Selamat pagi. Sila beri nasihat sama ada cadangan tema " Kenangan Masa Lampau ~ Pandangan Masa depan " sesuai. Terima kasih. | Kenangan Masa Lampau - Pandangan Masa Depan boleh digunakan, atau Saudara juga boleh gunakan Kenangan Masa Lampau - Harapan Masa Depan. | Lain-lain | 10.11.2006 |
Salam sejahtera, Saya ingin meminta bantuan bagi ayat berikut: Hablur garam akan terbentuk daripada larutan tepu lampau apabila dituangkan ke/kepada/pada tempat penukleusan. Antara ke, kepada, dan pada, mana satukah penggunaan yang tepat? Terima kasih. | Salam sejahtera Hablur garam akan terbentuk daripada larutan tepu lampau apabila dituangkan ke tempat penukleusan. | Tatabahasa | 23.06.2016 |
Pantang larang merupakan kepercayaan masyarakat zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun temurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.Pantang larang biasanya terangkum dalam acuan adat dan budaya, bukannya terus dari agama. Oleh itu sdikit sebanyak adat dan budaya itu didirikan atas prinsip asas kerangka agama.Dalam aspek yang lain, banyak pantang larang sebenarnya boleh difahami tujuan wujudnya pantang larang tersebut, yang boleh difikir secara logik, walaupun ada juga pantang larang yang memang bersifat khurafat dan tahyul. Pantang larang terdiri daripada pelbagai aspek iaitu cara hidup, perkahwinan, kehamilan, kematian dan misteri.Contohnya, dalam masyarakat melayu, anak dara tidak boleh menyanyi di dapur, nanti dikhuatiri akan berkahwin dengan orang tua. Hakikatnya, pantang larang tersebut wujud bagi mengelakkan masakan hangus kerana leka menyanyi.Tapi bagi pantang larang yang lain, seperti menyematkan rumput pada celah telinga apabila turun hujan panas, atau tidak boleh melilit tuala pada leher khusus ketika isteri mengandung tidaklah bersifat 'berpijak di bumi yang nyata', lebih bersifat kepercayaan karut, dan tidak pula ada sandaran dari segi agama. adakah betul setiap perkataan dan ayat yang saya guna? | Pantang larang merupakan kepercayaan masyarakat zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun temurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan dalam kehidupan. Pantang larang biasanya terangkum dalam acuan adat dan budaya, bukannya terus dari agama. Oleh itu sedikit sebanyak adat dan budaya itu didirikan atas prinsip agama. Dalam aspek yang lain, banyak pantang larang sebenarnya boleh difahami tujuan wujudnya pantang larang tersebut, yang boleh difikirkan secara logik, walaupun ada juga pantang larang yang memang bersifat khurafat dan tahyul. Pantang larang terdiri daripada pelbagai aspek iaitu cara hidup, perkahwinan, kehamilan, kematian dan misteri. Contohnya, dalam masyarakat melayu, anak dara tidak boleh menyanyi di dapur, nanti dikhuatiri akan berkahwin dengan orang tua. Hakikatnya, pantang larang tersebut wujud bagi mengelakkan masakan hangus kerana leka menyanyi.Tapi bagi pantang larang yang lain, seperti menyematkan rumput pada celah telinga apabila turun hujan panas, atau tidak boleh melilit tuala pada leher khusus ketika isteri mengandung tidaklah bersifat 'berpijak di bumi yang nyata', lebih bersifat kepercayaan karut, dan tidak pula ada sandaran dari segi agama. | Tatabahasa | 20.11.2011 |
saya ingin mendapatkan kajian-kajian lampau tentang bahasa melayu oleh sarjana-sarjana seperti awang sariyan dn prof asmah hj omar, di mana saya boleh dapatkan sekian | Saudara boleh berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu (perlu mendaftar sebagai ahli), DBP untuk mendapatkan sumber rujukan yang diperlukan atau boleh juga berkunjung ke mana-mana perpustakaan berhampiran yang mendokumentasi kajian kebahasaan. | Lain-lain | 18.09.2011 |
makna sejarah manuskrip lama | Tulisan masa lampau yang merakamkan budaya manusia. Konsep budaya di sini dihubungkan antara lain dengan buah fikiran, perasaan, kepercayaan, adat kebiasaan dan nilai-nilai yang berlaku pada waktu itu di dalam sesebuah masyarakat. Untuk melihat tahap sejarah sesebuah manuskrip diperlukan ilmu filologi. | Lain-lain | 23.09.2008 |
Apakah maksud Hard Freeze? | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah sejuk beku lampau. | Istilah | 16.08.2016 |
Adakah kata sendi "pada" mesti wujud dalam ayat berikut? Agama Kristian bermula kira-kira PADA 2 000 tahun yang lampau. Terima kasih. | Tidak perlu kata sendi nama 'pada' dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 19.05.2011 |
mencari pembayang pantun | Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman lampau. Pantun terdapat berbagai-bagai bentuk rangkapnya yang terdiri daripada dua baris, empat baris atau enam baris. Dalam pantun dua baris, pembayang pantun terletak di baris pertama. Dalam pantun empat baris, pembayangnya terletak dua baris awal, iaitu baris pertama dan kedua. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 06.03.2009 |
berikan saya maksud masa dan lewat | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan masa bermaksud waktu, ketika. Perkataan lewat bermaksud lalu, berjalan(di samping, di hadapan, dekat). lampau, habis, selesai. Sila rujuk kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1000 dan 934. | Makna | 12.03.2008 |
Adik bersarapan sebelum pergi ke sekolah. Adakah perkataan Sebelum kata hubung? | "Sebelum" bukan kata hubung, sebaliknya "sebelum" ialah kata bantu aspek yang hadir sebelum atau sesudah frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu sama ada masa lampau, masa kini, atau masa hadapan. | Tatabahasa | 07.06.2016 |