Adakah dialog berikut mengikut hukum nahu Melayu dengan betul? "Walaupun aku sering dipanggil gagah, acap kali aku disamaertikan dengan perkasa, aku masih rentan pada cedera, aku tetap tidak lali pada sakit." ujar Sang Buana kepada anak muda itu. | Ayat yang betul ialah "Walaupun aku sering dipanggil gagah, acap kali aku disama erti dengan perkasa, aku masih rentan pada cedera, aku tetap tidak lali pada sakit." ujar Sang Buana kepada anak muda itu. | Tatabahasa | 17.10.2018 |
salam, boleh saudara/saudari berikan maksud tumit tangan? terima kasih. | Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, tumit ialah 1. bahagian yang di belakang sekali drpd tapak kaki (di bawah buku lali); ~ bagai lengkuas muda = ~ spt pauh dilarik = ~ telur burung tumit (perempuan) yg cantik; 2. bahagian drpd sesuatu yg menyerupai tumit: dia menghentakkan ~ sepatunya di lantai; cakap berdegar-degar, ~ di keting prb orang yg bercakap besar tetapi penakut. Lazimnya, pengguna bahasa menggunakan tapak tangan dan tumit lebih lazim penggunaan untuk kaki. | Tatabahasa | 24.12.2013 |
1 Ravi terpaksa bekerja menampung kehidupan keluarganya . menampung boleh digunakan dalam ayat ini? 2 Beberapa batang pokok dan tiang lampu telah rebah setelah ditiup angin kencang. rebah atau tumbang lebih sesuai digunakan ? apakah perbezaan perkataan ini? 3 Apakah maksud pecah buku lali kaki Amir setelah dihempap kayu besar ? 4 Apakah maksud katak di bawah sabut kelapa ? 5 Apakah maksud anak tekak atau anak lidah? 6 Gemersik bunyi gesekan biola yang dimainkan oleh pemuzik itu. gemersik atau gemerisik ? 7 Pak Mat meredah gerimis senja demi mencari sesuap nasi untuk keluarganya. Aapakah maksud meredah gerimis senja? 8 Apakah maksud talam dua muka ? Terima kasih | 1. Ravi terpaksa bekerja menampung kehidupan keluarganya . menampung boleh digunakan dalam ayat ini 2. Beberapa batang pokok dan tiang lampu telah rebah setelah ditiup angin kencang. rebah atau tumbang, kedua-duanya boleh digunakan 3. Apakah maksud pecah buku lali kaki Amir setelah dihempap kayu besar. - pecah bermaksud berbelah-belah menjadi kecil-kecil, oleh itu, pecah tidak sesuai dalam ayat ini. 4. Apakah maksud katak di bawah sabut kelapa. - peribahasa ini tiada dalam sumber rujukan kami 5. Anak tekak atau anak lidah ialah daging yang terjuntai pd pangkal kerongkong. 6. Gemersik bunyi gesekan biola yang dimainkan oleh pemuzik itu. 7. Meredah gerimis senja bermaksud menempuh hujan yang menitik halus-halus pada waktu senja. 8. Talam dua muka bermaksud bermuka dua atau munafik. | Tatabahasa | 07.10.2010 |
perluasan makna kata "kaki" | Dalam Kamus Dewan kaki ditakrifkan sebagai 1. anggota badan 2. bahagian kaki (anggota badan) yg di sebelah bawah (dr buku lali ke bawah) 3. bahagian (sbg penyangga atau penopang) tempat sesuatu benda berdiri 4. bahagian yg di sebelah bawah sesuatu 5. penjodoh bilangan bagi beberapa jenis benda 6. ukuran panjang yg sama dgn 12 inci atau 30 sentimeter 7. kiasan (orang yang) suka melakukan sesuatu. | Makna | 10.09.2009 |
Apakah istilah BM yang berlainan bagi 'feet' dan 'legs' ? Ayatnya begini: the disease may affect the ........ and the bones of the feet and legs'. | Dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan, feet: pl of FOOT. Manakala leg: (limb of man, animal) kaki. Istilah 'feet' merujuk kepada bahagian kaki dari buku lali ke bawah manakala istilah 'leg' merujuk kepada bahagian kaki dari pangkal paha hingga ke buku lali. | Makna | 31.03.2011 |