Saya nak bertanya penggunaan noktah untuk subtajuk seperti di bahawh. Perlukah diletakkan noktah pada setiap akhir ayat? Terima kasih. 1.0 Pengenalan Kepada Pengurusan Acara 1.1 Menerangkan asas pengurusan acara 1.1.1 Menerangkan definisi pengurusan acara 1.1.2 Menyatakan proses pengurusan acara 1.1.3 Mengenal pasti kategori acara 1.1.4 Mengenal pasti jenis-jenis acara 1.1.5 Mengenal pasti ciri-ciri saiz acara | Noktah tidak perlu diletakkan pada subtajuk. | Lain-lain | 22.04.2021 |
Dalam penyata kewangan, mana satu istilah yang sesuai untuk digunakan ya? 1. Lain-lain pendapatan 2. Pendapatan-pendapatan lain | Salam sejahtera, Jawapan yang tepat ialah Pendapatan lain. Lain dalam maksud ayat tersebut sudah membawa maksud pendapatan daripada sumber yang berbeza. Sekian, terima kasih. Layari www.prpm.dbp.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan bahasa Melayu. | Tatabahasa | 06.04.2020 |
SALAM. SAYA INGIN BERTANYA PENGGUNAAN MANA YANG BETUL 1. HAL LAIN-LAIN 2. LAIN-LAIN HAL 3. HAL-HAL LAIN TERIMA KASIH. | Assalamualaikum, Yang betul ialah hal-hal lain, tidak ada frasa lain-lain hal kerana ini menyalahi hukum D-M dalam tatabahasa bahasa Melayu. Sekian. | Pengembangan | 02.12.2019 |
Apa terjemahan untuk "Other Terms and Conditions"? 1. Lain-lain terma dan Syarat atau 2. Terma-terma dan syarat-syarat lain 3. Terma dan syarat lain Terima kasih | Terjemahan yang betul ialah Terma dan syarat lain. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.11.2021 |
Apakah perbezaan antara memontong dengan memangkas?contoh,memangkas dahan pokok | Memangkas ialah 1. memotong hujung tumbuh-tumbuhan supaya pendek: 2. memotong dengan gunting; menggunting. Manakala memotong pula ialah 1. memutuskan sesuatu dengan pisau (gergaji dan lain-lain), memenggal, mengerat; 2. menghiris (daging, ikan dan lain-lain); 3. menebang (kayu, pokok dan lain-lain); 4. menyembelih (binatang dan lain-lain); 5. menggunting (rambut), memangkas; 6. menggunting (pakaian dan lain-lain); 7. menuai (jagung, padi dan lain-lain); 8. mengudungkan (tangan dan lain-lain); 9. membedah (perut dan lain-lain); 10. mengurangi (gaji, pendapatan dan lain-lain); 11. memintasi (jalan, perjalanan dan lain-lain); 12. menyelang (percakapan, orang dan lain-lain); 13. memendekkan (kata, nama dan lain-lain) Contoh Ayat: 1. Ali sedang memotong daging di dapur. 2. Ali sedang memangkas dahan pokok di kebun. | Tatabahasa | 21.08.2021 |
1. Saya tidak suka lagunya yang lain 2. Saya tidak suka lagu-lagunya yang lain 3. Saya tidak suka lagunya yang lain-lain Antara tiga ayat di atas, mana satu yang betul? Apakah beza antara perkataan “lain” dengan ”lain-lain?” | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 1215, perkataan lain bermaksud berkenaan hal dan keadaan dan lain-lain yang tidak sama. Lain-lain pula bermaksud yang seumpamanya atau yang seterusnya. Oleh yang demikian, ayat pertama, "Saya tidak suka lagunya yang lain." betul dan sesuai digunakan. | Makna | 20.01.2025 |
Media sosial seperti You Tube,Tik Tok, facebook dan lain-lain dapat membantu murid dalam pembelajaran. Tukarkan ayat biasa kepada ayat songsang. yang mana betul ? 1)Dapat membantu murid dalam pembelajaran media sosial seperti Youtube, tik Tok , facebook dan lain-lain. 2) Seperti Youtube, tik Tok , facebook dan lain-lain dapat membantu murid dalam pembelajaran media sosial. | Ayat yang betul ialah “Dapat membantu murid dalam pembelajaran, media sosial seperti Youtube, TikTok, facebook dan lain-lain. | Tatabahasa | 20.02.2023 |
Saya ingin makluman mengenai status penerbitan manuskrip saya bertajuk 'reka bentuk perindustrian: Realisasi projek reka bentuk automotif secara praktikal' Rujukan DBP/428/100-1/1/1/90 K.11(123). | Salam tuan budiman, manuskrip bertajuk 'reka bentuk perindustrian: Realisasi projek reka bentuk automotif secara praktikal' telah selesai disunting, dan telah diemelkan kepada penulis untuk semakan dan pengesahan penulis. Sebarang pertanyaa berhubung perkara di atas, bolehlah menghubungi: Puan Raba’ah Jaffar, Penolong Editor, Bahagian Buku Umum melalui talian telefon 03-21479429 atau e-mel rabaah@dbp.gov.my1"> 1"> | Lain-lain | 03.12.2019 |
Selamat sejahtera, 1.Saya membaca bahan-bahan bacaan seperti surat khabar,majalah,buku rujukan dan lain-lain.('bahan ' perlu ditulis jamak kalau belakang ada banyak contoh?) Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Saya membaca bahan bacaan seperti surat khabar, majalah, buku rujukan dan lain-lain." | Tatabahasa | 30.05.2022 |
1.Dalam bahasa melayu, adakah dibenarkan sesuatu perkara yang menunjukkan lebih daripada satu tetapi ditulis satu perkataan sahaja. Contoh: 1.syarat-syarat (conditions) ditulis sebagai "syarat" sahaja 2. Kos-kos ditulis sebagai "kos" sahaja Adakah betul penulisan syarat atau kos sahaja tanpa digandakan perkataan tersebut walaupun ianya melibatkan jamak. 2. Perkataan lain-lain Cth: Sama ada lain-lain hubungan kekeluargaan yang rapat atau hubungan kekeluargaan lain yang rapat. Sama ada lain-lain dokumen sokongan atau dokumen sokongan lain Terima kasih atas bantuan. | 1. “Syarat-syarat” atau “syarat”, kedua-duanya boleh digunakan bergantung pada konteks ayat. Contohnya, “Tertakluk pada terma dan syarat”. Dalam konteks ini, “syarat” telah membawa maksud jamak. Begitu juga dengan perkataan “kos-kos” atau “kos”, penggunaannya perlu disesuaikan dengan konteks ayat. Kebiasaannya, “kos” juga telah membawa maksud jamak dan tidak perlu digandakan. 2. Frasa yang betul ialah “... hubungan kekeluargaan lain yang rapat ...” dan “… dokumen sokongan lain …”. | Tatabahasa | 08.08.2025 |