Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la/.sa.ma.na] | لقسامان

Definisi : 1. sl gelaran yg tertinggi dlm angkatan tentera laut, raja laut: Datuk Benda­hara memerintah negeri, ~ memerintah ten­tera laut; L~ Tun Tuah; 2. pangkat dlm ang­katan tentera laut; naib ~ timbalan panglima angkatan tentera laut; ~ muda a) pangkat (dlm angkatan tentera laut) di bawah naib laksamana; b) Id pangkat di bawah laksamana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la/.sa.ma.na] | لقسامان

Definisi : ; ~ mengamuk buah embacang yg dimasak dan dipotong halus-halus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la/.sa.ma.na] | لقسامان

Definisi : 1 gelaran yg tertinggi dlm angkatan laut; raja laut: ~ Hang Tuah. 2 pangkat yg tertinggi dlm angkatan laut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laksamana (kata nama)
Bersinonim dengan raja laut, amurulbahar, ketua angkatan laut.,

Puisi
 

Laksamana mudik ke Terap,
     Patah galah di dalam perahu;
Tuan umpama bunga dedap,
     Sungguh merah tiada berbau.


Lihat selanjutnya...(13)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, "Admiral Zheng He" diterjemah sebagai "Laksamana Zheng He" atau "Laksamana "Cheng Ho" ?“Admiral Zheng He” diterjemahkan sebagai Laksamana Zheng He. Dimaklumkan, pihak kami tidak menyemak aspek sejarah bagi nama tersebut.Penyemakan dan penterjemahan11.12.2024
Salam, Apakah kata ganti nama ketiga bagi laksamana? Sebagai contoh, "Laksamana Hang Tuah pergi ke Makkah lalu _____ singgah di makam Siti Hawa." Adakah "beliau" atau "baginda" sesuai bagi konteks tersebut. Terima kasih.Kata ganti nama bagi Laksamana Hang Tuah ialah beliau. Tatabahasa24.10.2022
Selamat pagi. Yang manakah lebih sesuai: Laksamana Cheng Ho atau Laksamana Zheng He? Terima kasih.Kedua-dua nama tersebut boleh digunakan. Walau bagaimanapun, pertanyaan saudara tidak jelas. Sila nyatakan dengan lebih terperinci bagi membolehkan pihak kami membantu saudara dalam perkara ini. Lain-lain13.08.2023
Salam & selamat pagi, Tolong periksa ayat ini. "Bendahara, panggilkan Laksamana mengadap baginda sekarang juga," titah Sultan Melaka. 'Laksamana' patut ditulis huruf besar atau kecil? Terima kasih kerana meluangkan masa dan sudi menjawab.

Selamat pagi.

Perkataan laksamana dalam konteks ayat di atas menggunakan huruf kecil kerana tanpa kata nama khas hadir selepasnya. Sekian, terima kasih.

Tatabahasa21.06.2016
1. "Bilakah baginda akan berangkat ke tanah seberang?" ujar Laksamana Hang Tuah kepada Datuk Bendahara. 2. "Bilakah tuan hamba akan berangkat ke tanah seberang?" ujar Laksamana Hang Tuah kepada Datuk Bendahara. Adakah kedua-dua ayat ini betul? Terima kasih.Ayat 1 " Bilakah  baginda akan berangkat ke tanah seberang?" ujar Laksamana Hang Tuah kepada Datuk Bendahara. Ayat ini betul

Ayat 2 "Bilakah tuan hamba akan berangkat ke tanah seberang?" Tanya  Laksamana Hang Tuah kepada Datuk Bendahara. Perkataan ujar perlu ditukar kepada perkataan Tanya.
Tatabahasa14.08.2018
Selamat sejahtera. 1. Biasanya Bendahara atau Laksamana berkata dengan Sultan, kata ganti nama diri pertama ( patik ) dan KGND kedua ( tuanku ) digunakan. Soalan 1: Kalau sebaliknya, Sultan berkata dengan Bendahara atau Laksamana, apakah KGND pertama dan KGND kedua yang paling sesuai digunakan? Soalan 2: Kalau sultan/raja berkata dengan kerabat raja yang lain seperti Permaisuri/ Sultanah, Putera, dan Puteri, apakah KGND pertama dan KGND kedua yang paling sesuai digunakan? Terima kasih.

Salam Sejahtera. Penggunaan Kata Ganti Nama Diri (KGND) Pertama dan Kedua adalah seperti yang berikut:

1.  Sultan berkata dengan Bendahara atau Laksamana:
   
i.  Beta (KGND Pertama)

ii.  Tuan Bendahara / Laksamana (KGND Kedua)

2. Sultan berkata dengan Permaisuri/Sultanah

i.  Kekanda (KGND Pertama)

ii. Adinda (KGND Kedua)

1.   Sultan berkata dengan Putera/Puteri

i. Ayahanda (KGND Pertama)

ii. Anakanda (KGND Kedua)

Sekian. Terima kasih.

Tatabahasa18.06.2017
salam. Laksamana Hang Tuah terkenal dengan (kecekapannya / ketangkasannya) bermain senjata. Jawapannya: kecekapannya atau ketangkasannya. Terima kasihLaksamana Hang Tuah memang terkenal dengan kecekapan bermain senjata. Mengikut Kamus Dewan, kecekapan ialah kebolehan melakukan sesuatu (seperti kerja) dengan cepat dan sempurna, kemahiran, kepandaian (melakukan sesuatu).Makna07.12.2014
Selamat pagi tuan, Laksamana Hang Tuah memang terkenal dengan _________ bermain senjata. Kecekapan atau ketangkasan? Yang mana paling sesuai untuk ayat di atas?Laksamana Hang Tuah memang terkenal dengan kecekapan bermain senjata. Mengikut Kamus Dewan, kecekapan ialah kebolehan melakukan sesuatu (seperti kerja) dengan cepat dan sempurna, kemahiran, kepandaian (melakukan sesuatu).Makna07.12.2014
Yg mana satu betul? "------- akan segera mengadap sultan apabila tiba di Melaka nanti," kata Laksamana Hang Tuah kepada sahabat-sahabatnya. A. Patik B. Hamba C. Tuanku D. Beta Dlm penerangan encik...hamba digunakan utk merendahkan diri... Manakala patik dgunakan ketika brckap dgn raja...Jd knapa jwpannya 'patik' ....sdangkan laksamana hang tuah bckap dgn sahabatnya...Kami memohon maaf atas kesilapan jawapan yang diberikan. Pihak kami telah menghantar e-mel  kepada saudara pada tarikh yang sama jawapan diberikan (5/2/2013) untuk pemberitahuan kesilapan kesalahan jawapan KNDBP.

Jawapan yang tepat ialah hamba. Kami memohon maaf atas kesilapan yang diberikan tempoh hari.
Tatabahasa06.02.2013
Tuan, saya hendak menanyakan soalan berdasarkan ayat yang saya berikan ini. "Baginda menitahkan agar laksamana datang menemui baginda di balai penghadapan dengan segera." Soalan 1: Adakah perkataan "menitahkan" dalam ayat ini salah? Soalan 2: Apakah maksud "balai penghadapan" dalam ayat yang diberikan?
1. Perkataan menitahkan betul, namun ayat tersebut perlu dibaiki menjadi "Baginda menitahkan laksamana datang mengadap baginda...".
2. Balai penghadapan ialah tempat rakyat mengadap raja.

Tatabahasa01.05.2014
123

Kembali ke atas