anak pertama = anak sulung, boleh dipanggil kak long? anak kedua= boleh dipanggil kak ngah? anak ketiga nak panggil apa? anak keempat boleh dipanggil adik su ( adik bongsu)? | Anak ketiga lazimnya dipanggil Alang. Panggilan yang biasa ialah Kak Lang dan Mak Lang. | Makna | 19.02.2008 |
Terima kasih untuk jawapan yang telah diberikan. Bagaimana pula dengan perkataan berikut (dipenggalkan mengikut suku kata)? fisiologi, nasional, Tae kwan do, skuasy, akuarium, raspberi, paus, arkeologi, sfera, (Pokok) jemerelang: je me re lang atau je mer e lang? | Penggalan suku kata adalah seperti yang berikut: (fi-si-o-lo-gi), (na-si-o-nal), (Tae-kwan-do), (skua-sy), (a-ku-a-ri-um), (rasp-be-ri), (pa-us), (ar-ke-o-lo-gi), (sfe-ra), (Po-kok) (je-me-re-lang). | Tatabahasa | 19.04.2013 |
Salam sejahtera, bolehkah beritahu saya berapa jenis monolog yang terdapat dalam penulisan novel? Juga, bolehkah terangkan kepada saya perbezaan di antara monolog dan monolog dalaman? | lang="EN">Monolog ialah pertuturan kepada diri sendiri sama ada boleh disuarakan atau diucapkan dalam hati. Tidak ditujukan kepada orang lain dan tidak memerlukan reaksi ataupun jawapan daripada orang lain. Monolog hanya dua sahaja iaitu monolog dan monolog dalaman. lang="EN">Monolog (disuarakan) “ Sabarlah ayah, emak. Hajat ayah dan emak mahu nenek hendak naik haji pasti Aris tunaikan,” bisik Aris perlahan dengan wajah yang diseliputi awan kerisauan. lang="EN">Monolog (dalaman/diucapkan dalam hati) “ Inilah agaknya erti kasih antara anak dan ibu,” detak hati kecil Rina. Tanpa disedarinya, air matanya mengalir di pipinya yang gebu. | Sastera | 26.07.2012 |
Salam, boleh saya dapatkan senarai sapaan anak/nama pangkat mengikut kedudukan dalam keluarga, misalnya anak pertama dipanggil Pak Long, anak kedua dipanggil Pak Ngah, dan seterusnya? Sekian, terima kasih. | Dalam budaya Melayu, anak pertama sehingga anak kelapan ada gelaran yang khusus. Tidak ada pula gelaran untuk anak yang kesembilan dan kesepuluh. Namun, anak kedua bongsu dan yang bongsu ada gelarannya. Gelaran mengikut tertib ialah: 1. Sulung/Along @ Pak/Mak Long; 2. Angah @ Pak/Mak Ngah ; 3. Alang @ Pak/Mak Lang; 4. Pandak/Andak @ Pak/Mak Andak; 5. Ateh @ Pak/Mak Teh; 6. Anjang @ Pak/Mak Anjang; 7. Hitam/Itam/Atam @ Pak/Mak Tam; 8. Muda/Uda @ Pak/Mak Uda. Anak kesembilan boleh dinamakan sendiri dengan gelaran yang sesuai. Saya cadangkan no.9. Ilan @ Pak/Mak Ilan. Adi bermaksud adik (dalam bahasa Brunei). Oleh itu saya cadangkan, no. 10. Adi @ Pak/Mak Adi. Yang kedua bongsu, dalam keluarga ini no.11. digelar Acik @ Pak/Mak Acik; 12. Bongsu/Busu @ Pak/Mak Busu/Usu. Ada juga sesetengah tempat menggunakan gelaran Enduk/ Mak Enduk yg bererti perempuan dan Wok/Mak Wok yang bererti manis manja. | Tatabahasa | 28.10.2012 |
assalamualaikum. saya mempunyai 12 orang adik beradik. kakak saya bercadang untuk memberi gelaran kepada kami semua bagi memudahkan anak-anak saudara kami untuk memanggil kami semua. jadi, apakan urutan gelaran yang sesuai? (contoh: along, angah,....) kerana kami kehabisan idea untuk mencari 12 gelaran. terima kasih | Dalam budaya Melayu, anak pertama sehingga anak kelapan ada gelaran yang khusus. Tidak ada pula gelaran untuk anak yang kesembilan dan kesepuluh. Namun, anak kedua bongsu dan yang bongsu ada gelarannya. Gelaran mengikut tertib ialah: 1. Sulung/Along @ Pak/Mak Long; 2. Angah @ Pak/Mak Ngah; 3. Alang @ Pak/Mak Lang; 4. Pandak/Andak @ Pak/Mak Andak; 5. Ateh @ Pak/Mak Teh; 6. Anjang @ Pak/Mak Anjang; 7. Hitam/Itam/Atam @ Pak/Mak Tam; 8. Muda/Uda @ Pak/Mak Uda. Anak kesembilan boleh dinamakan sendiri dengan gelaran yang sesuai. Saya cadangkan no.9. Ilan @ Pak/Mak Ilan. Adi bermaksud adik (dalam bahasa Brunei). Oleh itu saya cadangkan, no. 10. Adi @ Pak/Mak Adi. Yang kedua bongsu, dalam keluarga ini no.11. digelar Acik @ Pak/Mak Acik; 12. Bongsu/Busu @ Pak/Mak Busu/Usu. Ada juga sesetengah tempat menggunakan gelaran Enduk/ Mak Enduk yg bererti perempuan dan Wok/Mak Wok yang bererti manis manja. | Makna | 23.09.2011 |