Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lai.la.tul.qa.dar] | ليلةالقدر

Definisi : Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang melakukan amal ibadah pd sepanjang malam itu, ganjaran pahalanya jauh lebih besar drpd seribu bulan, malam kemuliaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lai.la.tul.qa.dar] | ليلةالقدر

Definisi : malam kemuliaan yg terdapat dlm bulan Ramadan (terutama pd malam-malam yg ganjil bilangannya pd sepuluh malam terakhir). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lailatulqadar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana mahu menentukan ejaan bahasa Arab itu diterima dalam bahasa Melayu atau tidak? Contohnya lailatulqadar dieja satu perkataan, adakah kerana ia sudah menjadi bahasa Melayu? Adakah jika didapati sesuatu perkataan tiada dalam pangkalan data DBP, semua perkataan tersebut perlu disendengkan dan dieja menggunakan kaedah transliterasi? Saya masih keliru dengan keadaan ini dan harus menggunakan perkataan yang diambil daripada bahasa lain seperti bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Mohon penjelasan tuan.Untuk makluman puan, ejaan kata pinjaman (termasuklah bahasa Arab) yang belum ada dalam bahasa Melayu disesuaikan bentuk visualnya dalam bahasa Melayu dan ejaan tersebut ditulis condong (italik).Ejaan30.07.2013
Salam. Bagaimana ejaan yang tepat untuk lailatul qadar? Adakah perlu dieja permulaannya dengan huruf besar - Lailatul Qadar? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah "lailatulqadar".Ejaan10.06.2013

Kembali ke atas