Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ko.nan] | لاکونن

Definisi : 1. lakon; 2. perihal memainkan sesuatu drama (sandiwara dll), perihal ber­lakon: ~nya dlm filem-filem pd masa lalu sungguh baik dan memuaskan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ko.nan] | لاکونن

Definisi : cerita yg dipentaskan (sandiwara, filem, dll), drama: suatu lakonan yg bertajuk Si Bongkok Tanjung Puteri akan dipentaskan di Dewan Bandaran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ko.nan] | لاکونن

Definisi : cara berlakon atau cara melakonkan sesuatu peranan dlm drama (sandiwara dll): ~nya dlm filem itu memuaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lakon
Kata Terbitan : berlakon, melakonkan, lakonan, pelakon,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
'repitisi' atau 'repitasi'Slam sejahtera. Menurut Kamus Dewan Edisi k- 4 (répetisi) IB ulangan (pelajaran), latihan ulangan (lakonan dll): seorang bintang filem berkali-kali mengadakan ~ utk menyesuaikan dirinya dgn lakonan yg akan dijalankan. Sekian.Lain-lain30.12.2008
Salam.. apa maksud tablorama? tqlakonan pentas atau drama yang pelakon-pelakonnya tidak bercakap.Lain-lain25.09.2007
Salam sejahtera... Baru-baru ini saya menonton cerita lakonan Jins Shamsudin, arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Saya tertarik dengan penggunaan bahasa di dalam filem itu yang menggabungkan puisi lama seperti syair dan kata-kata dialog yang berbeza. Soalan saya kata-kata dialog yang digunakan itu adalah jenis apa...adakah gurindam, pantun..atau sesuatu yang lain yang saya tidak tahu. Soalan saya yang lain..apakah makna citra-daga..ada disebutkan di dalam filem ini.. Terima kasih ..Gurindam ialah sejenis bentuk puisi yang terdiri daripada dua baris, berisi dengan berbagai-bagai pengajaran, pantun ialah sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainnya mengandungi maksudnya). Sila lihat juga pelbagai bentuk gurindam, pantun, syair dan sebagainya yang banyak diterbitkan dalam bentuk cakera padat untuk lebih mengenali karya berkenaan. Untuk menjawab soalan saudara, saudara perlu meneliti semula filem tersebut dan kenali kategori manakah letaknya dialog tersebut.Lain-lain03.06.2009
Salam satu Malaysia,Saya bernama Savinthran Mathavan dari Univesiti Sains Malaysia kampus Induk jurusan Lakonan dan Pengarahan,ingin mendapat kebenaran daripada pihak tuan supaya kami dapat mementaskan karya oleh Kemala yang berjudul Anna.Saya difahamkan oleh Pihak Pusat Pengajian Seni USM kami boleh mementaskan karya tersebut jika sebaiknya memberitahu dahulu pihak tuan mengenai pementasan tersebut.Saya harap tuan dapat meluluskan pementasan ini.Sekian,Terima Kasih.Terima kasih Savin Smith. Tuan boleh menghubungi pegawai kami En. Abdul Wahab Hamzah ditalian 03-2147 9000/1/2/3/4/5/6/7. Mohon operator yang bertugas sambungkan kepada En.Abdul Wahab Hamzah. Moga ia membantu tuan. Terima kasih.Lain-lain01.03.2014
apakah yang dimaksudkan dengan 'sketsa'?Sketsa ialah lukisan yang dibuat secara kasar dan cepat atau lakaran, atau makna yang satu lagi ialah karangan, lakonan pendek yang menggelikan hati.Makna16.07.2010
Ejaan yang betul bagi Ulik Mayang atau Ulek Mayang?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul ialah ulik mayang yang bermaksud persembahan tradisional dalam bentuk tarian, nyanyian, dan lakonan.Ejaan18.06.2021
Apa kata lawan bagi perkataan 'fitrah' (tabiat, sifat semulajadi). Sekian, terima kasih.Fitrah bermaksud tabii, iaitu mengikut sifat (keadaan, pem­bawaan dll) yang asli atau yang semula jadi. Dalam sumber rujukan kami tidak ada satu perkataan khusus yang menjadi kata lawan bagi kata fitrah, kata lawan yang berdekatan dengan maksud fitrah ialah sifat yang terhasil melalui rekaan, ciptaan, lakonan dan sebagainya.Tatabahasa08.12.2010
SAYA INGIN TAHU TENTANG BILA MASA KITA PERLU MENGGUNAKAN TANDA-TANDA SEPERTI /,:,;,",',.,&,! DLL. PERLU ATAU TIDAK PERKATAAN SELEPAS ITU DIJARAKKAN ATAU MENGGUNAKAN HURUF BESAR ATAU KECILMenurut buku Gaya Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, terdapat beberapa fungsi bagi tanda-tanda yang dinyatakan.
1. Tanda Titik Bertindih ( : )
a) Memperkenalkan atau menambah keterangan.
contoh : Prinsip hidup saya senang sahaja: Tekun dan ikhlas. (selepas 'sahaja' terus tanda titik bertindih dan barulah ada jarak dan huruf besar)
b) Memisahkan:
i) subjudul daripada judul utama buku dalam penulisan.
ii) Nombor adegan daripada nombor babak drama, lakonan atau filem.
iii) Nombor surah daripada nombor ayat dalam al-Quran.
iv) Nombor jilid dan nombor halaman rujukan bagi buku berjilid.
v) Nombor jilid, bilangan, dan halaman rujukan majalah.
vi) tahun dan halaman rujukan  bagi penerbitan.
vii) Tempat terbit dan nama penerbit dalam penulisan biblografi.
c) Menunjukkan nisbah.

