1. Bagi jarum, penjodoh bilangan ialah pucuk atau bilah atau lain daripada ini ? 2. Pustakawan sedang menyusun buku. atau Pustakawan sedang menyusun buku-buku. Manakah satu ayat yang betul? | 1. Penjodoh bilangan bagi jarum ialah sebatang. 2. Pustakawan sedang menyusun buku. | Lain-lain | 09.08.2010 |
Adakah terdapat buku rujukan mengenai kaedah jigsaw puzzle ini ? | Dalam data kami, tiada buku yang boleh dijadikan rujukan dalam susun suai gambar. Puan boleh mendapatkan rujukan lain daripada penerbit lain atau sumber internet. | Lain-lain | 21.11.2013 |
apakah maksud metafora? | Metafora merupakan gaya bahasa kiasan atau perbandingan yang membawa maksud lain daripada makna biasa kata atau frasa tersebut atau makna sebenar perkataan berkenaan sebagai perbandingan atau kiasan yang biasa terdapat dalam sajak/ puisi. | Makna | 17.02.2013 |
Apakah perbezaan antara 3 perkataan berikut: kecuali, melainkan, selain | Kecuali sama maksudnya dengan melainkan, selain dan lain daripada. | Makna | 24.10.2011 |
Jelaskan perbezaan antara penyelenggaraan dengan penyenggaraan. | Penyelenggaraan ialah perbuatan menyelenggara sesuatu, pelaksanaan, pengelolaan,; pemuliharaan, pengawasan. Kata terbitan lain daripada 'selenggara' ialah menyelenggarakan, selenggaraan, penyelenggara. Tiada kata terbitan 'penyenggaraan'. | Makna | 29.03.2008 |
Assalamualaikum, Apabila saya merujuk kamus, perkataan 'mendaya' didefiniskan seperti berikut: menÂdaya, mendayakan menjalankan tipu daya (muslihat), menipu: Adakah maksud lain daripada definisi tersebut bagi perkataan 'mendaya?' | Saudara, Perkataan "mendaya" ialah padanan bagi kata dalam bahasa Inggeris "intrigue" yang membawa maksud menarik minat, membuat [sso] berminat: the idea ~d him, gagasan itu menarik minatnya; Untuk keterangan lanjut, sila layari Pusat Rujukan Persuratan Melayu dalam laman sesawang DBP. | Makna | 23.10.2010 |
Assalamualaikum, saya mempunyai minat yang mendalam untuk menjadi penulis sambilan. Walaubagaimanapun saya tidak pernah mencuba atau mengambil peluang yang ada memandangkan saya kekurangan pengetahuan dlm bidang penulisan. Saya mempunyai banyak idea atau sumber utk menulis melalui pengalaman dan pemerhatian. Saya melihat bahawa Malaysia kekurangan bahan penulisan yang lain daripada lain dari segi kehidupan sosial remaja. Boleh dikatakan 60 peratus penulisan berkisarkan tentang cinta. Saya pernah bekerja selama 2 tahun di sebuah gerai buku terkenal dan melalui pekerjaan tersebut, saya berpeluang untuk meningkatkan pembacaan saya dan idea penulisan saya tidak kira di dalam Bahasa Malaysia ataupun Bahasa Inggeris. Jadi saya amat berharap agar pihak tuan dapat membantu saya untuk bermula sebagai penulis baru atau pelapis demi mewarnai industri buku/penulisan di negara kita.Tambahan pula, baru-baru ini telah tersiar di akhbar utama bahawa untuk menjadi salah satu negara maju, Malaysia perlu menerbitkan beribu-ribu judul.Saya ingin menjadi salah seorang daripadanya. Saya harap tuan/puan dapat memberi respon dan membalas emel ini. Sekian, terima kasih. | Alhamdulillah, sdr. berminat dalam bidang penulisan. Mudah-mudahan akan bertambah lagi penulis berbakat di tanah air pada masa akan datang. Dalam hal ini sdr. boleh mengasahkan bakat dalam bidang penulisan terutamanya dengan banyak membaca dan meneliti karya-karya pemenang sastera. Semua karya sdr. perlulah dihantar ke media cetak dan syarikat penrbit (akhbar, majalah, novel/buku dll.) serta media elektronik (radio dan tv) bagi tujuan penerbitan dan penyiaran. Sdr. juga digalakkan menyertai peraduan karya sastera (mengikut genre yang diminati) bagi menguji semangat, bakat dan keterampilan sdr. dalam bidang penulisan. Akhirnya, bagi mendapatkan pendedahan dan khidmat nasihat dalam bidang penulisan, sdr. bolehlan menghubungi pejabat DBP yang berhampiran. Untuk mendapatkan Khidmat Nasihat Berkarya secara dalam talian, saudari bolehlah melayari laman web DBP www.dbp.gov.my, dan klik menu perkhidmatan, saudari akan dapat khidmat bimbingan berkarya secara percuma. Selamat mencuba. | Lain-lain | 07.04.2009 |
"jiwa lautan" yang melambangkan keadaan gelombang lautan menggunakan gaya bahasa metafora atau personifikasi? Terima kasih! | Frasa "jiwa lautan" ialah contoh metafora yang menyatakan sesuatu makna yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang berkenaan. | Sastera | 08.03.2012 |
ADAKAH METAFORA MEMPUNYAI PELBAGAI JENIS. BERIKAN CONTOHNYA. BAGAIMANAKAH PERKAITAN METAFORA DALAM KEHIDUPAN HARIAN. | Metafora merupakan gaya bahasa kiasan atau perbandingan yang membawa maksud lain daripada makna biasa kata atau frasa tersebut atau makna sebenar perkataan berkenaan sebagai perbandingan atau kiasan yang biasa terdapat dalam sajak/ puisi. Sifat gaya bahasa ini ringkas, padat, tersusun rapi dan biasanya terdiri daripada 2 perkataan. Jenis-jenis Metafora: 1. metafora implisit pengucapan yang mengandungi unsur-unsur bandingan yang memang tersirat sifatnya. 2. metafora rancu - penggunaan /percampuran dua atau lebih unsur metafora dalam sesuatu pernyataan 3. metafora usang - metafora atau kiasan yang tidak lagi mempunyai keaslian penyairnya, contoh 'merpati putih' dan 'bendera putih'. Perkaitan metafora dalam kehidupan ialah penggunaan metafora digunakan untuk menyampaikan pemikiran, perasaan, tindakan secara tidak langsung dan berhemah, malah mampu mendidik pendengar untuk memikirkan maksud di sebalik kata-kata yang ditulis/diucapkan. | Sastera | 01.04.2012 |
Mengapakah kita tidak boleh menggunakan perkataan"selain daripada itu"? | Penanda wacana yang betul ialah selain itu. Penggunaan selain daripada itu merupakan bentuk lewah kerana selain itu sudah bermaksud lain daripada. | Tatabahasa | 24.06.2009 |