| selamat sejahtera encik/puan. 1. Ketua pengawas menaikkan Jalur Gemilang dengan perlahan-lahan. 2. Ketua pengawas menaikkan Jalur Gemilang dengan perlahan-lahannya. Ayat mana yang betul, minta sikit penjelasan. terima kasih. | 1. Ketua pengawas menaikkan Jalur Gemilang dengan perlahan-lahan. Perkataan "dengan perlahan-lahan" menunjukkan cara perbuatan dilakukan. 2. Ketua pengawas menaikkan Jalur Gemilang dengan perlahannya. Kata adjektif "perlahan" menerima kata pembenda "-nya" bagi menunjukkan keterangan cara perbuatan. | Tatabahasa | 02.12.2022 |
| sila tutup dengan perlahan-lahan sila tutup dengan perlahan antara dua ayat ini yang mana 1 betul dan diterima oleh pihak dbp | Perlahan bermaksud = perlahan-lahan 1. tidak terburu-buru (tergesa-gesa, cepat-cepat), lambat-lambat: ia berjalan sangat ~ spt tiada berdaya lakunya; setiap pelukis mestilah belajar melukis dan kemudian perlahan-lahan meningkat naik hingga menjadi pelukis yg terkemuka; 2. tidak kuat (percakapan, suara), lembut: cakaplah perlahan-lahan sedikit supaya tidak didengar orang; 3. tidak dgn tenaga yg banyak, tidak kuat-kuat, sedikit-sedikit: meriam itu ditarik perlahan-lahan; Oleh itu, kedua-dua ayat tersebut betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 01.10.2010 |
| Kata perlahan-lahan dijeniskan sebagai kata ganda apa? Boleh berikan penjelasan | Kata perlahan-lahan merupakan penggandaan separa kata berimbuhan dengan awalan. Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Contoh: sepandai-pandai, sebaik-baik, berlari-lari, tersenyum-senyum, mencari-cari dan meronta-ronta. Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan bentuk kata ganda penggandaan separa, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP,2014), halaman 77. | Lain-lain | 25.08.2024 |
| Salam. Adakah menghirup air kopi yang hanyat itu betul? Ayat : Anis menghirup air kopi yang hanyat itu perlahan-lahan. | Ayat yang betul ialah "Anis menghirup air kopi yang panas itu perlahan-lahan." | Tatabahasa | 22.07.2013 |
| Salam, Saya mengetahui bahawa menggunakan dua perkataan berganda di dalam satu ayat tidak boleh. Sebaliknya jikalau perkataan itu memang perlu digandakan, adakah boleh? Contoh seperti ayat di bawah: " Ketika pemotong kayu dan isterinya tidur, kedua-dua beradik itu perlahan-lahan keluar dari bilik". Maksud saya ialah penggunaan dua perkataan berganda iaitu "kedua-dua" dan "perlahan-lahan". Sekian. | Ketika pemotong kayu dan isterinya tidur, kedua-dua beradik itu perlahan-lahan keluar dari bilik. Kata tersebut perlu digandakan, kedua-dua menunjukkan keseluruhan, manakala perlahan-perlahan menunjukkan penekanan kepada perbuatan yang dilakukan. | Tatabahasa | 16.07.2008 |
| Apakah jawapan bagi soalan ini. Salman ___________ perlahan-lahan butang yang yang terdapat pada telefon bimbitnya. Jawapan yang diberikan ialah memicit. Mengapa tidak menekan jawapannya? | Jawapan bagi soalan tersebut ialah memicit. Merujuk Kamus Dewan, perkataan memicit merujuk kepada perbuatan menekan-nekan dengan jari | Lain-lain | 25.08.2015 |
| Salam. Anis menghirup air kopi yang hangat itu perlahan-lahan. Ayat tersebut boleh diterima? | Ayat tersebut boleh diterima. | Tatabahasa | 22.07.2013 |
| Salam sejahtera Tuan, 1. Apakah perkataan yang sesuai untuk mengungkapkan cara memasak cecair (air, teh) dengan api yang kecil secara perlahan-lahan? Sekian, terima kasih. | Perkataan yang sesuai ialah menjerang. | Tatabahasa | 30.09.2013 |
| air matanya meremang sewaktu melihat jenayah isteri dan anak kecilnya. soalan saya ialah mengikut kamus dewan edisi ketiga, maksud meremang kedua ialah mengalir perlahan-lahan, meleleh, bersimbah (peluh). bolehkah meremang bagi pernyataan di atas. air mata boleh digunakan? | Air matanya meremang sewaktu melihat jenayah isteri dan anak kecilnya. Maksud meleleh atau bersimbah peluh tidak lazim digunakan untuk meremang, makna yang lazim ialah tegak atau berdiri (bulu badan atau roma), kata lainnya seram. Oleh itu kata meremang tidak sesuai digunakan dalam ayat itu, yang betul ialah "Air matanya mengalir sewaktu melihat jenazah isteri dan anak kecilnya" | Tatabahasa | 22.06.2008 |
| Dalam Kamus Dewan Perdana. hlm 796 terdapat entri ini ia, kata ganti nama diri ketiga; dia: Hari ini ia tidak datang ke pejabat. Lava yang berapi itu mengalir perlahan-lahan dan akhirnya ia berhenti Bukankah ia itu sepatutnya KGN merujuk kepada binatang mengapa KDP menyatakan sebaliknya dan menggunakan ia sebagai kata pembenda? Begitu dengan ianya, bukanlah penggunaan itu sepatutnya salah? Mohon pencerahan. | Untuk makluman puan, Kamus Dewan Perdana (KDP) ialah kamus umum ekabahasa yang menyasarkan penutur jati bahasa Melayu dan bukan penutur jati yang mahir dalam bahasa Melayu. Fungsi kamus ini adalah untuk merakamkan kosa kata dalam bahasa Melayu yang digunakan oleh pengguna bahasa Melayu. Oleh sebab itu, kata ia dan ianya dirakamkan dalam KDP dan diberikan takrif berdasarkan penggunaan sebenar. Maklumat ini ada dinyatakan pada Kata Pengantar dan Pendahuluan dalam KDP. Perlu difahami juga bahawa KDP tidak berfungsi sebagai pedoman tatabahasa. Hal yang berkaitan dengan sistem bahasa Melayu seperti tatabahasa perlu merujuk Tatabahasa Dewan. Sekian. | Makna | 06.05.2026 |