Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lam.bai.lam.bai] | لمباي٢

Definisi : kayu bingkai pintu atau jen­dela. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lambai-lambai


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Apakah jawapan yang sesuai bagi tempat kosong di bawah? -Layang-layang yang tersangkut pada pokok besar itu ______ apabila ditiup angin. A. terpontang-panting B. melambai-lambai 2) Apakah jawapan yang paling TEPAT bagi soalan berdasarkan gambar di bawah?1) Layang-layang yang tersangkut pada pokok besar itu ______ apabila ditiup angin.
 
B. melambai-lambai


2) Apakah jawapan yang paling TEPAT bagi soalan berdasarkan gambar di bawah?

Jawapan yang tepat ialah melayur.
Tatabahasa09.09.2013
Apakah jawapan yang sesuai untuk ayat ini? 1. Layang-layang yang tersangkut pada pokok besar itu ____ apabila ditiup angin. a) terpontang-panting b) melambai-lambai c) bergegar-gegar d) meliang-liuk 2. Bolehkah 'bagai lautan manusia' digunakan dalam karangan? 3. Perkataan "tuanku" bolehkah digunakan dalam karangan autobiografi. Cthnya : Tuanku menjaga aku dengan baik.1. Layang-layang yang tersangkut pada pokok besar itu ____ apabila ditiup angin. a) terpontang-panting b) melambai-lambai c) bergegar-gegar d) meliang-liuk  jawapan= meliang liuk.

2. Bolehkah 'bagai lautan manusia' digunakan dalam karangan?
Jawapan = boleh

3. Perkataan "tuanku" bolehkah digunakan dalam karangan autobiografi. Cthnya : Tuanku menjaga aku dengan baik. 
Penggunaan perkataan tuanku khusus kepada percakapan seseorang dengan raja dan tidak merujuk kepada tuan yang empunya.
Tatabahasa28.08.2012
Apakah istilah yang digunakan untuk pergerakkan orang yang sedang lemas dalam air( berusaha untuk menyelamatkan diri ). Adakah perkataan terkapai-kapai sesuai digunakan?terkapai-kapai - berusaha untuk menyelamatkan diri
melambai-lambai- berusaha memanggil orang lain untuk menyelamatkan daripada lemas
Tatabahasa05.09.2012
Satu pertanyaan. Adakah perkataan SALAM boleh digunakan untuk menggantikan Assalamualaikum? Terdapat sumber mengatakan perkataan SALAM memberi erti Celakalah Kamu. Mohon penjelasan. Terima kasih.Kamus Dewan Edisi Empat menyatakan salam ialah 1. sejahtera, damai; 2. (pemberian) hormat, (penyataan) hormat: baginda duduk di atas kuda, melambai-lambai membalas salam rakyat baginda; salam takzim salam dan hormat; berjabat salam berjabat tangan; memberi salam mengucapkan kata hormat (seperti assalamualaikum dsb);. Assalamualaikum (Arab) pula ialah selamat sejahtera kepada kamu semua (lelaki dan perempuan).

Kita berbahasa menggunakan bahasa Melayu yang difahami dan segalanya niat kerana Allah. Dia maha mengetahui niat seseorang. Wallahualam.
Makna18.02.2013
1)Suara penyayi itu sungguh merdu/gemersik semasa mendendangkan lagu irama asli. Yang mana jawapan yang betul?? 2) bagaimana hendak menerangkan cara yang mudah untuk menerangkan tentang penggunaan imbuhan me...i dan me...kan?? 3) imbuhan Memper+ kata adjektif tidak boleh ada ...kan di belakang..contohnya memperdalam...bagaimana pula dengan mempertingkatkan betul atau salah?? mempertingkat atau mempertingkatkan??? 4) layang-layang yang tersangkut pada pokok besar itu terpontang-panting/melambai-lambai/meliang-liuk/bergegar apabila angin bertiup....yang manakah jawapan yang paling tepat???

Saudara Aidil,

1. Suara penyanyi itu sungguh merdu semasa mendendangkan lagu irama asli.

2. Imbuhan me-...-i dan me-...-kan tergolong dalam apitan kata kerja. Kata dasar yang menerima apitan me-...-i dan me-...-kan akan membentuk kata kerja. Misalnya: mem + besar + kan = memperbesarkan

3. Perkataan yang betul ialah mempertingkatkan. Hal ini kerana 'tingkat' bukan kata adjektif dan imbuhan yang betul ialah memper-...-kan. Di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tiada bentuk mempertingkat disenaraikan tetapi makna perkataan mempertingkatkan ada diterangkan yang membawa maksud menjadikan lebih tinggi atau lebih besar.

4. Jawapan yang tepat ialah melambai-lambai (sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mengetahui setiap maksud perkataan yang dikemukakan)

Tatabahasa05.08.2012
Saya menghadapi beberapa kemusykilan, diharap pihak DBP dapat membantu menyelesaikannya. Terima kasih. 1. Bolehkah pihak DBP mengklasifikasikan jenis kata majmuk untuk perkataan "kemas kini", "atur cara" , "bom tangan" dan " nasi minyak". Adakah semua kata tersebut tergolong dalam kata majmuk rangkai kata bebas ? 2. Adakah ayat berikut mengandung sebarang kesalahan ? "Kereta Encik Chua terlanggar tembok rumahnya" 3. Adakah perkataan "gemar" merupakan kata adjektif ? 4. Antara berikut, kata ganda manakah yang membawa maksud "perbuatan yang berpanjangan" A. berlari-larian C. berkibar-kibar B. berulang-alik D. berkasih-kasihan

1.  Kata majmuk bermaksud gabungan dua atau tiga perkataan yang mem­punyai satu pengertian. Kata majmuk dieja terpisah (seperti contoh yang diberi) kecuali lima belas kata majmuk yang dianggap telah mantap dan dieja satu perkataan iaitu pesuruhjaya, olahraga, setiausaha, bumiputera, kakitangan, tandatangan, antarabangsa, suruhanjaya, waranegara, tanggungjawab, jawatankuasa, matahari, sukarela, kerjasama, beritahu.  

2. Ayat tersebut kurang tepat, faktanya kurang tepat "kereta Encik Chua terlangar tembok".

3. Gemar ialah kata kerja.

4. Berulang-alik membawa maksud perbuatan yang berpanjangan iaitu berpergian dan kembali pula (berkali-kali). Berlari-larian membawa maksud dalam keadaan berlari, berkibar-kibaran bermaksud bergerak melambai-lambai (ke kiri ke kanan) kerana ditiup angin (seperti bendera dan lain-lain), berkasih-kasihan bermaksud saling berkasih atau cinta-mencintai.

Tatabahasa01.09.2009

Kembali ke atas