SAYA KELIRU PENGGUNAAN AKAN 1. LAMPU ITU SAYA AKAN TUTUP SEBENTAR LAGI ATAU 2. LAMPU ITU AKAN SAYA TUTUP SEBENTAR LAGI. DAN BOLEH PIHAK TUAN JELASKAN. | Kata 'akan' sebagai kata bantu (aspek) hadir sebelum frasa ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama, iaitu dengan menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Oleh itu, ayat yang betul ialah Lampu itu akan saya tutup sebentar lagi. | Tatabahasa | 31.03.2013 |
Dalam halaman 201 dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Tiga, dalam contoh ayat 261-266, bolehkah saya ubah ayat kepada ayat yang seperti di bawah ini: 261. LAMPU-LAMPU yang bergantungan di dinding 262. BENDERA-BENDERA warna-warni berkibaran di sepanjang jalan. 263. BINTANG-BINTANG bertaburan di langit. 264. BURUNG-BURUNG layang-layang berterbangan di angkasa. 265. DAUN-DAUN/DEDAUN berguguran di halaman rumah. 266. (Ayat dikekalkan) Kanak-kanak berkejaran di padang sekolah. 1. Jika ayat tersebut tidak boleh diubah seperti yang saya tulis di atas, apakah sebabnya? Boleh berikan keterangan? 2. "Kanak-kanak" bukan kata ganda kerana "kanak-kanak" ialah satu perkataan? 3. "Dedaun" sama dengan "daun-daun"? | Perkataan bergantungan, berkibaran, bertaburan, berterbangan, berguguran dan berkejaran ialah kata kerja terbitan yang terhasil daripada penggunaan apitan beR-...-an yang membawa maksud perbuatan yang menunjukkan jumlah subjek yang banyak. Oleh itu subjek seperti lampu, bendera, bintang, burung layang-layang, daun kering tidak perlu digandakan lagi. Manakala kanak-kanak pula ialah kata ganda semu dan membawa makna yang khusus apabila digandakan dan kata ganda semu bukan penanda jamak. Oleh itu, kanak-kanak betul dan boleh digunakan dalam ayat tersebut.. | Lain-lain | 05.05.2014 |
1)surat itu saya sudah kirim 2)cerpen itu mengisahkan tentang perjuangan menentang penjajah 3)Lampu-lampu di bandar itu dilihat sungguh indah pada waktu malam | Yang lebih gramatis adalah seperti yang berikut: 1. Surat itu sudah saya kirim. 2. Cerpen itu mengisahkan perjuangan menentang penjajah. 3. Ayatnya betul. | Tatabahasa | 17.11.2011 |
Saya nak semak guna ayat berikut: 1. MATIKAN PLUG SEBELUM PULANG 2. SUHU PENDINGIN UDARA YANG OPTIMA 3. JOM JIMAT ELEKTRIK 4. TOLONG MATIKAN SUIS SEBELUM KELUAR 5. MATIKAN MONITOR KOMPUTER SEBELUM PULANG 6. TAHUKAH ANDA? JANGKA HAYAT LAMPU LED LEBIH 2 KALI GANDA LEBIH LAMA 7. TAHUKAN ANDA? KOS TENAGA ELEKTRIK LAMPU KALIMANTAN IALAH RM10 SEBULAN 8. ANDA JIMAAT TENAGA DI TEMPAT KERJA, ANDA JIMAT TENAGA DI RUMAH 9. ANDA CERMAT ANDA JIMAT 10. TENAGA CEKAP POKET SELAMAT 11. BAKAR KALORI & JIMAT ELEKTRIK. GUNALAH TANGGA Tq | 1. Pastikan Plag Dicabut Sebelum Pulang. 2. Gunakan Suhu Penyaman Udara yang Optimum. 3. Tolong Tutupkan Suis Sebelum Keluar. 4. Tutupkan Monitor Komputer Sebelum Pulang. 5. Tahukah Anda? Jangka Hayat Lampu Led 2 Kali Ganda Lebih Lama Berbanding lampu biasa. 6. Tahukah Anda? Kos Tenaga Elektrik Lampu Kalimantan 4' ialah Rm10 Sebulan. 7. Betulkan Tahukan Anda? kepada Tahukah Anda? 8. Tolong Tutupkan Pemanas Air Sebelum Pulang. 9. Jimat Tenaga Pket Selamat.
