Kenapa laman-laman WEB Malaysia, tidak mengutamakan bahasa kebangsaan? Terutama, Lelaman Kerajaan, Syarikat Kerajaan dan seangkatan dengannya? | Kami merakamkan ucapan terima kasih kerana keprihatinan tuan terhadap rasa tanggungjawab bersama-sama memartabatkan bahasa Melayu. Pada masa ini DBP hanya boleh membimbing dan menasihati mana-mana agensi untuk menggunakan bahasa Melayu dalam urusan rasmi yang termaktub dalam akta DBP. | Lain-lain | 29.06.2007 |
Saya sering membaca di Wikipedia Melayu. Di bahagian bawahnya terdapat perkataan pautan luar. Ada sesetengah laman ditulis 'laman web' dan sesetengah laman ditulis 'laman sesawang'. Saya sebagai rakyat Malaysia yang bangga dengan bahasa Melayu, ingin mengetahui istilah sebenar yang sepatutnya dipakai/diguna. Harap membantu | Pautan luar, laman web dan laman sesawang - ketiga-tiga istilah tersebut boleh digunakan, namun kami mencadangkan saudara menggunakan istilah laman sesawang. | Lain-lain | 20.08.2008 |
pakah takrifan sebenar bagi laman - laman blog masa kini? Perkataan 'ampuh',apakah maksudnya dan bila boleh digunakan? | Istilah blog diterima. Makna perkataan ampuh merujuk Kamus Dewan Edisi keempat ialah bertuah, mujarab, sakti. Makna laiinya ialah bah, banjir, lembak. Terima kasih. | Lain-lain | 18.04.2008 |
saya ingin mencari nota-nota yang berkaitan dengan pelajaran stpm iaitu perkembangan melayu moden dan unsur-unsur bahasa asing dalam bahasa melayu.Dimanakah laman-laman web yang boleh saya layari jika inginkan nota-nota bahasa melayu stpm selain dari dbp.gov sendiri? | Saudara boleh melayari laman web Kumpulan Maktab Adabi gaya Pos yang sering membincangkan soalan pada peringkat STPM.T.Kasih | Lain-lain | 28.06.2008 |
laman | Laman ialah kependekan kata 'halaman'. | Makna | 11.08.2006 |
PENGGUNAAN istilah laman sesawang @ laman sawang yang betul? terima kasih | Istilah yang betul ialah laman sesawang. | Istilah | 15.02.2009 |
mana yang betul? laman sesawang sosial @ laman web sosial | Laman sesawang sosial atau laman web sosial, kedua-duanya betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 01.06.2010 |
salam mana yangb betul? laman sesawang sosial @ laman web sosial | Laman sesawang sosial atau laman web sosial, kedua-duanya betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 01.06.2010 |
Adakah perkataan 'laman web' dibenarkan dalam bahasa melayu atau perlu ditukarkan kepada laman sesawang? | Laman web boleh digunakan, begitu juga dengan laman sesawang. | Istilah | 12.09.2008 |
maksud perkataan/istilah: 1. laman sesawang 2. kursus pendek 3. komuniti setempat | 1. laman sesawang - laman web 2. kursus pendek - yang betul ialah kursus jangka pendek - kursus yang diadakan dalam tempoh yang singkat. 3. komuniti setempat - masyarakat setempat / di satu tempat sehaja. | Makna | 12.03.2009 |