1)surat itu saya sudah kirim 2)cerpen itu mengisahkan tentang perjuangan menentang penjajah 3)Lampu-lampu di bandar itu dilihat sungguh indah pada waktu malam | Yang lebih gramatis adalah seperti yang berikut: 1. Surat itu sudah saya kirim. 2. Cerpen itu mengisahkan perjuangan menentang penjajah. 3. Ayatnya betul. | Tatabahasa | 17.11.2011 |
dalam menulis karangan perkataan lampu hijau perlu guna tanda baca (" ") ini contoh ("lampu hijau '' atau lampu hijau) | Sekiranya frasa lampu hijau itu mempunyai makna yang tertentu maka wajar diberikan tanda petik. Tetapi jika hanya membawa makna biasa tidak perlu diberikan tanda petik. Sila rujuk yang berkaitan dengan tanda bacaan untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 19.06.2009 |
masyarakat tidak harus memberi lampu hijau kepada remaja bagi melakukangejala sosial. dalam ayat ini "lampu hijau" perlu mengunakan tanda baca ini (" ") ini? | Lampu hijau dalam ayat itu tidak perlu diletakkan tanda pengikat tanda (" "). | Tatabahasa | 25.06.2009 |
'BERHENTI, bila sistem lampu amaran get berbunyi. Adakah terdapat sebarng kesalahan tatabahasa dalam ayat di atas? Pendapat menyatakan Sistem lampu tidak berbunyi malah menyala. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Berhenti apabila sistem amaran pintu pagar berbunyi" ataupun "Berhenti apabila sistem amaran berbunyi". Lampu kebiasaannya menyala bukan berbunyi. | Tatabahasa | 07.03.2009 |
SAYA KELIRU PENGGUNAAN AKAN 1. LAMPU ITU SAYA AKAN TUTUP SEBENTAR LAGI ATAU 2. LAMPU ITU AKAN SAYA TUTUP SEBENTAR LAGI. DAN BOLEH PIHAK TUAN JELASKAN. | Kata 'akan' sebagai kata bantu (aspek) hadir sebelum frasa ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama, iaitu dengan menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Oleh itu, ayat yang betul ialah Lampu itu akan saya tutup sebentar lagi. | Tatabahasa | 31.03.2013 |
Perkataan toclait adalah bahasa pasar dan terdapat dalam kamus dewan. Adakah sudah diterima sebagai bahasa melayu baku? Terima kasih | Padanan torch dalam bahasa Melayu ialah Lampu suluh atau Lampu picit. Toclait ialah bahasa percakapan yang digunakan dalam situasi tidak rasmi. | Ejaan | 19.10.2011 |
"Salam... Ingin tahu ada tidak terma bahasa melayu bagi lampu 'downlight'? Terima kasih" | Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "down light" ialah lampu ke bawah. | Istilah | 30.05.2013 |
Tuan, Ibu menutup lampu yang terbuka itu kerana tiada sesiapa di dalam bilik itu. Penggunaan terbuka dalam ayat betul atau salah ? | Perkataan terbuka tidak tepat dalam konteks ayat tersebut. Terbuka bermaksud terdedah. Ayat tersebut boleh dipinda menjadi "Ibu menutup suis lampu yang terbuka itu kerana tiada sesiapa di dalam bilik itu". | Tatabahasa | 01.08.2013 |
Mereka membuat rondaan. Mereka membawa lampu suluh. Tolong jadikan ayat di atas menjadi ayat majmuk. Saya tidak tahu kata hubung apa yang boleh digunakan. Terima kasih... | Kata hubung yang sesuai ialah dan. Mereka membuat rondaan dan membawa lampu suluh. | Tatabahasa | 01.04.2013 |
MAKSUD SURAM | Suram bermaksud 1. tidak berapa terang (cahaya dll), agak gelap, kurang cahaya, redup (cuaca): di dlm kamar tidurnya itu hanya lampu tidur sahaja yg hidup, lampu kecil yg ~ cahayanya; petang yg ~; 2. tidak berkilauan atau bercahaya (barang emas, perak, dll), tidak bening (batu permata), buram: kalau beberapa hari tidak dicucinya, kereta itu kelihatan ~; 3. tidak berseri-seri (muka, mata, dll), kusam, kuyu, muram (kerana sedih dll): di ambang pintu terdiri Jenab dgn pakaian serba hitam, rambutnya tidak berdandan, mukanya ~; matanya ~; 4. kurang seronok (kehidupan dll), kurang berbahagia, susah (hati dll), sedih: sesekali guruh menderam di sebelah barat, di hati mereka ~, besok entahkan hujan!; kehidupan yg ~; | Makna | 02.10.2010 |