Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ju] | لاجو

Definisi : 1. pantas (pergerakan dll), cepat: kapal belayar juga, makin lama makin ~; 2. cepatnya sesuatu gerakan (dlm ilmu fizik); ~ mula Id kecepatan gerakan yg mula-mula; ~ rambat Id kecepatan yg berjangkit; bersilaju, berlaju-lajuan berdahulu-dahu­luan (perahu, kapal, dll), berlumba-lumba; melaju bergerak atau meluncur dgn laju: kapal angkasa itu terus ~ ke Musytari; melajukan 1. menjadikan laju (basikal, motokar, dll), mencepatkan: pemandu kereta itu ~ kereta sedikit demi sedikit; 2. ki men­cepatkan atau melancarkan sesuatu perun­dingan dll; memperlaju menjadikan lebih laju; kelajuan lajunya sesuatu gerakan dll, ke­cepatan; pelajuan 1. perihal mencepatkan gerakan (benda, waktu, dll); 2. kadar bertambahnya kelajuan sesuatu dlm tempoh atau masa tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ju] | لاجو

Definisi : Ph berselera (utk makan), lalu: aku tak ~ makan hari ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ju] | لاجو

Definisi : 1 cepat atau pantas (bkn pergerakan kenderaan, perjalanan dll): Tak usahlah memandu kereta terlalu ~. 2 kadar laju; kecepatan dlm sesuatu pergerakan: Had ~ di jalan raya itu ialah 60 kilometer sejam. melaju menjadi laju (bkn pergerakan kenderaan dsb): Sampan kami ~ di atas air sungai yg deras itu. melajukan menjadikan laju (bkn pergerakan kenderaan dsb); mencepatkan: Rosnah ~ keretanya ketika lalu di tempat yg sunyi itu. memperlaju menggerakkan supaya lebih laju; mempercepat. kelajuan lajunya sesuatu gerakan dll; kecepatan; kepantasan. pelajuan perbuatan atau hal melajukan sesuatu gerakan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laju
Rujuk :pantas

Puisi
 

Laju-laju perahu laju,
     Laju mari sampai Kelebang;
Lipat kain lipat baju,
     Saya mahu ikut abang.


Lihat selanjutnya...(19)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Saya ingin bertanya sama ada ayat ini betul atau tidak. Kanak-kanak itu hanyut dibawa arus laju. maksudnya laju di sini samkah maksudnya dengan deras. Jika ayat tersebut ditanya dalam peperiksaan bagi kata banyak makna, adakah ayat itu betul. Dalam Kamus DBP edisi keempat ms 340 kata kederasan digunapakai bagi ayat Lori itu dipandunya dengan kederasan 60km sejam. Jadi kederasan boleh diganti dengan kelajuan maka kata deras = laju. Saya ingin mendapatkan penjelasan tuan. tq

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan arus dalam konteks ini yang melibatkan  gerakan air atau udara, digunakan perkataan deras. Contoh : ~ deras air sungai. Untuk maksud kederasan, diguna dalam konteks kadar pergerakan dalam dlm sesuatu jangka waktu, kelajuan, kecepatan: lori itu dipandunya dgn ~ 60 kilometer sejam.

 

 

