Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.luan] | لالوان

Definisi : 1. jalan yg dilalui, jalan yg menjadi landasan atau tempat pergerakan pergi balikorang atau pengangkutan: penduduk kawasan setinggan sepanjang ~ pengangkutan rel laju tidak perlu bimbang bahawa mereka akan dipindahkan; 2. pergerakan (peralihan dsb) maju ke tahap lain: kemenangan ini menjadikan ~ mudah bagi pemain-pemain Malaysia seterusnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assmk, soalan saya,bila saya akan dapat kata kunci/kata laluan.Untuk makluman tuan/puan, selepas mendaftar di laman Khidmat Nasihat DBP, anda akan diberikan kata laluan. Kata laluan tersebut akan dikirimkan ke alamat e-mel tuan/puan.Lain-lain06.05.2009
Saya memerlukan bantuan terjemahan istilah-istilah Inggeris di bawah ini:- 1. Road access (Laluan Jalan?) 2. River access (Laluan sungai?) 3. On foot (Laluan kaki?) Saya mendahului dengan ribuan terima kasih atas bantuan saudara/saudari.DBP bersetuju dengan cadangan terjemahan bagi istilah 'road access' sebagai 'laluan jalan' manakala istilah 'river access' sebagai 'laluan sungai' tetapi istilah 'on foot' lebih tepat diterjemahkan sebagai 'laluan pejalan kaki'.Penyemakan dan penterjemahan27.12.2006
DBKL dalam cadangan untuk melancarkan laluan baharu Bas GOKL di Setiawangsa. Setiap laluan diberi nama berasaskan warna. Untuk laluan baharu ini, DBKL bercadangan untuk meletakkan warna 'TURQUOISE' sebagai nama laluan tersebut. Apakah padanan yang sesuai untuk 'TURQUOISE' dalam b. Melayu? Adakah 'Biru Firus'?

Definisi : Turquoise (colour) warna firus. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)

Firus sj batu permata yg warnanya kebiru-biruan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Oleh itu, Biru Firus merupakan padanan yang sesuai untuk turquoise.


Istilah03.09.2019
Kata perintah manakah yang betul untuk digunakan untuk ayat ini; ______ beri laluan. Makanan ini panas. Tolong beri laluan atau harap beri laluan. Harap (haraplah) bermaksud hendaklah, mintalah, pohonlah; dan tolong bermaksud bantu.

Jawapan yang betul ialah harap beli laluan.
Tatabahasa19.07.2013
Selamat pagi, Saya ada hantar e-mel pengesahan bahasa dalam iklan semalam. Saya sedang menunggu maklum balas dari pihak DBP. Apabila saya log masuk kata laluan yang saya masukkan tidak sah dan akan di berikan kata laluan sementara melalui e-mel. Kenapa kata laluan yang saya masukkan tidak sah sedangkan tidak ada masalah semasa mendaftar. Apabila saya cuba untuk menukar kata laluan, kata laluan baru tidak dapat di wujudkan kerana kata laluan lama tidak sah. Soalan saya, bagaimana nak buat kata laluan baru yang sah supaya kita tidak perlu masuk kan kata laluan sementara untuk akses masuk? Dan berapa lama proses pengesahan bahasa dilakukan bagi permohonan saya? Sekian, terima kasih.Masalah yang tuan hadapi ini melibatkan masalah teknikal. Sila berhubung terus dengan pegawai teknikal kami di Bahagian Sistem Maklumat DBP, iaitu En Shaufi di talian 03-21479389 atau e-mel shaufi@dbp.gov.my.Lain-lain14.11.2014
Mohon penjelasan bagi ayat yang berikut 1. Tahniah kerana anda hadir ke / di sekolah 2. Laluan sekolah selamat ATAU laluan selamat sekolah 3. Membangunkan semula kawasan yang dilanda banjir itu ATAU membangunkan kawasan yang dilanda banjir itu semula1. Tahniah kerana anda hadir di sekolah, penggunaan sendi nama "di" merujuk pelajar telah sampai di sekolah.
2. Laluan selamat sekolah kerana yang diutamakan ialah laluan selamat di ikuti lokasinya, iaitu sekolah.
3. Membangunkan semula kawasan yang dilanda banjir itu kerana bermaksud mengulangi perbuatan "membangunkan".
Tatabahasa26.04.2012
memberi laluan kepada orang tua. memberikan laluan kepada orang tua. ayat yang mana satu betul?Memberikan laluan kepada orang tua.Lain-lain06.03.2019
Ini bagi membeli laluan kepada mesyuarat agung Atau Ini bagi memberi laluan pada mesyuarat agung?Ini bagi memberi laluan kepada mesyuarat agung. Kata sendi nama "kepada" untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, dan unsur mujarad (tidak nampak).Tatabahasa23.09.2011
Para pengguna jalan raya dinasihati agar berhati-hati semasa menggunakan laluan yang sedang dipulih itu. munsyi, adakah laluan salah dalam ayat ini? TQLaluan bermaksud jalan yang dilalui dan penggunaannya tidak gramatis dalam ayat tersebut.Tatabahasa15.02.2012
Selamt pagi. Bagaimanakah sekiranya lupa kata laluan dan bagaimana perlu dapatkan kod kata laluan? kami sudah beberapa kali mencuba tapi tidak berjaya untuk meneruskan.Sila nasihat kami langkah seterusnya. Daftar Masuk ID Pengguna (E-mel) * g_jade.ent2004@yahoo.com Kata Laluan * ••••••••• Pengesahan Borang (Masukkan huruf yang dipaparkan ke dalam kotak input yang disediakan) * Masuk Set SemulaUntuk permasalahan tentang system, tuan boleh menghubungi Pegawai Sistem Maklumat kami Mohamad Shaufi bin Kambaruddin melalui talian 03-2147 9389Lain-lain07.06.2016
12345678910...

Kembali ke atas