Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lakukan

Peribahasa

Awal dikenal akhir tidak,
     alamat badan akan rosak.

Bermaksud :

Orang yang tak berhati-hati lakukan pekerjaannya (yang baiknya saja yang diingat) tentulah akhirnya akan menyesal dan kecewa.

 

Lihat selanjutnya...(2)

49

Don't bite off more than you can chew

Jangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri.

Panjang langkah koyak pesak seluar, tinggi loncat tembuk ubun-ubun

Don't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget.

Panjang langkah koyak pesak seluar, tinggi loncat tembuk ubun-ubun. Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat berikut yang manakah betul? 1. Apakah yang SAYA TELAH lakukan untuk menjaga Bumi? atau 2. Apakah yang TELAH SAYA lakukan untuk menjaga Bumi? Ayat yang bertul ialah Apakah yang telah saya lakukan untuk menjaga bumi?Tatabahasa02.04.2018
Adakah ayat-ayat berikut betul? a. Antara cara yang saya lakukan untuk memanfaatkan masa ialah bersukan. b. Antara cara yang sya lakukan untuk memanfaatkan masa adalah dengan bersukan.
Jawapan yang lebih tepat ialah Ayat a. Antara cara yang saya lakukan untuk memanfaatkan masa ialah bersukan.
Tatabahasa01.09.2019
Apa yang dia lakukan kepada/pada kamu?Apa yang dia lakukan terhadap kamu?Tatabahasa20.12.2011
Yang manakah lebih sesuai/betul bagi ayat-ayat di bawah? (Lihat lampiran) Saya mabuk pada malam itu. Saya mabuk malam itu. Awak ketawa pada saya? Awak ketawakan saya? Awak tertawakan saya? Apa patut saya lakukan? Apa saya patut lakukan? Saya tak boleh hilang muka di sini! Saya tak boleh jatuh air muka (di sini)! Jangan buatkan warga asing pandang rendah pada kita! Jangan biar warga asing pandang rendah terhadap kita! Berikan saya masa. Beri saya masa. Saya perlukan rehat. Saya berehat sekejap. (I need a break) Saya bencikan dia. Saya benci dia. Saya sangat kesunyian Saya amat sunyi. Bolehkah perkataan 'ke' digunakan seperti di bawah dalam penulisan tak rasmi? Seronok ke? Adakah sesuai untuk menggunakan perkataan 'tu' 'ni' 'dah' untuk sari kata di televisyen? Saya sering nampak perkataan-perkataan ini digunakan. Terima kasih.Ayat yang betul:

1. Saya mabuk pada malam itu
2. Apa patut saya lakukan?
3. Ayat ini kedua-duanya salah
4. Jangan biarkan warga asing memandang rendah terhadap kita!
5. Berikan saya masa
6. Saya memerlukan rehat
7. Saya benci akan dia
8. Saya sangat kesunyian
9. Untuk penulisan tidak rasmi, terpulang kepada penulis. Sungguhpun begitu, kami menggalakan penggunaan perkataan dan ayat yang tepat dari segi tatabahasa.
10. Untuk penggunaan kata di televisyen, ejaan perkataan yang penuh mesti digunakan. 
Tatabahasa30.08.2017
Salam, nak tanya "Apa yang patut dia lakukan" "Apa yang dia patut lakukan", mana satu yang gramatis? TqAyat yang betul ialah "Apakah yang patut dilakukannya?".Tatabahasa19.07.2024
adakah kedua-dua ayat di bawah membawa maksud yang sama atau sebaliknya 1) saya fikir saya tidak boleh lakukan 2) saya tidak fikir saya boleh lakukan ayat asal dalam bahasa inggeris iaitu: I don't think I can do

Ayat mengikut struktur bahasa Melayu yang betul adalah seperti yang berikut:

  1. Saya fikir saya tidak boleh melakukan
  2. Saya tidak fikir yang saya boleh melakukan

Namun begitu, lazimnya lebih bersahaja dalam bahasa Melayu untuk menggunakan perkataan “rasa”.

  1. Saya rasa saya tidak boleh melakukan
  2. Saya tidak rasa yang saya boleh melakukan

Sekian. Terima kasih.
Tatabahasa04.10.2017
assalamualaikum dan salam 1malaysia. saya ingin bertanya, Apakah yang harus saya lakukan sekiranya saya mahu karya saya seperti novel di terbitkan dan dibukukan serta di edarkan di kedai. bagaimanakah cara yang sepatutnya saya lakukan? sekian, terima kasih.

Salam. Sekiranya sdr sudah menyiapkan manuskrip novel, hantar sahaja kepada penerbit yang sdr pilih, untuk dipertimbangkan penerbitannya. Jika manuskrip sdr diperakui untuk diterbitkan, tugas penerbit itu untuk mengedarkan buku tersebut di kedai. Jika sdr ingin menghantar manuskrip sdr ke DBP untuk dipertimbangkan penerbitannya, perkara utama yang perlu dilakukan ialah manuskrip perlu ditaip langkau dua baris, menggunakan perisian Microsoft Word, dipecahkan mengikut bab dan fail, setiap fail tidak melebihi 30 halaman, penaipan kemas, dan dijilid. Manuskrip novel hendaklah antara 300-500 halaman. Manuskrip yang lengkap, hendaklah disertakan dengan disket/CD/surat iringan dan dihantar menggunakan sampul yang selamat melalui pos atau hantar tangan ke alamat:

Ketua Editor, Bahagian Penerbitan Sastera, Tingkat 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

Manuskrip sdr akan dinilai terlebih dahulu sebelum diberi jawapan sama ada sesuai diterbitkan atau tidak. Terima kasih.

Lain-lain13.01.2010
Mana satukah ayat yang boleh diterima? 1. Apakah yang sedang dilakukan oleh Siti? 2. Apakah yang Siti sedang lakukan? 3. Apakah yang Siti sedang melakukan?Berdasarkan cadangan padanan soalan yang diberikan, jawapan yang betul ialah Apakah yang sedang dilakukan oleh Siti? dan Apakah yang Siti sedang lakukan?.Lain-lain20.04.2021
Dimana saya boleh lakukan terjemahan kata dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu.Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan Bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu atau bahasa-bahasa lain.  Sila hubungi Institut Terjemahan dan Buku Negara 03-9226 2506 atau Persatuan Penterjemahan Malaysia 03-21442506.Lain-lain22.08.2017
Banyak usaha pihak majikan lakukan untuk memantapkan integriti dalam kalangan pekerja adakah ayat di atas mengandungi kesalahan tatabahasa? Mohon kepastian daripada pihak tuan/puan

Ayat yang betul ialah “Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pihak majikan untuk memantapkan integriti dalam kalangan pekerja."

Tatabahasa06.07.2024
12345678910...

Kembali ke atas