1. Saya tidak suka lagunya yang lain 2. Saya tidak suka lagu-lagunya yang lain 3. Saya tidak suka lagunya yang lain-lain Antara tiga ayat di atas, mana satu yang betul? Apakah beza antara perkataan “lain” dengan ”lain-lain?” | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 1215, perkataan lain bermaksud berkenaan hal dan keadaan dan lain-lain yang tidak sama. Lain-lain pula bermaksud yang seumpamanya atau yang seterusnya. Oleh yang demikian, ayat pertama, "Saya tidak suka lagunya yang lain." betul dan sesuai digunakan. | Makna | 20.01.2025 |
Media sosial seperti You Tube,Tik Tok, facebook dan lain-lain dapat membantu murid dalam pembelajaran. Tukarkan ayat biasa kepada ayat songsang. yang mana betul ? 1)Dapat membantu murid dalam pembelajaran media sosial seperti Youtube, tik Tok , facebook dan lain-lain. 2) Seperti Youtube, tik Tok , facebook dan lain-lain dapat membantu murid dalam pembelajaran media sosial. | Ayat yang betul ialah “Dapat membantu murid dalam pembelajaran, media sosial seperti Youtube, TikTok, facebook dan lain-lain. | Tatabahasa | 20.02.2023 |
Mengapa frasa "hal Lain-lain" dianggap salah sedangkan masih mengikut hukum DM? | Hal ialah kata nama. Kata nama yang boleh digandakan, bukannya lain. Oleh itu, walaupun "hal lain-lain" mengikut Hukum D-M tetapi binaan katanya tidak tepat. | Tatabahasa | 19.11.2024 |
Apa perbezaan Kari dan Gulai? Mana penggunaan yang betul? | Gulai ialah masakan daging, ikan dan lain-lain yang berkuah, seperti gulai ayam dan gulai terung. Kari pula ialah gulai daging, ikan dan lain-lain yang dimasak dengan rempah, semestinya menggunakan rempah kari. | Makna | 25.07.2024 |
ketidakberadaan | Soalan tidak jelas. Sila kemukakan soalan dengan terperinci, contohnya semakan ejaan, istilah, makna atau lain-lain. Terima kasih. | Lain-lain | 04.10.2024 |
Bolehkah gunakan ayat dalam tulisan jawi untuk banner? | Teks tulisan Jawi boleh digunakan dalam visual papan iklan, kain rentang, poster dan lain-lain. | Lain-lain | 26.05.2025 |
Salam, laman sesawang prprm bermasalah ke? Saya tidak dapat melihat ruangan khidmat nasihat dan lain-lain juga. | Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Laman PRPM mengalami masalah teknikal. Sila layari semula pautan https://prpm.dbp.gov.my/ untuk menggunakan perkhidmatan kami. Maaf atas segala kesulitan. | Lain-lain | 29.11.2023 |
Assalamualaikum tuan… Saya ingin bertanya, adakah singkatan atau kependekan yang bersifat huruf ringkas seperti KL, DBP, AMN dan lain-lain boleh diiktiraf sebagai perkataan? | Singkatan atau kependekan huruf ringkas seperti KL, DBP, AMN boleh dianggap sebagai perkataan. | Lain-lain | 05.06.2025 |
Bolehkah perkataan arkaik seperti luasa, istima, anca dan lain-lain digunakan di televisyen, radio, papan iklan dan sebagainya? Terima kasih. | Perkataan arkaik seperti luasa, istima, anca dan sebagainya tidak sesuai digunakan dalam saluran televisyen, radio dan papan iklan kerana setiap saluran ini perlu menggunakan laras bahasa yang standard. Arkaik bermaksud bukan kata, ungkapan dan sebagainya yang tidak lazim digunakan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 133. | Tatabahasa | 08.08.2024 |
Rujuk file | Sila lampirkan fail yang berkaitan. | Lain-lain | 12.05.2025 |