baik Ahmad. Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan kata sendi nama, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 265 - 286. | Tatabahasa | 11.11.2025 |
| tarikh sayembara deklamasi puisi bulan kemerdekaan 2010 terutama bagi daerah lahad datu | Soalan saudara diluar skop Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 01.08.2010 |
| Adakah pihak DBP ada membuat salinan Manuskrip (ditulis pada 1403) yang dijumpai di daerah Lahad Datu Sabah iaitu di dalam tulisan Jawi yang berbahasa Suku Idahan? Jika ada di mana boleh saya merujuk manuskrip tersebut? Kalau tiada lagi, saya cadang utk dibuat salinan dan terjemahan ke dlm tulisan zaman sekarang dgn mengekalkan sukuan bahasa dan terjemahan ke bahasa Melayu. Sekian. | Mohon kerjasama pihak tuan untuk menyatakan tajuk manuskrip untuk kami semak dengan Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. | Lain-lain | 19.12.2023 |
| Adakah ayat ini betul dari segi struktur ayat dan tatabahasa? Perlu tak letak 'di kawasan perumahan ini' di hujung ayat sedangkan saya sudah nyatakan nama kawasan di permulaan ayat? 1. Menerusi kajian saya di kawasan Batu Lahad, pelepasan asap daripada kenderaan bermotor juga merupakan antara punca yang menyumbang kepada berlakunya pencemaran udara di kawasan perumahan ini. | Frasa "di kawasan perumahan ini" boleh digugurkan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 11.07.2014 |
| Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan kepastian ejaan bagi tiang pengebumian di Sarawak oleh Kaum Sekapan dan Punan Bah. Dalam laman web muzium negara dieja 'kelirieng' tetapi tiada maklumat dalam prpm. apakah ejaan yang sebenarnya? Kelereng, kliring, keliring, klereng, klering, kelerieng atau kelireing? Diharapkan pihak DBP dapat memberikan pencerahan. Terima kasih. | Tuan/puan yang budiman, Dalam data rujukan kami, hanya terdapat perkataan keliring (suku Tetaw) yang membawa maksud tempayan abu mayat. Selain itu, dalam data kami juga menemui perkataan liyeang (suku Melanau Mukah) yang bermaksud liang lahad. Perkataan lain tiada dalam data rujukan kami. | Istilah | 26.12.2018 |