1. lalang ditiup angin? Apakah maksud peribahasa tersebut terima kasih 2. Sila tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasit. "Berjam-jam dia menangis kematian anaknya dalam kemalangan itu." terima kasih | 1.Maksud peribahasa tersebut ialah orang yang mempunyai pendirian yang tidak tetap. 2. Kematian anaknya dalam kemalangan itu ditangisi olehnya berjam-jam. | Tatabahasa | 10.03.2010 |
Apa maksud bagai lalang ditiup angin | Maksud bagai lalang ditiup angin ialah orang yang mempunyai pendirian yang tidak tetap. | Makna | 29.01.2010 |
1. apakah maksud bagai lalang ditiup angin? terima kasih | Lalang ditiup angin ialah terhuyung-hayang. | Makna | 03.02.2010 |
1.Apakah maksud "berpatah arang berkeratkan rotan" dan " lalang ditiup angin". terima kasih. | Makna lalang ditiup angin ialah pendirian yang tidak tetap. Untuk keterangan lanjut atau mengetahui takrifan peribahasa sela rujuk Kamus Istimewa Peribahasa terbitan DBP. | Makna | 30.09.2009 |
Adakah betul ayat ini. a) kawasan padang itu ketumbuhan lalang,jika salah tolong betulkan dan jelaskan. b) Empangan itu mampu mengairkan kawasan pertanian yang lebih luas. c)syarat-syarat perjanjian ini harus diperhalusi sebelum di terima oleh semua pihak. d) Pengetua akan menyiasat kejadian contengan tandas di sekolah itu.soalan 5. Adakah betul ayat ini. a) kawasan padang itu ketumbuhan lalang,jika salah tolong betulkan dan jelaskan. b) Empangan itu mampu mengairkan kawasan pertanian yang lebih luas. c)syarat-syarat perjanjian ini harus diperhalusi sebelum di terima oleh semua pihak. d) Pengetua akan menyiasat kejadian contengan tandas di sekolah itu. e) yang manakah betul selain daripada pemimpin negara atau selain pemimpin Negara. f) Perbezaan pada dan terhadap terima kasih kerana menjawab soalan saya. | a) Kawasan padang itu ditumbuhi lalang. b) Empangan itu mampu menyalirkan kawasan pertanian yang lebih luas. c) Syarat-syarat perjanjian ini harus diperhalus sebelum diterima oleh semua pihak. (Kata kerja dieja rapat) d) Pengetua akan menyiasat kejadian menconteng tandas di sekolah itu. e) Frasa yang betul ialah "Selain pemimpin negara..." f) Perbezaan pada dan terhadap Kata sendi nama "terhadap" biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Contoh ; Jangan bersikap biadab terhadap orang tua. Kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat. Contoh : Pada minggu depan... | Tatabahasa | 24.03.2013 |
Apakah maksud bagi peribahasa dan perkataan di bawah kerana saya tidak dapat dicari di mana-mana pun ? a rantai besi dimakan bubuk b lalang ditiup angin c terengsot-engsot d baik mengikut resmi padi daripada mengikut remi lalang terima kasih. | Puan, Maksud peribahasa dan perkataan yang dikemukakan ialah i. cerita tak masuk akal ii. terhuyung -hayang iii. bergerak sedikit-sedikit tanpa mengangkat punggung iv. makin berisi makin tunduk | Lain-lain | 14.12.2010 |
Kenderaan (bermundar-mandir @ berlalu-lalang @ berulang-alik @ jawaban lain) dari kampung itu ke pekan. Manakah kata majmuk yang paling sesuai bagi konteks ayat tersebut? Sila beri penjelasan. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan perkataan mundar-mandir dan berulang alik mempunyai satu makna yang sama, iaitu pergi dan balik berkali-kali. Namun, perkataan mundar-mandir lebih sesuai digunakan untuk orang. Manakala lalu-lalang pula bermaksud banyak kali lalu ( keluar masuk; tidak teratur; kacau bilau). Oleh itu, kata majmuk yang sesuai bagi konteks ayat ialah “ Kenderaaan berulang-alik dari kampung itu ke pekan. | Tatabahasa | 14.03.2018 |
Sumber Kurik Kundi Merah Saga Sayang lalang berputih mata, Tujuh DIAN bertimbang besi; Alangkah alang berpandang mata, Baik dilangsung sama sekali <<<< apakah dengan DIAN di dalam ayat ini.. adakah bermaksud kuasa? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dian mempunyai dua makna, iaitu 1. pelita yg dibuat drpd lilin, 2. burung kaki ~ sejenis burung. | Istilah | 15.01.2010 |
apakah maksud peribahasa 'ada daya' dan 'seperti lalang ditiup angin'? | Kedua-dua frasa yang dikatakan peribahasa itu tiada dalam rujukan kami. | Lain-lain | 28.07.2010 |
apakah maksud siah? | Maksud siah ialah tergoyang-goyang (daun lalang ditiup angin dll), terhuyung-hayang (orang mabuk berjalan dll). T.kasih. | Lain-lain | 12.08.2008 |