Tatabahasa06.10.2010
Saya agak keliru dengan penggunaan perkataan 'laju' bagi ayat sperti Budak itu hanyut dibawa oleh arus laju. Bolehkah perkataan laju digunakan untuk arus?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan arus dalam konteks ini yang melibatkan  gerakan air atau udara, perkataan yang sesuai ialah deras.Lain-lain06.10.2010
1.(a)Kereta itu dipandu dengan laju oleh abang. (b)Kereta itu dipandu oleh abang dengan laju. Ayat yang manakah betul? Apakah perbezaan di antara ayat-ayat ini?Kereta itu dipandu dengan laju oleh abang. Kereta itu dipandu oleh abang dengan laju. Kedua-dua ayat tersebut betul dan sama maknanya, ayat pertama memberi penekanan kepada cara dilakukan (pandu dengan laju), manakala ayat kedua memberi penekanan kepada pelaku (dipandu oleh abang).Tatabahasa30.06.2009
Penggunaan 'laju' dan 'pantas' dalam ayat di bawah adalah betul atau salah ? 1. Kuda berlari laju. 2. Kereta bergerak pantas. terima kasihPenggunaan kata laju dan pantas dalam ayat tersebut betul. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan.Tatabahasa22.05.2012
mana ayat yang betul?kami lari laju bawa bola sama-sama atau kami sama-sama lari laju bawa bola..kami lari laju bawa bola sama-sama..Tatabahasa04.02.2013
Tuan, 1) mengapakah kata dasar taksir boleh menerima imbuhan pe- dan pen- dengan makna yang sama? Dalam K/Dewan Ed 2 ada entri penaksiran dan Ed 4 ada kata penaksiran dan pentaksiran. 2) Adakah akronim halaju terbit darpada hal laju atau had laju? Terima kasih.1. Perkataan taksir ialah homonim, perkataan yang sama tetapi berbeza makna. Taksir yang pertama membawa maksud lalai menerbitkan kata mentaksirkan, manakala taksir yang kedua membawa maksud hitung atau kira menerbitkan kata menaksir, taksiran, penaksiran dan penaksir.
2. Halaju dan had laju ialah dua perkataan yang berbeza, had laju bermaksud kelajuan maksimum yang dibolehkan, manakala halaju ialah kelajuan atau kecepatan, dan bukan juga hal laju.
Tatabahasa04.03.2012
Adakah "kata pembenda" hanya untuk benda ataupun melibatkan haiwan dan tumbuhan?Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, misalnya: lajunya - Lajunya ialah 100km sejam.Tatabahasa10.02.2011
kuda itu berlari___ untuk mengelakkan diri daripada ditanduk oleh lembu jawapan pantas atau laju sebab.......Dalam Kamus Dewan laju sama maksudnya dengan pantas. Oleh itu kedua-dua perkataan tersebut boleh menjadi jawapan kepada ayat tersebut.Tatabahasa23.07.2012
apakah kesalahan dalam ayat ini?1)saya tidak boleh lari laju kerana badan saya gemuk.2)FAKTA YANG DIKEMUKAKAN ADALAH BERDASARKAN UNDANG-UNDANG.3)TUJUAN KAJAIAN INI DIBUAT ADALAH UNTUK MENGENALPASTI MASALAH-MASALAH YANG DI HADAPI SEMASA PENULISAN KARANGAN.1) Saya tidak boleh lari laju kerana badan saya gemuk. - betul.
2) FAKTA YANG DIKEMUKAKAN ADALAH BERDASARKAN UNDANG-UNDANG. - kata pemeri yang betul ialah.
3) TUJUAN KAJIAN INI DIBUAT ADALAH UNTUK MENGENALPASTI MASALAH-MASALAH YANG DI HADAPI SEMASA PENULISAN KARANGAN. - betulkan ejaan mengenal pasti dan dihadapi.
Untuk membina ayat dengan betul, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa23.04.2012
"pantas , cepat dan laju " perkataan-perkataan tersebut ada perbezaaan? terima kasih.

Pantas: 

1. cepat, kencang, lekas: ia menarik nafas dgn ~ dan kuat; langkahnya ~ dan pendek-pendek; 2. cekap, cekatan, mahir, tangkas: Bakhtiar lebih ~ bekerja drpd dia; mereka lebih pandai, lebih cekap, lebih ~ daripadanya;~ mulut pandai (bijak) bercakap; ~ pangus sl cepat dan cekap; ~ tangan panjang tangan, suka mencuri;

Cepat:

1. laju, deras, kencang, pantas (bkn gerakan, waktu, kejadian, dll): angkahnya makin ~; jentera tersebut berpusing dgn ~nya; ~ sekali berakhirnya ertunjukan itu; 2. lebih lekas atau terdahulu (bkn jam): jam ini ~ empat minit; 3. lekas, segera: dia yg ~ sekali pergi ke ekolah; ~ bangun pagi; ~ kaki pantas berjalan; ~ kaki, ringan tangan pantas dan rajin bekerja dll; ~ kiri kidal; ~ lidah mulut, muncung, paruh) mudah mengeluarkan perkataan dgn tidak difikirkan ebih dahulu; ~ marah lekas marah;~ sigap pantas atau tangkas (perbuatan dll); ~ tangan suka mencuri; ~ tangan terjembakan, ~ kaki erlangkahkan, ~ mulut terkatakan prb jika melakukan sesuatu dgn tidak ifikirkan buruk baiknya, boleh mendatangkan kesusahan;

Laju:

1. pantas (pergerakan dll), cepat: kapal belayar juga, makin lama makin ~; 2. cepatnya sesuatu gerakan (dlm ilmu fizik); ~ mula Id kecepatan gerakan yg mula-mula; ~ rambat Id kecepatan yg berjangkit;

Makna13.06.2009
1234

Kembali ke atas