Apakah terjemahan sebenar untuk Website? Tapak Web? Laman Web? Laman Sesawang? Mohon pihak DBP rujuk dalam kamus on-line DBP. | Bidang Teknologi Maklumat menterjemahkan website kepada tapak web, walau bagaimanapun istilah laman web dan laman sesawang juga telah banyak digunakan dan diterima. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.04.2016 |
Adakah "di" juga digunakan untuk merujuk sasaran berunsur astrak? Contoh: lawati kami di laman web menurut Tatabahasa dewan, "di" digunakan di hadapan kata/frasa nama yang menunjukkan tempat Apakah subjektif untuk menggunakan "di" pada laman web. Adakah laman web di kategorikan sebagai tempat? | Menurut data kami, ayat yang betul ialah lawati kami melalui laman web. Laman web bukan merujuk kepada tempat yang bersifat fizikal maka perkataan yang tepat ialah melalui. Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, perkataan melaui bermaksud dengan perantaraan. | Lain-lain | 29.06.2018 |
Hijab Closet Sep 15th, 2:51pm saya tidak dapat akses laman web DBP. adakah laman web sedang bermasalah? | Kami mohon maaf atas kesukaran yang tuan/puan hadapi. Walau bagaimanapun, kini laman web kami boleh dilayari seperti biasa. | Lain-lain | 15.09.2015 |
mencari laman web untuk buku teks bahan binaan tingkatan 4 dan 5 | Salam sejahtera Berkaitan laman web untuk buku teks bahan binaan tingkatan 4 dan 5, pihak DBP tidak menyediakan laman web tersebut, DBP hanya ditugaskan menyediakan buku teks tersebut untuk sekolah Vokasional, buku tersebut boleh didapati di Kedai Koperasi DBP atau di kedai buku yang lain. Sekian terima kasih | Lain-lain | 25.11.2008 |
saya ingin mencari nota-nota yang berkaitan dengan pelajaran stpm iaitu perkembangan melayu moden dan unsur-unsur bahasa asing dalam bahasa melayu.Dimanakah laman-laman web yang boleh saya layari jika inginkan nota-nota bahasa melayu stpm selain dari dbp.gov sendiri? | Saudara boleh melayari laman web Kumpulan Maktab Adabi gaya Pos yang sering membincangkan soalan pada peringkat STPM.T.Kasih | Lain-lain | 28.06.2008 |
maklumat boleh didapati melalui laman web ABE di www.abeuk.co.uk maklumat boleh didapati melalui di laman web www.abeuk.co.uk Ayat mana yang betul? | Puan Azian, Ayat yang betul ialah "maklumat boleh didapati melalui laman web www..." | Tatabahasa | 10.02.2010 |
2 tahun yg lepas, saya pernah guna kamus penterjemahan perkataan/ istilah Inggeris ke bahasa dalam laman web dbp. Tetapi hari ini, laman web berkenaan tidak lagi wujub. Adakah ia telah ditukar ke laman web lain? Terima kasih | Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari prpm.dbp.gov.my/"www.prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 03.08.2010 |
Adakah pihak DBP mempunyai hak untuk menegur pihak seperti KTMB berkaitan tiada penggunaan Bahasa Melayu pada laman web KTMB? Jika ada, semak sekali laman web MyRapid. Saya pelik mengapa mereka tidak menggunakan Bahasa Melayu dengan alasan laman web digunakan oleh semua orang dari pelbagai negara. Jika ingin dibandingkan, pengguna berBahasa Melayu lebih ramai berbanding yang berBahasa Inggeris. Selain itu, adakah pihak DBP mempunyai hak utk menegur pihak MRT Corp yang menggunakan sesetengah nama stesen bagi Laluan SSP dlm Bahasa Inggeris? Contohnya, Sri Damansara West, Sentul West, KLCC East, Bandar Malaysia North,Serdang Raya South&North dan Cyberjaya North. Lebih enak didengar jika perkataan 'West,East,North,South' ditukar ke Bahasa Melayu seperti KLCC Timur dan Sentul Barat. Harap pihak DBP dapat menyelesaikannya kerana penggunaan Bahasa Melayu semakin hari semakin berkurang. Terima kasih. | Dewan Bahasa dan Pustaka melaksanakan pemantauan penggunaan bahasa dalam semua media termasuklah media peragaan dan paparan. Pemantauan kesalahan penggunaan bahasa yang dibuat berserta dengan pembetulannya akan dikemukakan kepada pihak-pihak berkenaan untuk diambil tindakan pembetulan dan sebagainya. Usaha pemantauan memang dilakukan termasuklah surat-surat teguran yang dihantar kepada syarikat atau agensi kerajaan yang melakukan kesalahan dalam apa juga jenis paparan yang ditujukan untuk umum. Terima kasih kerana peka dengan kesalahan dan perkara berkenaan dan amatlah kami hargai. | Lain-lain | 03.03.2018 |
bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat tentang sistem bahasa melalui imternet. | Puan boleh layari laman web www.dbp.gov.my atau gunakan enjin carian seperti google, yahoo, msn, dsb. dan taipkan kata kunci (contoh: Adverba dalam bahasa Melayu) dan alamat laman-laman web yang berkenaan akan terpapar di skrin dan puan boleh klik sahaja di capaian yang bersesuaian. | Lain-lain | 27.01.2009 |
SAYA INGINKAN PENCERAHAN, APAKAH MAKSUD LAMAN WEB PRPM DARI SUDUT FUNGSINYA DALAM PENDIDIKAN? APAKAH PERANAN LAMAN WEB INI DALAM DUNIA ICT PENDIDIKAN? | Laman PRPM menyediakan data kebahasaan dan kesusasteraan daripada pelbagai sumber meliputi Kamus Dewan, Kamus Pelajar, Kamus Inggeris-Melayu Dewan, istilah dalam pelbagai bidang termasuklah istilah yang disepakati di peringkat MABBIM, ensiklopedia, puisi, bahasa sukuan (suku kaum di Sabah dan Sarawak), peribahasa dan sebagainya. Kepelbagaian sumber data ini memberikan impak yang sangat besar kepada dunia pendidikan kerana sebahagian besar pelajar merujuk Kamus Dewan dan Kamus Pelajar dan kini mereka boleh menyemaknya secara dalam talian. Justeru, PRPM menjadi antara laman web kerajaan yang popular yang kerap dilayari oleh para pengguna. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh berhubung dengan pegawai di Bahagian Sistem Maklumat, DBP, Puan Norawati melalui e-mel norawati@dbp.gov.my atau di talian 03-21479000. | Lain-lain | 18.04.2014 |