Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lam.baian] | لمباين

Definisi : 1. perbuatan melambai-lambai atau menggerakkan turun naik (tangan dll): ratusan tangan membalas ~ tanganku; 2. ayunan (daun-daun ditiup angin dll), goyangan: ~ daun kelapa; 3. sl perihal memanggil (mengajak dll), panggilan; ~ syaitan panggil­an syaitan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.baian] | لمباين

Definisi : 1 gerakan tangan yg turun naik (utk memanggil dsb). 2 gerakan turun naik (kerana ditiup angin dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lambai
Kata Terbitan : melambai, melambai-lambai, lambaian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Istilah bidang muzik - Swing Era. Bolehkah perkataan "swing" dikekalkan dengan dieja condong?

Puan terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Jika kita mengambil jalan mudah memang boleh digunakan tanda buka dan tutup pengikat kata. tetapi jika ada perkataan yang lebih sesuai contohnya rentak ,ayunan, lambaian dan sebagainya (jika sesuai ) gunakanlah bahasa Melayu kita.

Makna20.10.2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tuan, PERMOHONAN SEMAKAN ISTILAH Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Untuk makluman tuan, saya diberi tanggungjawab untuk merekabentuk paparan latar belakang Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2023 Dan Penghargaan Pesara Tahun 2024. 3. Bagi mencipta kelainan pada tahun ini, terdapat cadangan untuk menukarkan nama majlis tersebut kepada bahasa yang lebih indah lagi contohnya Penghargaan Pesara ditukarkan kepada LESTARI BUDI atau LAMBAIAN BUDI atau SANJUNGAN BUDI, LESTARI KASIH. 4. Mohon bantuan khidmat nasihat daripada pihak tuan untuk memberikan maksud sebenar cadangan perkataan/tersebut dan adakah perkataan/istilah tersebut sesuai untuk menggantikan Penghargaan Pesara. 5. Mohon juga cadangan daripada pihak tuan jika ada istilah yang sesuai bagi menggantikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) agar ayat tersebut lebih seimbang secara keseluruhan. 6. Bantuan tuan berhubung perkara ini saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Hasfaizah Binti Zaini, Seksyen Pengurusan Teknologi Maklumat, Hospital Queen Elizabeth, Sabah. Telefon : 0168314515 Email : hasfaizah.zaini@moh.gov.myCadangan yang sesuai bagi menggantikan penggunaan “Penghargaan Pesara” ialah “Sanjungan Budi” atau “Lambaian Kasih”. Perkataan “lestari” tidak sesuai digunakan kerana berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1313, perkataan tersebut bermaksud dalam keadaan tidak berubah daripada yang asal atau tetap pada kedudukan atau pada tahap yang tertentu. Manakala bagi penggunaan “Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)”, pihak kami mencadangkan supaya nama tersebut dikekalkan.  Makna11.07.2024

Kembali ke atas