Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "wake on LAN"? Adakah "LAN Jaga" sesuai? Jika tidak, sila berikan pendapat. Terima kasih. | Salam Sejahtera. Mohon tuan/puan memberikan penggunaan perkataan wake on LAN dalam contoh ayat. Mohon juga tuan/puan memberikan ayat sebelum dan selepas ayat yang mengandungi perkataan wake on LAN supaya kami boleh mencadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 26.09.2017 |
Siew Lan berasa gembira sangat kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. (munsyi, jawaban menyatakan ayat ini salah, dapatkah munsyi tunjuk ajar di mahakah kesalahannya? TK) | Merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, sangat merupakan kata penguat bebas. Kata penguat bebas ialah perktaan yang letaknya atau kedudukannya bebas, iaitu sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif. Ayat yang dinyatakan ialah betul. | Tatabahasa | 08.03.2013 |
1. Swie Lan memang/sahaja suka berjoging pada waktu petang. Mengapa jawapan memang betu? atau mengapa jawapan sahaja salah? | Perkataan "memang" sesuai dalam konteks ayat tersebut. Sila rujuk kamus dan lihat perbezaan makna memang dan sahaja. | Tatabahasa | 30.07.2012 |
Salam. Apabila menyebut istilah (akronim Local Area Network), adakah sebutannya "lan", "lén", atau "él éi én" (sebutan setiap huruf)? Terima kasih. | Sebutan yang betul ialah "LAN." | Lain-lain | 04.05.2022 |
Selamat pagi.Mohon pencerahan drp tuan/puan. 1.Swee Lan suka *membaca* buku di perpustakaan. 2.Hobinya ialah *membaca* . Perkataan “membaca” dlm kedua-dua ayat ini ialah kata kerja transitif atau “membaca” dlm ayat kedua tu kata kerja tak transitif? | Perkataan "membaca" pada ayat Swee Lan suka membaca buku di perpustakaan merupakan kata kerja transitif manakala perkataan "membaca" dalam ayat Hobinya ialah membaca merupakan kata nama kerana hadir selepas kata pemeri "ialah". | Tatabahasa | 02.09.2020 |
Adakah pemisahan sebutan yang berikut betul? 1. awalan (a.wa.lan) 2. seruan (se.ruan) 3. perniagaan (per.nia.ga.an) | Ketiga-tiganya betul. | Lain-lain | 06.03.2013 |
Berikut adalah beberapa senarai-senarai barang yang diperlukan oleh nenek Swee Lan untuk membuat kuih bakul. A.Berikut adalah senarai barang-barang B.Adalah yang berikut senarai beberapa barang C.Yang berikut adalah senarai beberapa barang D.Berikut adalah beberapa senarai-senarai barang Jawapan yang diberikan adalah C. Selain tempatnya indah, kami tertarik dengan keindahan seni bina rumah di kawasan ini. A.kami tertarik keindahan seni bina B.kami tertarik tentang seni pembinaan C.kami tertarik oleh keindahan seni bina D.kami tertarik dengan keindahan seni bina Jawapan yang diberikan adalah C. Saya ingin mengetahui sebab kedua-dua jawapan tersebut adalah betul. Sekian, terima kasih. | 1. Tiada jawapan yang betul kerana kata pemeri adalah perlu diikuti oleh kata sendi nama seperti untuk, dari, daripada, dll. Jawapan C akan menjadi betul sekiranya perkataan adalah digantikan dengan ialah. 2. Jawapan yang betul ialah D, bukan C kerana jawapan C untuk kata tertarik oleh seni bina membawa maksud seni bina itu yang menarik saya. | Tatabahasa | 29.07.2009 |
Salam. Apakah sebutan dan ejaan Jawi bagi istilah "avalanche" di dalam bahasa Melayu? Adakah "a.va.lan.ce"/"اۏالنچى" betul? Terima kasih. | Ejaan Jawi perkataan avalanche ialah اۏلنچ. | Ejaan | 03.04.2022 |
Salam sejahtera, En. Sulaiman, Boleh saya tahu, apakah macam mana nak bezakan penggunaan 'diri' dan 'diri sendiri'. Jawapan encik didahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. Be Lan | Perkataan "diri" boleh merujuk kepada diri orang itu sendiri dan boleh merujuk diri orang lain. Contoh ayat : Silat ialah salah satu seni mempertahankan diri. Perkataan "diri sendiri" merujuk kepada diri individu. Contoh ayat: Ahmad sudah besar dan boleh menguruskan diri sendiri. | Lain-lain | 20.10.2014 |
Selamat pagi, En. Sulaiman, Saya ingin tanya, macam mana nak bezakan penggunaan perkataan 'hal' dan 'perkara'? Betulkah ayat ini, 'Ada perkara yang runsingkan awak?' Jawapan daripada En. Sulaiman didahului dengan ucapan terima kasih. Terima kasih. Be Lan | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, antara maksud "hal" ialah 1. keadaan, kejadian, peristiwa 2. masalah, perkara, soal, urusan 3. perkara. "Perkara" pula bermaksud 1. sesuatu yg harus diselesaikan, pokok perbincangan (pertelingkahan dll), fasal, hal 2. kejadian, peristiwa 3. hal yg menghendaki keputusan, mahkamah, dll (perbuatan jenayah, perselisihan, dll), kes, sengketa. Berdasarkan maksud yang telah diberikan, kedua-dua perkataan ini boleh digunakan dan boleh membawa maksud yang sama. | Makna | 10.01.2014 |