Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.lat] | لالت

Definisi : sj serangga (yg biasanya hinggap pd benda kotor dan pd makanan); ~ hijau a) sj lalat yg hijau warnanya, Musca vicina; b) ark barua, pinang muda; c) Kl orang yg asyik merungut atau menyanyi; ~ kerbau sj lalat yg suka hinggap di badan kerbau, Oestrus spp.; ~ kuda sj lalat, Tabanus spp.; ~ rumah sj lalat yg biasa terdapat di rumah, Musca domestica; ~ tsetse sj lalat, Glossina spp.; ~ langau mengerumuni bangkai prb orang lelaki yg berhimpun di rumah perempuan jahat; ~ memanglah mencari puru prb lelaki jahat tentulah mencari perempuan jahat; bagai ~ mencari puru prb membuat sesuatu pekerjaan dgn cepat dan tergesa-gesa atau terlalu rakus mengejar keuntungan; belum terbang ~ prb pagi benar; spt ~ buta prb berpusing-pusing tidak tentu arah; tak ada ~ langau prb tidak ada seorang pun; berlalat dihurung lalat: bangkai ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.lat] | لالت

Definisi : ; bedil ~; ®bedil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.lat] | لالت

Definisi : ; mata ~; ®mata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.lat] | لالت

Definisi : beberapa jenis serangga berkepak yg suka hinggap pd benda-benda kotor dan makanan. ~ hijau a. lalat yg berwarna hijau, Musca vicina. b. ki orang yg buruk perangainya dan gemar melakukan perbuatan yg jahat. ~ rumah nama sj lalat, Musca domestica. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lalat

Puisi
 

Ambil parang cuba dikerat,
     Ekornya pendek putus sekerat;
Harimau garang dapat dijerat,
     Mulut ternganga dihurung lalat.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Lalat langau mengerumuni bangkai.

Bermaksud :

Orang lelaki yang berhimpun di rumah perempuan jahat.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Antara ayat-ayat di bawah, yang mana satu betul. 1a) Ali boleh menunggang basikal. 1b) Ali dapat menunggang basikal. 2a) Adik ada tahi lalat di pipi kiri. 2b) Adik mempunyai tahi lalat di pipi kiri. 3a) Arca yang menarik itu tercipta olehnya. 3b) Arca yang menarik itu dicipta olehnya.1a) dan 1b) - Kedua-duanya betul bergantung pada konteks penggunaannya. 2a) dan 2b) - Kedua-duanya betul. Tetapi yang lebih betul ialah 2a. 3b) betulLain-lain02.04.2009
Adakah perenggan di bawah terdapat sebarang kesalahan? Antara punca berlakunya keracunan makanan ialah makanan yang kotor. Makanan yang telah dihinggapi lalat akan tercemar. Apabila seseorang individu menjamah makanan yang tercemar, keracunan makanan akan berlaku. Misalnya, seorang pelajar yang termakan makanan yang dicemari akan mengalami cirit-birit dan muntah-muntah.Ayat tersebut diperbetulkan menjadi - Antara punca berlakunya keracunan makanan termasuklah makanan yang kotor. Makanan yang telah dihinggapi lalat akan tercemar. Apabila seseorang individu menjamah makanan yang tercemar, keracunan makanan akan berlaku. Misalnya, seorang pelajar yang termakan makanan yang dicemari akan mengalami cirit-birit dan muntah-muntah. Saudara juga boleh menyemak perkataan/istilah/frasa yang digunakan melalui laman web www.dbp.gov.my. Tatabahasa02.01.2011
Makanan di atas meja itu terbuka kepada lalat. munsyi, adakah penggunaan terbuka gramatis dalam ayat ini? jika salah, apakah perkataan yang sesuai digunakan? TQPerkataan yang sesuai ialah "terdedah".Makna25.03.2012
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Batu ialah objek yang padu. 2. Beliau seorang pakar mata. 3. Kadar pembiakan lalat amat tinggi. 4. Penari itu sedang berlatih / melatih tarian baharu. 5. Pengali dalam 3x5 ialah 5. 6. Aktiviti sudah sampai ke penghujung. 7. Ibu menyidai baju pada / di penyidai. 8. Pohon / Pohon-pohon buah-buahan di dusun datuk berbuah lebat. 9. Adik panas radang sejak malam tadi. 10. Rakyat negara kita hidup secara aman dan damai. Terima kasih.Ayat yang disenaraikan ini betul, iaitu:
1. Batu ialah objek yang padu.
2. Beliau seorang pakar mata.
3. Kadar pembiakan lalat amat tinggi.
4. Penari itu sedang berlatih tarian baharu.
5. Pengali dalam 3x5 ialah 3.
6. Aktiviti ... sudah sampai ke penghujung.
7. Ibu menyidai baju pada penyidai.
8. Pohon buah-buahan di dusun datuk berbuah lebat.
9. Adik panas badan sejak malam tadi.
10. Rakyat negara kita hidup secara aman dan damai.
Tatabahasa11.03.2013
Sila berikan maksud peribahasa berikut: 1) jinak-jinak merpati 2) jinak-jinak lalat 3) berdiri di atas pagar 4) terang-terang tanah 5) menangguk di air keruh 6) mengajar itik berenang 7) berkerat rotan berpatah arang 8) makin murah makin menawar 9) di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung 10) alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan 11) masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak Terima Kasih.