tanda seru ( ! )
- Digunakan dalam ayat seperti berikut Amboi, cantiknya pakaian dalam almari itu!
-Huruf besar selepas tanda seru.

Sila rujuk Buku Gaya Dewan untuk keterangan dengan lebih lanjut beserta contoh penggunaan simbol yang terdapat dalam bahasa Melayu.
Tatabahasa11.09.2012
maksud lentok, lentik, pacak, dan cacak

Lentok: terkulai (ke bawah atau ke sisi), terkelepai (ke bawah), miring (kerana lemah dsb)

Lentik: melengkung ke atas atau ke belakang (bulu mata dll): wajahnya yg bujur sirih itu dihiasi alis yg melentik wilis; 2. lekuk ke atas pd hujungnya (haluan perahu dll);

Pacak: sesuatu yg panjang dan runcing, cucuk (ikan yg hendak dipanggang, sate, dll); 2. kayu (tongkat dll) yg tirus hujungnya, pancang; pak ~ orang yg tidak penting peranannya (watak tambahan dlm lakonan pentas dll);

Cacak: tegak (galah, tiang, dll); ~ lari lari tergesa-gesa atau cepat-cepat;

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut.

Makna17.04.2009
saya ingin menayakan tentang bagaimana mahu memulakan sesuatu drama?? dan apakah perlu saya buat apabila drama sekolah tersebut gagal??Untuk memulakan pengarahan sesuatu drama atau pementasan, amat perlu terlebih dahulu mengenalpasti skrip yang sesuai dan bermutu. Berdasarkan kepada skrip tersebut (setelah dianalisis), baharulah boleh mencari pelakon. Walaupun demikian, teks (skrip) dengan pengarahan adalah dua perkara yang berbeza. Andai skrip memerlukan 10 orang pelakon, seseorang pengarah yang bijak dan kreatif  boleh menjadikan hanya empat (4) orang pelakon sahaja. Dalam hal ini, kegagalan sesuatu pementasan sering dikaitkan dengan kegagalan pengarah memindahkan inti cerita teks kepada bentuk gerak dan lakonan yang bermutu. Sekian.Lain-lain16.02.2009
12

Kembali ke atas