| Lain-lain | 03.10.2016 |
MAKSUD SURAM | Suram bermaksud 1. tidak berapa terang (cahaya dll), agak gelap, kurang cahaya, redup (cuaca): di dlm kamar tidurnya itu hanya lampu tidur sahaja yg hidup, lampu kecil yg ~ cahayanya; petang yg ~; 2. tidak berkilauan atau bercahaya (barang emas, perak, dll), tidak bening (batu permata), buram: kalau beberapa hari tidak dicucinya, kereta itu kelihatan ~; 3. tidak berseri-seri (muka, mata, dll), kusam, kuyu, muram (kerana sedih dll): di ambang pintu terdiri Jenab dgn pakaian serba hitam, rambutnya tidak berdandan, mukanya ~; matanya ~; 4. kurang seronok (kehidupan dll), kurang berbahagia, susah (hati dll), sedih: sesekali guruh menderam di sebelah barat, di hati mereka ~, besok entahkan hujan!; kehidupan yg ~; | Makna | 02.10.2010 |
Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata silaan "Sila" dan"Tolong". Apakah jawapan yang betul untuk soalan di bawah jika diberi dua pilihan iaitu "Sila" dan "Tolong"? Adakah terdapat soalan yang kedua-duanya boleh diterima? 1. ________ gunakan lampu meja dengan cermatnya. 2. ________ letak lampu meja di tempat yang sesuai. 3. ________ tutup pintu selepas masuk ke dalam bilik darjah. 4. ________ senyap apabila berada di perpustakaan. 5. ________ menjaga kebersihan bilik darjah. Sila jelaskan juga perbezaan dari segi penggunaan "Sila" dan "Tolong". Terima kasih | Salam sejahtera, Tuan, "Tolong" merupakan ayat permintaan yang bertujuan untuk memohon permintaan dan pertolongan. "Sila" merupakan ayat silaan dan permintaan biasanya tiada membawa pengertian yang negatif sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan. Oleh itu, penggunaan kedua-dua perkataan ini sesuai bagi setiap ayat tersebut tetapi harus disesuaikan dengan situasi ayat tersebut. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 10.07.2018 |
Adakah ayat berikut betul dari segi tatabahasanya. 1. Jangan berenang di dalam sungai yang dalam itu. ( Bolehkah perkataan dalam yang pertama dibuang ?) 2. Jumlah keuntungan pada tahun ini ada dalam tangan pengurus kilang itu. ( ...ada dalam tangan ... perlu ditukar ...ada pada tangan..., yang mana satu lebih sesuai?) 3. Lampu minyak tanah terliuk-liuk ditiup angin lalu padam. ( Sesuai atau tidak guna perkataan lampu? Adakah lampu itu perlu ditukar perkataan pelita?) | 1. Boleh, tetapi yang lebih jelas ialah di dalam. 2. pada tangan, sebabnya dalam tangan ada dua makna, betul-betul dalam tangan atau ada padanya (3. Pelita lebih tepat | Tatabahasa | 27.08.2007 |
