Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.cong] | لنچوڠ

Definisi : ; melancong melawat sambil melihat­lihat (bersenang-senang): dia bercadang utk ~ ke luar negara pd tahun hadapan; pelancongan 1. perihal melancong: dlm ~ itu kami sempat menikmati keindahan Kebun Raya Bogor; 2. perihal orang me­lancong dan perkhidmatan yg berkaitan dengannya: menggalakkan perusahaan ~ di negara ini; pelancong orang yg melancong: kedua-dua bandar itu selalu dilawati ~ kerana peman­dangannya yg cantik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.cong] | لنچوڠ

Definisi : ; melancong pergi melawat utk bersenang-senang atau utk melihat-lihat. pelancongan hal-hal mengenai urusan melancong; perbuatan melancong; perjalanan utk bersenang-senang atau utk melihat-lihat. pelancong orang yg melancong: Paris sentiasa menjadi tumpuan para ~ dr seluruh dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lancong
Kata Terbitan : melancong, pelancongan, pelancong,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya tertarik dengan sessi soaljawab tentang 18 pola selarasan vokal. 1. Bagaimana pula dengan perkataan seperti 'lancong' - ( pola (a-o) tiada di dalam senarai ) yang mempunyai maksud yang berbeza dengan perktaan 'lancung'? 2. Adakah terdapat cara untuk membezakan perkataan yang banyak bunyi ( e taling dan pepet) sepeti ' sepak' dan 'perang'. 3. Adakah terdapat kaedah untuk membezakan e taling dan e-pepet di awal perkataan dalam pola (e-o)berdasarkan vokalnya di dalam perkataan seperti (emas dan emak vs elak dan esak) ? Sekian , terima kasih.

1. Dalam pola keselarasan vokal tidak pola a-o ada dalam sistem ejaan lama; contohnya batok, manakala dalam sistem ejaan baru pola a-o tidak ada lagi yang ada pola a-u; contohnya batuk. Mengenai perkataan lancong berkemungkinan perkataan tersebut ialah kata pinjaman daripada Nusantara, oleh itu kata tersebut tidak tertakluk pada pola keselarasan vokal.

2.Tidak ada cara khusus untuk membezakan antara e pepet dan e taling dalam sesuatu perkataan kecuali melihat pada keseluruhan ayat.; contohnya; ....membersihkan semak-samin di halaman rumah (e pepet), ...semak semua akaun yang ada (e taling).

 

Tatabahasa23.05.2010
Apakah perbezaan perkataan-perkataan berikut: 1.bena,bina2.colek,culik3.dokong,dukung4.endah,indah5.golong,gulung6.kendaraan,keinderaan7.lancong,lancung8.lengkung,lingkung9.kesal,sesal10.undang,undang-undang11.satu,suatu12.mesti,pasti12.fakto,faktor13.babit,libat14.fanatik,pejuang15.tentang,mengenai Yang manakah betul mengambil perhatian atau memberikan perhatian ? Yang manakah betul,pendingin hawa atau pengawa dingin atau penyaman udara ? Yang manakah betul,walaubagaimanapun atau walau bagaimanapun ?1. Bena
Maksud bena ialah peduli; acuh: Janganlah buat tak ~ kpd anak yatim piatu itu. ~ tak ~ acuh tak acuh; tidak peduli. membenakan mengambil sikap mahu mengetahui; mempedulikan: Sbg orang yg berani, ia tidak ~ lawannya.
   Bina
Maksud bina ialah  membina 1 membuat sesuatu bangunan, spt rumah supaya tegak berdiri: Siapakah yg ~ masjid yg seindah ini? 2 mengusahakan supaya maju dan lebih baik; membaiki: Kita mesti bekerja keras utk menyusun dan ~ suatu masyarakat yg adil dan makmur. binaan sesuatu yg dibina; hasil drpd membina: Taj Mahal merupakan ~ yg terindah di dunia. pembinaan perbuatan atau hal membina; pembangunan: ~ masjid itu memakan masa lebih kurang dua tahun. pembina orang yg membina; pembangun: Siapakah ~ bangunan Taj Mahal yg masyhur itu?

2. Colek
Maksud colek ialah /colék/; mencolek 1. mencalit (mengambil, menyentuh) dgn hujung jari: ~ kapur. 2. mencecah kuah, sambal dsb dgn sesuatu (spt ketupat, ulam dll): Dia ~ sambal belacan itu dgn ulam petai. 3. mencungkil (dgn hujung jari dll utk mengeluarkan sesuatu): ~ tahi telinga. ~ hati menggelikan hati (kerana lucu atau jenaka). mencolekkan 1. mencalitkan sesuatu pd; memalitkan. 2. mencecahkan barang makanan (spt ketupat, ulam dll) pd kuahnya, sambal dsb: ~ ketupat pd rendang daging. secolek sebanyak yg dipalit atau disentuh dgn hujung jari dsb.
   Culik
Maksud culik ialah menculik melarikan orang (anak-anak atau orang dewasa) dgn paksaan utk tujuan memperoleh wang tebusan dsb. penculikan perbuatan menculik. penculik orang yg menculik.

DBP hanya boleh memberikan beberapa makna sahaja. Makna dan perbezaan untuk perkataan-perkataan lain boleh dicari dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.

Bagi perkataan pendingin hawa, penghawa dingin dan penyaman udara, perkataan yang tepat ialah penyaman udara.
Yang akhir sekali perkataan yang betul ialah "walau bagaimanapun".

Mengambil perhatian dan memberikan perhatian, kedua-duanya betul bergantung kepada konteks ayat.
Lain-lain07.10.2014
SAYA PERLU KEPASTIAN DARI PIHAK DBP EJAAN YANG TEPAT BAGI PERKATAAN BERIKUT IAITU:- 1. EKO SISTEM ATAU EKOSISTEM 2. KERETA API ATAU KERETAPI 3. EKO LANCONG ATAU EKOLANCONG 4. MENGENAL PASTI ATAU MENGENALPASTI KERSAMA DARI PIHAK TUAN AMAT DIHARGAI.SEKIAN TERIMA KASIH.

Puan Kasmah, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Ejaan yang betul bagi ketiga-tiga soalan ialah, ekosistem, ekolancong, kereta api dan mengenal pasti. Terima kasih.

Ejaan26.05.2009

Kembali ke atas