Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.lau] | لالاو

Definisi : ; melalau sl membatasi, menghalang­ halangi, menyekat; pelalauan 1. perihal melalau; 2. tanda me­larang atau mencegah orang masuk (ladang dll); pelalau 1. sl alat dll utk menyekat atau meng­halang, penghalang, penyekat; 2. = hikmat ~ sl jampi (serapah) utk menyekat perkahwinan atau utk memenangi hati gadis kepunyaan orang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.lau] | لالاو

Definisi : ; melalau menyekat; menghalang. pelalauan perbuatan atau hal melalau. pelalau 1 alat yg digunakan utk menghalang. 2 = hikmat ~ mantera utk menghalang atau utk menyekat perkahwinan (supaya tidak dipinang orang dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lalau
Rujuk :halang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Saya, Ismail bin Ahmad, adalah pengarang tiga buah buku ilmiah terbitan DBP, seperti yang berikut: Pengenalan Virologi (1993) Komunikasi Saintifik (1995) Penulisan Saintifik (1996) Saya ingin mendapatkan naskhah baru untuk kegunaan sendiri. Pertanyaan saya: Adakah DBP masih boleh mencetak lagi buku-buku tersebut? Berapakan minimum bilangan naskhah yang saya perlu pesan? dan, berapakah kos yang terlibat? Untuk pengetahuan tuan, saya telah menghantar soalan ini kali kedua, kerana soalan yang sama yang saya hantar dua minggu yang lalau tidak mendapat jawapan. Sekian. Terima kasih Yang benar Ismail Ahmad

Judul buku untuk cetak ulang ditentukan oleh Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Penulis atau pihak lain boleh memohon atau mencadangkan judul buku yang perlu dicetak ulang dengan menulis surat kepada Pengarah Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkat 19, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

Soalan tuan yang dahulu telah dijawab oleh petugas tetapi terdapat masalah teknikal menyebabkan jawapan tersebut tidak sampai kepada tuan. Harap maaf.

Lain-lain03.03.2008

Kembali ke atas