| Merujuk kepada soalan saya tempoh hari, belum lagi terjawab. Soalannya seperti berikut - Adakah istilah Bahasa Melayu "Bebiri Panggang bersama Sayuran" sesuai digunakan untuk "Grilled Lamb with Vegetables"? Sekian terima kasih. | Terjemahan bagi yang lebih sesuai bagi "Grilled Lamb with Vegetables" ialah "Kambing Panggang dengan Sayuran" | Lain-lain | 02.10.2017 |
| Salam DBP, saya ada soalan mengenai istilah. Apakah istilah BM untuk chicken chop atau lamb chop. Saya ada merujuk dalam web PRPM dan menggunakan cop ayam atau cop kambing, namun kedua-duanya kelihatan/kedengaran canggung. Adakah cadangan bagi istilah BM untuk istilah-istilah itu yang lebih umum dan diterima pakai oleh masyarakat kita? Sekian, terima kasih. | Betul, padanan bagi chicken chop dan lamb chop ialah cop ayam dan cop kambing. Berkemungkinan agak janggal kerana penggunaan perkataan tersebut belum lagi meluas. Oleh itu, dharapkan usaha kita ini dapat menyebar luas istilah yang telah lama dibina tetapi kurang digunakan. | Istilah | 03.08.2018 |
| Adakah istilah Bahasa Melayu "Bebiri Panggang bersama Sayuran" sesuai digunakan untuk "Grilled Lamb with Vegetables"? Sekian terima kasih | | Makna | 26.09.2017 |
| Sanusi Rifaie Feb 25th, 3:01pm Kenapa 'kambing hitam' ie 'black sheep' di maksudkan sebagai 'orang yg di persalahkan'? Itu 'scapegoat ' atau 'sacrificial lamb' dalam bahasa Inggeris. Black sheep atau kambing hitam adalah orang yang di pinggirkan atau discriminated . Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Feb 27th, 1:08pm Pada pandangan kami, kambing hitam bagi scapegoat telah ada dalam BM dan meluas penggunaannya. Walau bagaimanapun, bagi pengguna yang tahu simpulan bahasa blacksheep dalam BI tidak menggunakan kambing hitam untuk scapegoat (contoh: Kamus Oxford Fajar, KIMD, Istilah). Berdasarkan korpus dan kamus-kamus ekabahasa, kambing hitam (scapegoat) lebih banyak digunakan. Bentuk terbitan mengambinghitamkan juga sudah digunakan dengan meluas berbanding dgn kambing hitam (blacksheep). Istilah lembar salah yang dicadangkan bagi scapegoat hanya digunakan 7 kali daripada dua sumber sahaja dalam korpus DBP. Berdasarkan rujukan di atas, kambing hitam ada dua makna, iaitu makna scapegoat dan kata terbitan mengambinghitamkan, dan kedua makna untuk blacksheep. Terima kasih Sanusi Rifaie Mar 1st, 3:23am 'Kambing korban' lebeh tepat dan universal. | Tidak ada maksud lain yang dikiaskan kepada kambing korban, kecuali ibadah pada hari raya korban. | Istilah | 01.03.2015 |
| Sanusi Rifaie Feb 25th, 3:01pm Kenapa 'kambing hitam' ie 'black sheep' di maksudkan sebagai 'orang yg di persalahkan'? Itu 'scapegoat ' atau 'sacrificial lamb' dalam bahasa Inggeris. Black sheep atau kambing hitam adalah orang yang di pinggirkan atau discriminated . | Pada pandangan kami, kambing hitam bagi scapegoat telah ada dalam BM dan meluas penggunaannya. Walau bagaimanapun, bagi pengguna yang tahu simpulan bahasa blacksheep dalam BI tidak menggunakan kambing hitam untuk scapegoat (contoh: Kamus Oxford Fajar, KIMD, Istilah). Berdasarkan korpus dan kamus-kamus ekabahasa, kambing hitam (scapegoat) lebih banyak digunakan. Bentuk terbitan mengambinghitamkan juga sudah digunakan dengan meluas berbanding dgn kambing hitam (blacksheep). Istilah lempar salah yang dicadangkan bagi scapegoat hanya digunakan 7 kali daripada dua sumber sahaja dalam korpus DBP. Berdasarkan rujukan di atas, kambing hitam ada dua makna, iaitu makna scapegoat dan kata terbitan mengambinghitamkan, dan kedua makna untuk blacksheep. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.02.2015 |
| Salam sejahtera Tuan/Puan, Saya ingin bertanyakan tentang istilah Bahasa Inggeris yang sesuai untuk "daging kambing". Adakah "mutton" istilah yang sesuai? Mutton boleh membawa maksud "daging biri-biri (sheep=biri-biri/ lamb=biri-biri muda)", bukan hanya bermaksud "daging kambing" sahaja." Ada istilah bahasa Inggeris yang hanya mewakili maksud "daging kambing" sahaja? Mohon pencerahan dan terima kasih. | Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "mutton" bermaksud daging kambing atau daging kambing biri-biri. | Makna | 05.04.2013 |