1. perempuan yang kelihatannya ramah dan mudah didapat, tetapi apabila didekati menjauhkan diri. 2. seseorang yang bercampur dengan orang lain tetapi tidak begitu rapat atau mesra. 3. tidak berpihak ke mana-mana 4. pagi-pagi hari ketika tanah mulai kelihatan. 5. mencari keuntungan dll. sementara ada kekacauan.  

bagi peribahasa seterusnya sila rujuk Kamus Simpulan Bahasa Edisi Kedua dan Kamus Dewan Edisi Keempat. 

Lain-lain05.05.2008
Salam. Boleh saya tahu maksud semua istilah serangga ini dalam Bahasa Melayu. (Dobsonfly, lacewing, fishfly, snakefly, sawfly, weevil, scorpionfly, caddisfly, booklice, barklice, mantidfly, stonefly, firebrat, bristletail, hellgrammite.) Saya harap Kamus Dewan Edisi seterusnya dapat memasukkan istilah-istilah ini yang diMelayukan. Terima kasih.Untuk makluman, istilah serangga yang mempunyai padanan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:
1. lacewing - sibur-sibur
2. sawfly - lalat gergaji
3. weevil - kekabuh
4. scorpionfly - serangga jengking
5. booklice - gegat buku/kutu buku
6. firebrat - gegat
7. bristletail - gegat ekor kejur
8. caddisfly -serangga kadis

Istilah yang lain akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.
Istilah05.04.2013
“Mereka akan mengadakan himpunan pada 7 Mac 2009.” Ayat seperti ini saya temukan (temui?) dalam blog. Persoalannya, kata yang lazim digunakan ialah “perhimpunan” dan bukan “himpunan”. Benarkah penggunaan kata “himpunan” dalam ayat ini tepat?Sdr. Miarmgu, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Dalam penggunaan  perhimpunan adalah lebih tepat
kerana mengikut pengertian yang diberikan berikut makna himpunan,ialah timbunan, tompokan: lalat banyak hinggap di ~ sampah itu;Kamus Dewan Edisi Empat
Makna23.02.2009
1.Bagi kependekan perkataan, harus diletakkan noktah. Bagaimana pula dengan 'Mohd', perlukah diletakkan tanda noktah? (Mohd.) 2. Boleh terangkan tentang kata sendi' kepada' dan 'pada'. Saya selalu keliru dengan penggunaannya. Contoh ayat: Pak cik akan bergantung pada peta ini bagi mencari rumah ibu. / Semuanya bergantung pada kemahiran awak membentangkan hasil kerja.

Puan,

  1. Sebenarnya tiada ringkasan untuk nama seperti Mohamad. Ia bergantung kepada pendaftaran nama seseorang itu pada kad pengenalan atau surat beranak.
  2. Kepada:  kata yg menunjukkan tempat atau arah yg dituju:Dia mengirim surat ~ orang tuanya yg tinggal di Ipoh. Pada:  kata nama arah yg menunjukkan tempat atau diri seseorang: Buku itu masih ada ~ saya.   Kata sendi nama yg digunakan utk menunjukkan waktu atau utk menunjukkan kata nama abstrak dlm pembentukan frasa atau ayat: ~ masa ini; ~ pendapatnya, perkara itu mudah saja. dlm ~ itu sementara itu; dlm hal itu.  Kata sendi nama utk menunjukkan tempat yg terhad: Terdapat tahi lalat ~ pipinya.
Istilah22.08.2011
Apakah maksud perbezaan antara perkataan 'baru' dan 'baharu'? Sila berikan fungsi kata sendi nama 'ke' dan 'pada' mengapakah kata sendi nama 'pada' tidak boleh digunakan kepada ayat berikut: Sila datang ke perkahwinan kakak saya.Kata baharu atau baru digunakan dalam konteks rumah baharu, kasut baharu, tahun baharu dsb. Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, hal. 131 bermaksud belum ada sebelumnya,belum lama wujud.Padanan bahasa Inggerisnya ialah new. Kata baru digunakan dalam konteks baru datang, baru kelihatan, baru sedar, baru-baru ini dsb. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just. Manakala sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan tempat, arah atau masa dan ditulis terpisah contoh ke dalam sungai, ke tepi. Pada pula kata nama arah yg menunjukkan tempat atau diri seseorang: Buku itu masih ada ~ saya. 2 kata sendi nama yg digunakan utk menunjukkan waktu atau utk menunjukkan kata nama abstrak dlm pembentukan frasa atau ayat: ~ masa ini; ~ pendapatnya, perkara itu mudah saja. dlm ~ itu sementara itu; dlm hal itu. 3 kata sendi nama utk menunjukkan tempat yg terhad: Terdapat tahi lalat ~ pipinya.Tatabahasa01.02.2010

Kembali ke atas