Mana 1 yang betul, Pendalam atau Pendalaman Sungai Langat akan dijalankan. Kenapa? | Yang betul ialah Pendalaman Sungai Langat akan dijalankan. | Tatabahasa | 19.07.2010 |
Kerana kehilangan buku teks, di manakah buku teks sejarah tingkatan 1 boleh didapati ? anak puan sekolah di SMK KEB Dusun Nanding, 43100 Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. | Buku berkenaan boleh diperoleh di Kedai Buku Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka di alamat tingkat bawah, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur atau di mana-mana kedai buku di Kuala Lumpur. | Lain-lain | 25.10.2008 |
Salam tuan-tuan dan puan-puan Nama saya chiang heng huat seorang business owner kedai handset dari banting'pada hari ini saya pergi majlis daerah kuala langat..nak mohon penambahan satu papan iklan'perjabat majlis daerah beri tau saya kena minta pengesahan daripada dewan bahasa dan pustaka(DBP) dahulu'di sini saya harap pihak dewan bahasa boleh bantu saya..luluskan pengesahan saya'dalam pertanyaan ini saya ada attachment satu pelan papan iklan..jika sudah apporove'minta pihak boleh beri tau saya'sekian terima kasih | Untuk permohonan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui DBP Sah Bahasa di www.dbpsahbahasa.my. Jika menghadapi masalah teknikal berkaitan sistem sila hubungi talian 03-21479309/9398/9400/9500/9600. | Lain-lain | 11.08.2017 |
Assalamualaikum, mohon semakan ayat berikut: "Program ini bukan sahaja menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Animasi 2D malahan dapat mengimplementasikan ke dalam kerjaya di dalam bidang berkaitan Multimedia Kreatif." Terima kasih. Munirah binti Ahmad Zaki Kolej Komuniti Kuala Langat | Ayat yang betul: "Program ini bukan sahaja menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang animasi 2D, malah dapat diterapkan dalam kerjaya yg berkaitan dgn multimedia kreatif." | Lain-lain | 19.01.2021 |