Saya keliru tentang penggunaan kata sendi 'di" untuk lampiran. Dilampiran atau di lampiran. Jarak atau tidak? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah "Di Lampiran" atau "di lampiran". Ejaan "di" dan "lampiran" dijarakkan. | Lain-lain | 30.09.2014 |
Lampiran dikepilkan. | Mohon maaf. Sila lampirkan kembali lampiran kerana lampiran tidak dapat dibuka. | Lain-lain | 08.10.2020 |
Hello, saya ingin tahu lampiran yang diminta dalam http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/pl_iklan_daftar.aspx ialah lampiran apa? Sebab saya tak ada apa apa lampiran yang boleh letak. Dimana saya boleh dapat lampiran yang diminta? | Untuk makluman, lampiran yang dikehendaki ialah visual iklan dalam bentuk jpeg atau gif. Untuk pengesahan iklan, sila klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP (bukan Khidmat Nasihat DBP) | Lain-lain | 01.12.2014 |
lampiran | Cadangan padanan bagi istilah relinquishing communication style dalam bahasa Melayu ialah gaya komunikasi pelepasan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 21.01.2025 |
lampiran | Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemerihal kepada predikat atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Pemerihalan itu dapat dilakukan melalui dua cara, iaitu: 1. secara persamaan antara subjek dengan predikat, dengan penggunaan kata pemeri ialah, 2. secara huraian tentang subjek oleh predikat, dengan penggunaan kata pemeri adalah. Ayat tersebut diberikan penambahbaikan, seperti yang berikut: 1. Hujan merupakan perumpamaan bagi al-Quran. 2. Bunyi petir merupakan perumpamaan bagi larangan yang ada di dalam al-Quran. 3. Sinaran kilat itu merupakan perumpamaan di dalam al-Quran. 4. Sinaran kilat itu merupakan perumpamaan bagi kebenaran yang kadang-kadang muncul untuk mereka, manakala menutup telinga kerana kerasnya bunyi petir merupakan perumpamaan bagi sikap mereka yang berpaling daripada kebenaran dan keengganan mereka menerimanya. Tidak semua ayat memerlukan penggunaan kata pemeri. Contohnya, “Pegawai kerajaan merupakan 30% daripada penyumbang utama zakat.” Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1918 menghuraikan makna bagi perkataan “merupakan”, iaitu menjadi atau bertindak sebagai. Perkataan di dalam yang digunakan dalam ayat tersebut tepat dan boleh digunakan. Pihak kami hanya menyemak aspek tatabahasa. Kami tidak menyemak dan mengesahkan fakta dalam ayat yang dinyatakan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 263 hingga 265. | Tatabahasa | 23.12.2024 |
Lampiran Fail. | Cadangan kata baharu bahasa Melayu boleh disalurkan melalui Gerbang Kata DBP. Portal Gerbang kata merupakan ruang kepada masyarakat untuk memberikan sumbangan maklumat yang berkaitan dengan perbendaharaan kata bahasa Melayu daripada pelbagai sumber termasuklah bahasa daerah, bahasa suku kaum Sabah dan Sarawak, bahasa orang asli,kata Melayu lama, istilah, dan padanan kata Melayu bagi bahasa asing. Sumbangan khazanah persuratan Melayu seperti peribahasa, pantun seloka, mutiara kata dan sebagainya juga dialu-alukan. Gerbang Kata boleh dicapai dengan menaip Gerbang Kata pada enjin carian. Anda diperlukan untuk mendaftar dengan klik ‘Pendaftaran’ sebelum boleh Log Masuk. Selepas anda berjaya Log Masuk, anda boleh mencadangkan perkataan baharu dengan menyertakan maklumat kata seperti asal kata, contoh penggunaan dan sumber kata yang dicadangkan. | Penyelidikan | 13.08.2018 |
lampiran fail untuk pengesahan bahasa dalam papan tanda iklan | Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan / iklan perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Kaunter dibuka pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, puan perlu mendaftar dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik panduan pendaftaran di laman dbpsahbahasa.my. Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 22.06.2018 |
lampiran ini adalah visual ikalan yang syarikat kami akan pasang pada bhagian premis hadapan bangunan | Untuk pengesahan bahasa Melayu, sila klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Puan hendaklah mendaftar masuk dan lampirkan visual iklan. | Makna | 25.11.2014 |
Lampiran fail di bawah merupakan kekeliruan saya tentang soalan di bawah atas penjelasan yang diberi oleh guru di sekolah. | 1. Kata dengan dalam ayat tersebut bermaksud bersama-sama. Kesesuaian penggunaan perkataan tersebut dalam ayat bergantung pada maksud yang hendak disampaikan.2. Tidak salah jika perkataan perkara digandakan dalam ayat tersebut. 3. Perkataan yang lebih sesuai digunakan dalam ayat tersebut ialah halaman. 4. Maksud alah bisa tegal biasa ialah segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa. Kedua-dua situasi tiada kaitan dengan maksud peribahasa tersebut. | Tatabahasa | 22.05.2008 |
Selamat Pagi, semalam saya ada pertanyaan untuk lampiran dekat website http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/pl_iklan_daftar.aspx Saya ingin tahu lampiran yang saya perlu letakan ialah lampiran apa? Sebab saya tak ada apa-apa document untuk diletakkan dekat lampiran. Tolong saya. Terima Kasih | Untuk penyemakan bahasa Melayu dalam iklan, DBP memerlukan pihak puan melampirkan visual iklan yang mempunyai bahasa Melayu. Lampiran hendaklah dalam bentk jpeg dan gif. | Lain-lain | 02.12.2014 |