Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ki.laki] | لاکي٢

Definisi : 1. jantan (lebih halus), lwn perem­puan: ia gadis yg tidak mempunyai sebarang teman ~; 2. ki berani, keberanian, pemberani: hatinya memang ~, patah sayap bertongkat­kan paruh, namun kehendak diteruskan juga; kelaki-lakian 1. sifat laki-laki, tingkah laku (gerak-geri) laki-laki: Alias memiliki sifat­sifat ~ yg tulen, jujur, ikhlas, berhemah tinggi serta berupa kacak; 2. ki keberanian, ketang­kasan, kegagahan: apabila seorang anak muda kaum itu hendak kahwin, ia harus menunjuk­kan ~nya dgn membawa kepala orang ke kampungnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ki.laki] | لاکي٢

Definisi : , lelaki 1 jenis manusia sbg pasangan kpd perempuan: anak ~. 2 ki sifat berani; keberanian: Dia hendak menunjukkan ~nya kpd kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata laki-laki

Puisi
 

Api-api pangkalan tarap,
     Pucuk meluncur dari Labuan;
Laki-laki jangan diharap,
     Bijak memujuk si perempuan.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Menanti laki pulang maling.

Bermaksud :

Tidak tenteram, selalu waswas.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan maksud perkataan-perkataan berikut: 1. Laki-Laki 2. Lelaki 3. perempuan 4. Wanita

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain22.10.2010
salam tuan , apakah perbezaan antara jantina dengan genderGender membawa maksud jantina, iaitu jenis kelamin (laki-laki atau perempuan).Makna25.01.2012
Selamat sejahtera, Betulkan perkataan 'ianya' salah digunakan dan tidak boleh digunakan?

Kata ia ialah kata ganti nama diri ketiga (bagi laki-laki atau perempuan), dia (Kamus Dewan, 2007:556)

Kata -nya juga merupakan kata ganti nama diri orang ketiga seperti beliau, dia (Kamus Dewan 2007:1087). Oleh itu, kedua-dua perkataan ini tidak boleh digabungkan kerana kedua-duanya ialah kata ganti nama diri ketiga. Penggunaan yang betul ialah ia bukan ianya.

Tatabahasa21.02.2020
apakah beza antara penggunaan "memperisteri" dan "memperisterikan"?Memperisteri ialah mengambil akan isteri, menjadikan isteri, mengahwini. Memperisterikan pula ialah memberi isteri, mengahwinkan (anak laki-laki).Tatabahasa16.09.2008
maruah.... apa itu maruah... ego??? apa itu ego....Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maruah bermaksud kehormatan (diri), harga diri. Maruah juga membawa maksud sifat laki-laki, keberanian, kegagahan; bermaruah mempunyai maruah. Manakala ego bermaksud persepsi seseorang tentang harga dirinya, yang seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut.Tatabahasa25.07.2012
Salam... Benarkah kata 'ia' boleh digunakan untuk manusia, benda ataupun tumbuhan kecuali haiwan?

Ia ialah 1. kata ganti diri ketiga (bagi laki-laki atau perempuan), dia: hari ni ~ tidak datang ke pejabat; 2. kata ganti benda yg dibicarakan: hatta harta yg ada akan kita bahagi-bahagikan atas keyakinan bahawa ~ menjadi bekalan yg dapat menolongnya di akhirat nanti; inilah ganti rugi saman malu yg paling besar dlm sejarah negara kita walaupun ~ hanya separuh drpd yg dituntut.

Lain-lain07.10.2010
Sam Nizar Taufick 6:14PM kenapa perkataan kemaluan digunakan untuk menterjemah alat kelamin?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud alat kelamin ialah kemaluan manusia atau binatang pada laki-laki atau perempuan, jantan atau betina. Manakala maksud kemaluan pula merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua ialah alat kelamin pada manusia lelaki atau perempuan, dalam keadaan malu, berasa malu, rasa malu, rasa aib, sesuatu yang memalukan, keaiban.Istilah02.08.2016
setahu saya ia tidak boleh digunakan untuk benda selain manusia.Adakah ini benar?

ia menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud: 1. kata ganti diri ketiga (bagi laki-laki atau perempuan), dia: hari ni ~ tidak datang ke pejabat; 2. kata ganti benda yg dibicarakan: hatta harta yg ada akan kita bahagi-bahagikan atas keyakinan bahawa ~ menjadi bekalan yg dapat menolongnya di akhirat nanti; inilah ganti rugi saman malu yg paling besar dlm sejarah negara kita walaupun ~ hanya separuh drpd yg dituntut.

Makna17.05.2009
Boleh atau tidak kata ganti nama diri orang ketiga "ia" digunakan untuk benda bukan manusia? Contoh: Kelas itu diadakan pada waktu petang. Ia bertujuan untuk......Ia ialah kata ganti diri ketiga (bagi laki-laki atau perempuan), dan kata ganti benda yang dibicarakan. Merujuk makna yang kedua ia boleh digunakan untuk bukan manusia termasuklah binatang.Tatabahasa23.03.2010
Penggunaan kepada panggilan nama Syed di dalam tulisan..Samada Tuan Syed atau Encik Syed. Terima kasih.Sapaan lisan kepada orang yang disapa seperti syed ialah tuan syed. Kata "Tuan " merujuk kata panggilan bagi orang laki-laki yang dihormati atau yang berpangkat.Istilah19.09.2015
1234

Kembali ke atas