Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep helai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kep helai: ~ daun helai atau kepingan daun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lai I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
untuk menyemak bahasa untuk iklan KEDAI MAKANAN LAI LEEUntuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal DBP Sah Bahasa www.dbpsahbahasa.myLain-lain18.07.2018
1. Bagaimana sebutan bagi perkataan MULAI? Adakah MU - LAI atau MU - LA - I ? 2. Adakah terdapat imbuhan akhiran dalam perkataan MULAI ini?

Sebutan bagi perkataan MULAI ialah Mu-la-i.

Lain-lain26.05.2010
Surat Kiriman Rasmi Berhubung dengan perkara di atas, saya, Lai Lee Chin, murid Tahun Enam Kenanga ingin memohon kepada pihak sekolah untuk tinggal di Asrama Puteri. Soalan: 1. Berhubung perkara di atas/ Berhubung dengan perkara di atas? 2. Selepas perkataan saya, perlu bubuh tanda koma? Kata Pemeri Soalan: Tugas doktor ialah/ adalah merawat pesakit. Terima kasih. Cikgu Tan dari Melaka.1. Berhubung dengan perkara di atas.
2. Perlu tanda koma. 
3. Tugas doktor merawat pesakit.
Tatabahasa18.05.2012
Tuan/Puan, Mohon diterjemahkan perkataan ini. Traceability origin of pepper Jong Chian LaiTerjemahan bahasa Melayu  yang dicadangkan ialah:  Asal-usul lada yang dapat dikesan atau maklumat asal-usul lada yang dapat dikesanPenyemakan dan penterjemahan16.07.2014
Tuan/Puan, Memohon untuk menterjemah perkara berikut: Limited number of suppliers in Sarawak to supply raw materials/ specialty ingredients for product- development. Jong Chian Lai

Pembekal yang terhad di Sarawak untuk membekalkan bahan mentah/bahan pengkhususan bagi pembangunan produk.

Penyemakan dan penterjemahan16.07.2014
Tuan, Mohon untuk menterjemah: To authenticate the origin of Sarawak pepper according to Geographical indication (GI) Ia dalam konteks Lada (sulah) Sarawak. Jong Chian Lai

Untuk makluman DBP tidak mempunyai khidmat terjemahan. Walau bagaimanapun, kami akan memberikan cadangan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang diberikan berdasarkan istilah yang terdapat dalam pangkalan data kami.




 Untuk mengesahkan asal-usul lada Sarawak berdasarkan petunjuk geografi

 


 

Penyemakan dan penterjemahan16.07.2014
maksud kontak-kontak sosial dari aspek pengurusan kerja sosialSila rujuk bahan Ini : Kontrak sosial asas penting perpaduan kaum" [Diwawancara oleh Radzi Ismail] Liow Tiong Lai Dewan Masyarakat 01/10/2005 Terperinci Ekonomi unsur penting kontrak sosial A. Kadir Jasin Dewan Masyarakat 01/10/2005 Terperinci Kontrak sosial antara kaum di Malaysia Hassan Ahmad Dewan Budaya 01/04/2004 Terperinci Kontrak sosial eratkan perpaduan Ibrahim Musing Dewan Siswa Petualang kontrak sosial H.M. Jajuli Dewan Budaya 01/12/2006 Pengurusan sebagai fungsi sosial dan seni yang liberal Drucker, Peter F Dewan Ekonomi 01/07/1997 TerperinciLain-lain07.09.2007
Tolong bantu saya untuk memastikan penggunaan perkataan bagi ayat-ayat berikut. Harap berikan penjelasan. Terima kasih. 1. Tok Wan (memotong/menebas) rumput dengan sebilah sabit. 2. Cik Julia berjalan sambil (mengepit/mengelek) sebuah fail peribadinya. 3. "Jangan sekali-kali (kamu/kalian) melanggar peraturan sekolah," kata Puan Lai kepada anak-anaknya. 4. "Tekanan darah (awak/kamu/engkau/anda) masih tinggi. Oleh itu, berehatlah," kata doktor kepada pesakitnya. 5. Jenazah negarawan ulung itu akan ( disemadikan /dimakamkan/dikuburkan/dikebumikan) pada tengah hari esok. 6. Kedua-dua ekor ayam itu sedang (berlaga/beradu). 7. Ular sawa yang besar telah (melilit/membelit) badan anak kambing itu sehingga mati. 8. Saya suka makan (kek berperisa oren/kek oren ). 9. rapuh/rangup/garing a) biskut yang __________. b) keropok yang ________. c) ikan yang digoreng sehingga ___________. 8. Kertas soalan ini disedia/disediakan oleh Cikgu Ali dan disemak/disemakkan oleh Cikgu Abu. 9.Pasar itu sangat riuh-rendah dengan suara orang ramai.1. Tok Wan (memotong) rumput dengan sebilah sabit. 2. Cik Julia berjalan sambil (mengepit/mengelek) sebuah fail peribadinya. 3. "Jangan sekali-kali (kamu/kalian) melanggar peraturan sekolah," kata Puan Lai kepada anak-anaknya. 4. "Tekanan darah (awak/kamu/engkau/anda) masih tinggi. Oleh itu, berehatlah," kata doktor kepada pesakitnya. 5. Jenazah negarawan ulung itu akan (disemadikan/dikebumikan) pada tengah hari esok. 6. Kedua-dua ekor ayam itu sedang (berlaga/beradu). 7. Ular sawa yang besar telah (melilit/membelit) badan anak kambing itu sehingga mati. 8. Saya suka makan (kek berperisa oren). atau Kek Oren (nama kek) 9. a) biskut yang rangup. b) keropok yang rapuh/garing. c) ikan yang digoreng sehingga garing. 8. Kertas soalan ini disediakan oleh Cikgu Ali dan disemak oleh Cikgu Abu. 9.Pasar itu sangat riuh-rendah dengan suara orang ramai. - sila rujuk Kamus Dewan untuk melihat kesesuaian pilihan perkataan yang diberi pada setiap soalan.Tatabahasa05.10.2008
Assalamualaikum wrht..wbrkth Saya inginkan maklumat: 1.Tentang unsur alam dalam peribahasa melayu. 2. Peranan alam dalam peribahasa melayu masyarakat dahulu. Terima kasihSila rujuk bahan ini : 1. Flora Sebagai Analogi dalam Peribahasa Melayu dan Cina oleh Tan Lai Chan Pelita Bahasa 01/11/2000 2. Fungsi leksikal "bunga" dalam simpulan bahasa dan peribahasa bahasa Melayu oleh Salinah Jaafar Jurnal Bahasa 01/12/2005 3. Pengajaran di sebalik peribahasa Melayu oleh Norliza Meor Mohd. Zin Dewan Siswa 01/12/1987 4. Peribahasa dalam pantun pemikiran Melayu klasik yang kemas dan indah oleh Aripin Said Pelita Bahasa 01/10/1992Lain-lain29.10.2007
Tuan/Puan, Saya ingin menyertakan visual papan tanda (signboard) bagi syarikat kami supaya mendapat pengesahan dalam penggunaan Bahasa Kebangsaan dari pahik DBP. Sekiranya, pengesahan pihak Tuan/Puan diluluskan, adakah akan saya dapat sijil untuk diserahkan kepada pibak Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Terima Kasih. Lai HP: 017-886 7430Perkataan yang digunakan dalam iklan tersebut betul. Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", penggunaan bahasa yang betul dalam iklan akan disahkan, dan tuan boleh mencetak sijil pengesahan dan mengemukakannya kepada pihak MBPJ.Lain-lain06.11.2014
12

Kembali ke atas