Bolehkah beri maksud kosa kata di bawah ini? 1 bertimbul balik 2 bertitik tolak 3 terkinja-kinja 4 tetupai 5 lemah lentur 6 buruk laku 7 lampu gantung 8 kecil molek 9 kering kersang 10 gelap mata Terima kasih | 1. Tiada dalam rujukan kami. 2. berasal atau berpunca (drpd). 3. terlonjak-lonjak (terloncat-loncat) kerana kegirangan dll: Dia ~ kegirangan selepas melihat keputusan peperiksaannya. 4. tupai-tupai. 5. tidak mudah patah (tetapi boleh dilenturlentur), liat. 6. tidak baik kelakuannya. 7. lampu yg dipasangkan tergantung dr siling dsb (tidak terlekap pd dinding). 8. comel. 9. kering tidak subur (bkn tanah). 10. a) tidak dapat berfikir lagi kerana marah dsb (sehingga mengamuk, memukul, dsb); b) pitam: dia dibawa ke hospital setelah dia berasa ~ mata. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk http://prpm.gov.my. Cepat dan mudah. | Makna | 25.02.2010 |
1 Ravi terpaksa bekerja menampung kehidupan keluarganya . menampung boleh digunakan dalam ayat ini? 2 Beberapa batang pokok dan tiang lampu telah rebah setelah ditiup angin kencang. rebah atau tumbang lebih sesuai digunakan ? apakah perbezaan perkataan ini? 3 Apakah maksud pecah buku lali kaki Amir setelah dihempap kayu besar ? 4 Apakah maksud katak di bawah sabut kelapa ? 5 Apakah maksud anak tekak atau anak lidah? 6 Gemersik bunyi gesekan biola yang dimainkan oleh pemuzik itu. gemersik atau gemerisik ? 7 Pak Mat meredah gerimis senja demi mencari sesuap nasi untuk keluarganya. Aapakah maksud meredah gerimis senja? 8 Apakah maksud talam dua muka ? Terima kasih | 1. Ravi terpaksa bekerja menampung kehidupan keluarganya . menampung boleh digunakan dalam ayat ini 2. Beberapa batang pokok dan tiang lampu telah rebah setelah ditiup angin kencang. rebah atau tumbang, kedua-duanya boleh digunakan 3. Apakah maksud pecah buku lali kaki Amir setelah dihempap kayu besar. - pecah bermaksud berbelah-belah menjadi kecil-kecil, oleh itu, pecah tidak sesuai dalam ayat ini. 4. Apakah maksud katak di bawah sabut kelapa. - peribahasa ini tiada dalam sumber rujukan kami 5. Anak tekak atau anak lidah ialah daging yang terjuntai pd pangkal kerongkong. 6. Gemersik bunyi gesekan biola yang dimainkan oleh pemuzik itu. 7. Meredah gerimis senja bermaksud menempuh hujan yang menitik halus-halus pada waktu senja. 8. Talam dua muka bermaksud bermuka dua atau munafik. | Tatabahasa | 07.10.2010 |
1. Rumah batu di tepi sawah itu beratap/beratapkan genting. Apakah perbezaan antara kedua-dua perkataan tersebut? 2. Izana berkhidmat sebagai sukarela di rumah kebajikan. Adakah ayat ini betul? Tolong tuan terangkan jika ayat ini salah. 3. Cahaya lampu yang tersilau/menyilaukan itu menyakitkan mata saya. Bolehkah tuan menerangkannya kepada saya. Sekian terima kasih. | 1. Ayat yang betul ialah "Rumah batu di tepi sawah itu beratapkan genting." Bezanya adalah seperti berikut: beratapmempunyai (memakai) atap, dibubuh (dipasangkan) atapnya: pondok itu belum ~; beratapkanmempunyai atau dipasangkan sesuatu (spt rumbia, genting, dsb) sbg atapnya atau bumbungnya: rumah papan ~ genting; 2. Ayat yang betul ialah "Izana berkhidmat secara sukarela di rumah kebajikan." 3. Ayat yang betul ialah "Cahaya lampu yang menyilaukan itu menyakitkan mata saya." menyilaukanmenyebabkan menjadi silau: sinar matahari itu sungguh ~ mataku; tersilaumenjadi silau; | Tatabahasa | 07.12.2009 |