Saya ingin mendapatkan kepastian mengenai terjemahan yang tepat bagi beberapa istilah lakonan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu, khususnya untuk tujuan penamaan kategori anugerah. Istilah-istilah tersebut adalah: 1) Best supporting actress 2) Best new actress 3) Best leading actress Berdasarkan pemahaman saya, terjemahan yang mungkin adalah seperti berikut: 1) Best supporting actress: Pelakon pembantu wanita terbaik 2) Best new actress: Pelakon wanita baharu terbaik (atau mungkin Pelakon baharu wanita terbaik?) 3) Best leading actress: Pelakon utama wanita terbaik Saya ingin mendapatkan pengesahan daripada pihak tuan/puan mengenai terjemahan yang paling tepat dan lazim digunakan dalam konteks penamaan kategori anugerah. Adakah pemahaman saya betul mengikut hukum D-M? | Cadangan terjemahan yang bersesuaian adalah seperti yang berikut: 1) Best Supporting Actress: Pelakon Pembantu Wanita Terbaik 2) Best New Actress: Pelakon Wanita Baharu Terbaik 3) Best Leading Actress: Pelakon Utama Wanita Terbaik | Penyemakan dan penterjemahan | 13.04.2025 |
Salam satu Malaysia,Saya bernama Savinthran Mathavan dari Univesiti Sains Malaysia kampus Induk jurusan Lakonan dan Pengarahan,ingin mendapat kebenaran daripada pihak tuan supaya kami dapat mementaskan karya oleh Kemala yang berjudul Anna.Saya difahamkan oleh Pihak Pusat Pengajian Seni USM kami boleh mementaskan karya tersebut jika sebaiknya memberitahu dahulu pihak tuan mengenai pementasan tersebut.Saya harap tuan dapat meluluskan pementasan ini.Sekian,Terima Kasih. | Terima kasih Savin Smith. Tuan boleh menghubungi pegawai kami En. Abdul Wahab Hamzah ditalian 03-2147 9000/1/2/3/4/5/6/7. Mohon operator yang bertugas sambungkan kepada En.Abdul Wahab Hamzah. Moga ia membantu tuan. Terima kasih. | Lain-lain | 01.03.2014 |
SAYA INGIN TAHU TENTANG BILA MASA KITA PERLU MENGGUNAKAN TANDA-TANDA SEPERTI /,:,;,",',.,&,! DLL. PERLU ATAU TIDAK PERKATAAN SELEPAS ITU DIJARAKKAN ATAU MENGGUNAKAN HURUF BESAR ATAU KECIL | Menurut buku Gaya Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, terdapat beberapa fungsi bagi tanda-tanda yang dinyatakan. 1. Tanda Titik Bertindih ( : ) a) Memperkenalkan atau menambah keterangan. contoh : Prinsip hidup saya senang sahaja: Tekun dan ikhlas. (selepas 'sahaja' terus tanda titik bertindih dan barulah ada jarak dan huruf besar) b) Memisahkan: i) subjudul daripada judul utama buku dalam penulisan. ii) Nombor adegan daripada nombor babak drama, lakonan atau filem. iii) Nombor surah daripada nombor ayat dalam al-Quran. iv) Nombor jilid dan nombor halaman rujukan bagi buku berjilid. v) Nombor jilid, bilangan, dan halaman rujukan majalah. vi) tahun dan halaman rujukanĀ bagi penerbitan. vii) Tempat terbit dan nama penerbit dalam penulisan biblografi. c) Menunjukkan nisbah. tanda seru ( ! ) - Digunakan dalam ayat seperti berikut Amboi, cantiknya pakaian dalam almari itu! -Huruf besar selepas tanda seru. Sila rujuk Buku Gaya Dewan untuk keterangan dengan lebih lanjut beserta contoh penggunaan simbol yang terdapat dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 11.09.2012 |
Tuan, Cara pengunaan tanda bacaan yang tepat. bagaimanakah kita menggunakan titik bertindin (:). adakah kita menggunakan huruf besar atau kecil bagi memulakan ayat selepas titik bertindih. Contoh 1. ...yang dinyatakan seperti berikut: (i) mengenalpasti atau Mengenalpasti contoh 2. Merujuk kepada senarai di bawah. (i) isu atau Isu yang dikenalpasti. Terima kasih atas bantuan | Tidak ada format yang ditetapkan berkenaan penggunaan huruf besar atau huruf kecil selepas titik bertindih. Walau bagaimanapun, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka menjadikan buku Gaya Dewan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai panduan. Menurut buku tersebut, fungsi titik bertindih adalah seperti yang berikut: 1. Untuk memperkenalkan atau menambah keterangan 1"> 2. Untuk memisahkan (a) Subjudul daripada judul utama buku dalam penulisan1"> (b) Nombor adegan daripada nombor babak drama, lakonan atau filem (c) Nombor surah daripada nombor ayat dalam al-Quran (d) Nombor jilid dan nombor halaman rujukan bagi buku berjilid (e) Nombor jilid, bilangan, dan halaman rujukan majalah (f) Tahun dan halaman rujukan bagi penerbitan (g) Tempat terbit dan nama penerbit dalam penulisan biblografi1"> 3. Untuk menunjukkan nisbah1"> 1"> Berdasarkan contoh yang diberikan, dicadangkan supaya digunakan huruf besar selepas titik bertindih.1"> (i) Mengenal pasti contoh1"> (ii) Isu yang dikenal pasti 1"> | Tatabahasa | 26.09.2021 |
Maksud dan perbezaan terperinci antara mapan dan mampan. Bagaimana cara penggunaan mengikut kesesuaian | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) takrifan bagi kata mampan dan mapan adalah seperti yang berikut: mampan kata adjektif (berkenaan ekonomi, pembangunan dan sebagainya) mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik dalam jangka masa yang panjang. Contoh penggunaan: Sektor swasta dan pihak berkuasa tempatan bekerjasama merancang dan mengurus kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan. mapan kata adjektif 1 (berkenaan teori, budaya dan sebagainya) tidak berubah-ubah dan sudah diterima umum. Contoh penggunaan: Kajian ilmiah mestilah dilakukan berdasarkan kerangka kerja atau teori yang mapan. 2 (berkenaan kedudukan, ekonomi dan sebagainya) baik dan stabil. Contoh penggunaan: Perpaduan antara kaum perlu dipupuk untuk menjamin perkembangan ekonomi yang mapan. 3 (berkenaan suara, tulisan, lakonan dan sebagainya) mantap dan sukar untuk dicari kelemahannya. Contoh penggunaan: Sesebuah lagu itu mestilah menggunakan bahasa dan susunan lirik yang mapan. Pemerian makna adalah berdasarkan konteks penggunaan kata tersebut. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk kamus terkini terbitan DBP. | Makna | 12.01.2024 |