PENGGUNAAN istilah laman sesawang @ laman sawang yang betul? terima kasih | Istilah yang betul ialah laman sesawang. | Istilah | 15.02.2009 |
Adakah pihak DBP menegur bank-bank di negara ini yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan pada laman sesawang, misalnya laman sesawang Bank Muamalat dan laman sesawang Bank Hong Leong. Tiadakah badan yang boleh menguatkuasakan peraturan agar bahasa kebangsaan diutamakan kepada mereka? | Kami akan menyiasat perkara ini terlebih dahulu dan memaklumkan kepada pihak tuan untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih. | Tatabahasa | 22.11.2014 |
maksud perkataan/istilah: 1. laman sesawang 2. kursus pendek 3. komuniti setempat | 1. laman sesawang - laman web 2. kursus pendek - yang betul ialah kursus jangka pendek - kursus yang diadakan dalam tempoh yang singkat. 3. komuniti setempat - masyarakat setempat / di satu tempat sehaja. | Makna | 12.03.2009 |
Assalamualaikum, saya Abdul Wafi bekerja sebagai seorang penulis bebas di laman sesawang. Saya membaca banyak buku-buku terbitan DBP dan berminat untuk menulis apa yang saya baca ke laman-laman sesawang sebagai perkongsian ilmu dan mempromosikan buku yang saya baca. Saya ingin mengetahui apakah langkah yang saya perlu lakukan untuk mendapat kebenaran Hak Cipta Terpelihara dari pihak DBP? | Mohon berhubung dengan pegawai dari Bahagian Harta Intelek, iaitu Puan Nor Aida Mohd Salleh melalui talian 03-2147 9523 atau e-mel noraida2@dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Lain-lain | 14.02.2017 |
mana yang betul? laman sesawang sosial @ laman web sosial | Laman sesawang sosial atau laman web sosial, kedua-duanya betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 01.06.2010 |
salam mana yangb betul? laman sesawang sosial @ laman web sosial | Laman sesawang sosial atau laman web sosial, kedua-duanya betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 01.06.2010 |
Sedang mencari Laman Sesawang DEKAD MEMBACA, tetapi belum saya temyui dalam Laman Utama DBP ini. | Assalammualaikum WBT. Laman sesawang ini dalam proses pembinaan. Terima kasih. | Lain-lain | 04.04.2019 |
Adakah perkataan 'laman web' dibenarkan dalam bahasa melayu atau perlu ditukarkan kepada laman sesawang? | Laman web boleh digunakan, begitu juga dengan laman sesawang. | Istilah | 12.09.2008 |
Saya nak tanya, di mana boleh saya cari bahan-bahan berkaitan dengan korpus linguistik. Mungkin laman sesawang atau apa-apa artikel atau jurnal yang diterbitkan oleh DBP. Terima Kasih.. | Sila layari laman sesawang KORPUS DBP di http://sbmb.dbp.gov.my/korpusdbp/Report/SenaraiBahan.aspx untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan senarai bhaan dan sebagainya. | Lain-lain | 30.03.2018 |
Saya sering membaca di Wikipedia Melayu. Di bahagian bawahnya terdapat perkataan pautan luar. Ada sesetengah laman ditulis 'laman web' dan sesetengah laman ditulis 'laman sesawang'. Saya sebagai rakyat Malaysia yang bangga dengan bahasa Melayu, ingin mengetahui istilah sebenar yang sepatutnya dipakai/diguna. Harap membantu | Pautan luar, laman web dan laman sesawang - ketiga-tiga istilah tersebut boleh digunakan, namun kami mencadangkan saudara menggunakan istilah laman sesawang. | Lain-lain | 20.08.2008 |