Cikgu, apakah beza antara "lahir" dengan "dilahirkan"? Minta lihat dua ayat ini. 1. Pungut lahir pada tahun 1957. 2. Pungut dilahirkan pada tahun 1957. Ada perbezaankah antara dua ayat? | Kedua-dua perkataan "lahir" dan "dilahirkan" boleh digunakan dalam ayat tersebut. 1. Pungut lahir pada tahun 1957. 2. Pungut dilahirkan pada tahun 1957. | Tatabahasa | 14.03.2015 |
apakah yang dimaksudkan dengan pengarang dan kepengarangan "pak sako"??serta contoh dan rujukannya. | Maksud pengarang ialah tentang diri pengarang tersebut seperti latar belakang/biodata (tarikh lahir, tempat lahir, pendidikan, keluarga dan sebagainya). Kepengarangan pula ialah hasil-hasil karya yang dihasilkan (contoh: genre puisi, cerpen, novel, rencana, esei/kritikan, drama dan sebagainya). Antara karya-karya (novel) penting Pak Sako ialah Putera Gunung Tahan, Anak Mat Lela Gila dan Sidang Serangga. Sekian dan wassalam. | Lain-lain | 13.07.2009 |
Mohon bertanya apakah yang membezakan penggunaan dua perkataan di bawah, adakah ia mempunyai perbezaan makna dan fungsi? Pengarang Penulis Kepengarangan Penulisan Terima kasih. | Maksud "pengarang" / "penulis" ialah tentang diri pengarang tersebut seperti latar belakang/biodata (tarikh lahir, tempat lahir, pendidikan, keluarga dan sebagainya)."Kepengarangan" pula ialah hasil-hasil karya yang dihasilkan (contoh: genre puisi, cerpen, novel, rencana, esei/kritikan, drama dan sebagainya). | Sastera | 16.09.2019 |
Yang manakah adalah betul ? 1. Seorang ayah mengambil gambar anaknya di majlis hari lahir untuk menjadi kenangan manis. 2. Seorang ayah mengambil gambar anaknya dalam majlis hari lahir untuk dijadikan kenangan manis. | 2. Seorang ayah mengambil gambar anaknya dalam majlis hari lahir untuk dijadikan kenangan manis. | Tatabahasa | 02.03.2019 |
kamu tidak lahir dari rahim ibu atau kamu bukan lahir dari rahim ibu. Perkataan yang mana lebih tepat? | Kedua-dua perkataan tersebut bolah digunakan kerana mempunyai makna yang sama. | Makna | 19.12.2019 |
Ingin bertanya.. Ali mennyambut hari kelahiran atau hari lahir yang ke-4? | Frasa hari kelahiran dan hari lahir boleh digunakan kerana kedua-dua frasa ini bermaksud memperingati lahirnya seseorang. | Tatabahasa | 12.03.2015 |
Selamat sejahtera. Yang manakah tepat? Hari jadi atau hari lahir? Menurut sesetengah pihak, hari jadi ialah hari kita dijadikan, manakala hari lahir pula, hari kita dilahirkan ke dunia ini. Terima kasih. |
| Makna | 03.10.2017 |
Kamirul memberi seutas rantai bagi adiknya yang baharu lahir itu. Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat itu?? | Ayat yang betul ialah "Kamirul memberikan seutas rantai kepada adiknya yang baharu lahir itu.' | Tatabahasa | 23.07.2013 |
Apakah perbezaan makna perkataan mengiakan dan mengeyakan?Adakah kedua-duanya boleh digunakan dalam sistem ejaan bahasa Melayu?. | perkataan mengiakan lahir daripada kata dasar 'ia' manakala mengeyakan lahir daripada kata dasar 'ya' membawa maksud yang sama membenarkan menyetujui, dan mengakui sesuatu.Perkataan 'ya' yang mempunyai satu suku kata apabila menerima imbuhan meng- akan menjadi menge- 'mengeyakan'.Oleh yang demikian kedu-dua perkataan tersebut boleh digunakan. | Tatabahasa | 03.05.2007 |
siapakah pengarang novel tingkatan satu limpahan darah disungai semur?boleh berikan biodatanya? | Salam Sejahtera, Nama pengarang novel yang dimaksudkan ialah Zakaria Salleh. Biodata : Tarikh Lahir : 13 Mei 1944 Tempat Lahir : Taiping, Perak Kerjaya : - Pegawai ATM (bersara) - Pegawai Bentara di Parlimen Malaysia Karya : Novel-Malam Berapi di Kalabakan - Pahlawan Gubir - Biografi Seorang Jeneral (Tan Sri Abd. Hamid Bidin) - Limpahan Darah di Sungai Semur Novel Remaja : - Kerana Budi Hati Terpaut - Bosku Kekasihku - Sekeping Hati yang Retak Antologi Puisi : - Selagi Ombak Mengejar Pantai Antologi Cerpen : -Penyertaan Hadiah/Anugerah : - Peraduan Menulis Skrip Drama TV Berunsur Islam (Sagu hati) anjuran Pusat Islam | Lain-lain | 16.05.2007 |