Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lalui


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tambahan:- saya ingin mengetahui proses-proses yang perlu saya lalui untuk menerbitkan buku? bermula dari peringkat awal hingga akhir?

Assalamualaikum saudara,

                                       Sekiranya saudara ingin menerbitkan buku, maka proses yang perlu dilalui pertamanya ialah, saudara perlu mengetahui bidang yang hendak saudara tulis dan kepada siapa sasaran yang hendak ditujukan atau siapa pembacanya. Saudara perlu juga mengetahui cara bagaimana menulis kertas cadangan judul kerana sebelum mengemukakan bahan penulisan sebaik mungkin saudara perlu menyatakan cadangan penulisan ini dalam kertas tersebut dan dikemukakan kepada penerbit. Kertas seharusnya mengandungi halaman tajuk iaitu tajuk lengkap yang berupaya memancing pembaca. Kedua, ia harus juga mengandungi pernyataan konsep buku yang dinayatakan dengan jelas perkara dan skop buku, manfaat dan ciri terbaik buku, mengenal pasti khalayak dan menyatakan wibawa penulis. Perkara ketiga ialah jadual kandungan cadangan. Senaraikan kandungan kertas cadangan dan nomborkan mengikut susunan.  Keempat, nyatakan tentang perihal buku - gagasan dan matlamat yang dilakarkan dalam pernyataan konsep. Mengapa buku ini perlu diterbitkan. Kelima, nyatakan perihal penulis, wibawa bidang, kerjaya, pendidikan, anugerah dan penghargaan yang diperoleh dan maklumat diri. Keenam, perihal saingan dan pasaran. Ketujuh, jadual kandungan buku. Kelapan, ringkasan bab dan kesembilan, bab contoh.  

                                      Kertas ini perlulah dikemukakan kepada kami untuk diluluskan tajuk penulisannya. Setelah diluluskan, barulah penulisan bermula yang harus disiapkan dalam jangka waktu tertentu mengikut jadual yang ditetapkan. Setelah siap lengkap secara keseluruhannya, serahlah judul ini kepada kami untuk dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Editorial/Penerbitan. Apabila diluluskan, saudara dikehendaki menandatangani lesen perjanjian antara penerbit dengan saudara selaku penulis untuk tujuan pembayaran royalti. Proses seterusnya ialah penyuntingan, penyediaan manuskrip bersih, atur huruf, pruf dan seterusnya sehingga buku terbit.   

                                      Sekiranya, perlukan pertanyaan yang lebih terperinci mohon hubungi saya di talian 03-21481532. Maklumat lebih lanjut akan diberitahu kepada saudara. Sekian, harap maklum. 

 

 

 

Lain-lain12.06.2010
Assalamualaikum saya ingin bertanya, bagaimanakah cara untuk saya menemui penulis kumpulan cerpen "Biduk Lalu Kiambang Bertaut", Darus Ahmad Apakah prosedur yang perlu saya lalui untuk menemuinya? Adakah perlu saya menghubungi DBP atau terus berhubung dengannya? sekian terima kasihWaalaikumusalam wbk. Terima kasih atas komitmen sdr. itu. Dalam hal ini, kami difahamkan penulis kumpulan cerpen "Biduk Lalu Kiambang Bertaut" (Darus Ahmad) telah meninggal dunia pada sekitar tahun 2005 atau sebelum. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang karya dan diri penulis, sdr. bolehlah menghubungi waris (anak) beliau iaitu Nuraishah Darus di talian 03-41085682 (rumah) atau 019-2706047 (t/bimbit). Sekian dan selamat berjaya! Salam.Lain-lain23.05.2008
Adakah atau terdapatkah kegunaan lain perkataan REPUBLIK/REPUBLIC selain daripada negara yang diketuai oleh presiden?Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, republik bermaksud negara yang sistem pe­me­rintahannya berdasarkan kuasa rakyat me­lalui wakil yang mereka pilih dan diketuai oleh seorang presiden.Makna04.11.2013

Kembali ke atas