Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ka.ran] | لاکرن

Definisi : gambar (yg dilukis) secara kasar, rajah, rangka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ka.ran] | لاکرن

Definisi : gambar yg dilukis secara kasar; rajah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lakaran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan diantara lakaran alat telekomunikasi dengan lakaran olahan ilustrasi alat telekomunikasi?Lakaran yang pertama bermaksud lakaran alat telekomunikasi.iaitu merujuk alat.   Lakaran olahan ilustrasi alat telekomunikasi merujuk lakaran olahan ilustrasi yang dibuat oleg alat telekomunikasi. Lain-lain27.03.2008
1. Taburkan beras hancur berwarna di atas lakaran. 2. Taburkan beras hancur berwarna pada lakaran. Ayat mana yang betul? terima kasih.Ayat yang betul ialah Taburkan beras hancur berwarna pada lakaran.Tatabahasa26.04.2025
Gambar lakaran papan iklanMulai 1 Jun 2017, setiap pengesahan iklan baharu akan dikenakan bayaran. Permohonan iklan baharu perlu menggunakan sistem baharu iaitu http://dbpsahbahasa.my/ dan permohonan kemas kini atau pembetulan masih menggunakan sistem lama hingga 14 Jun 2017. Lain-lain06.06.2017
Dilampir lakaran papan iklan untuk khidmat nasihat dari segi penyusunan, bahasa dan ejaan yang digunakan.Sila layari laman web DBP dan klik pada e-perkhidmatan, kemudian Khidmat Pengesahan Bahasa DBP untuk menghantar iklan.Lain-lain03.01.2012
MEMINTA SAHKAN LAKARAN PAPAN IKLAN

Untuk hal berkenaan pengesahan iklan, sila layari http://dbpsahbahasa.my/

 

Terima kasih.

Lain-lain17.11.2017
SAYA LAMPIRKAN LAKARAN PAPAN IKLAN YANG PERLU DISEMAK EJAAN DAN MENDAPAT CHOP KELULUSAN DARI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA SEBELUM PERMOHONAN LESEN DIKELUARKAN.Untuk pengesahan iklan sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukan Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain22.09.2014
Memohon pengesahan lakaran papan iklan syarikat bagi tujuan permohonan lesen perniagaan MBJB.Puan,
Bagi tujuan pengesahan iklan, puan melayari laman web www.prpm.dbp.gov.my dan klik menu "e-Perkhidmatan". Kemudian klik "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Terima kasih.
Lain-lain02.07.2014
Memerlukan pengesahan lakaran visual oleh DBP. Ini adalah requirement untuk permohonan lesen kekal iklan oleh MBSA. Sila perhatikan gambar/lakaran seperti yang dilampirkan.Sila kemukakan permohonan tuan melalai www.dbpsahbahasa.my untuk penyemakan dan pengesahan iklan.Lain-lain22.07.2019
Tuan, "berpengalaman dalam membuat lakaran wajah penjenayah" betul tak? Saya berpandangan frasa kerja ini harus dipinda kepada: "berpengalaman dalam pembuatan lakaran wajah penjenayah" ATAU "berpengalaman dalam pelakaran wajah penjenayah. Mengikut Tatabahasa Dewan, kata sendi nama "dalam" diikut oleh frasa nama yang abstrak, iaitu mempunyai lingkungan yang tidak ada jarak atau tidak ada ruang. Jadi, kata kerja "membuat" yang mengikut kata sendi nama "dalam" tidak sesuai digunakan dalam ayat ini kerana kata sendi nama "dalam" berada di hadapan frasa nama, bukan kata kerja. Oleh hal demikian, saya telah mengubah bentu kata kerja "membuat" kepada bentuk kata nama "pembuatan", atau bentuk kata nama "pelakaran" yang bermaksud hal melakar. Betulkah pembetulan saya? (Punca: Novel Hantu Gadis Opera, lembaran 20, terbitan Syarikat Pelangi)Kami berpandangan ayat "berpengalaman dalam pelakaran wajah penjenayah", betul. Sila ambil contoh ayat daripada buku bahasa untuk berhujah atau memahamkan peraturan tatabahasa. Mengambil ayat daripada karya kreatif bukanlah langkah yang tepat kerana sebahagian karya kreatif tidak mematuhi seratus peratus peraturan tatabahasa. Tatabahasa20.03.2015
Memohon pendapat bagi pengertian istilah/tajuk ini :- MASALAH PENYEDIAAN LUKISAN LAKARAN TIDAK SISTEMATIK Terima kasih

Masalah menyiapkan lukisan lakaran atau lukisan yang dilukis secara kasar tidak berasaskan atau menurut sistem yang betul. Untuk maksud yang lebih jelas sila rujuk makalah yang berkaitan.

Makna20.04.2009
12345

Kembali ke atas