Saya ingin bertanya tentang penggunaan "langgan" dan "langgani". Yang mana satu adalah betul? Teks asal dalam bahasa Inggeris ialah "Subscribe to... [sesuatu perkhidmatan]". | Penggunaan kedua-dua kata tersebut bergantung pada konteks penggunaannya. Kata langgan sama dengan berlanggan, contohnya kami langgan/berlanggan tiga buah surat khabar. Kata langgani pula lazimnya wujud dalam ayat pasif atau ayat suruhan, contohnya Majalah itu saya langgani dan Langganilah majalah Dewan Siswa dengan segera. | Tatabahasa | 22.06.2015 |
Hasliza Kaiyom TUES 17:24 Macam mana nak langgan Majalah Dewan Pelajar? | Sila hubungi pegawai Bahagian Pemasaran dan Pengedaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. | Lain-lain | 24.01.2017 |
Saya telah melanggan majalah dewan bahasa dan pelita bahasa namun dari bulan april hingga sekarang saya masih tidak mendapat langgan sedangkan saya telah membayar.Harap mendapat tindakan selanjutnya dari pihak tuan puan. | Perkara ini telah dipanjangkan kepada Koperasi DBP Sdn Bhd. Sdr boleh berhubung dengan pegawai yang berkenaan, Encik Mohd Isa bin Khamis, di talian 012-3219456. | Lain-lain | 19.06.2012 |
رضوان احمد SUN 13:20 رضوان احمد رضوان Salam tuan. Kenapa harga Majalah Dewan Pelajar kalau beli d kedai setahun baru RM36. Tapi kalau langgan setahun RM40.80? Tapi dinyatakan dalam borang langganan diskaun 20%. Mohon pencerahan. T.kasih | Sila hubungi pegawai Bahagian Pemasaran dan Pengedaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. | Lain-lain | 05.02.2017 |
Sila tunjukkan kata dasar dan imbuhan bagi kata-kata berikut. menghenti menyapu menumpang mengangkat meninggi mengajar menggalak menjangkit menengah mengetua mengubu melanggar melanggan | Perkataan menyapu, menumpang, mengangkat, meninggi, mengajar, menjangkit, menengah, melanggar dan melanggan merupakan kata kerja transitif aktif yang menerima awalan meN-. Kata dasar bagi menyapu ialah sapu, tumpang bagi menumpang, angkat bagi mengangkat, tinggi bagi meninggi, ajar bagi mengajar, jangkit bagi menjangkit, tengah bagi menengah, langgar bagi melanggar dan langgan bagi melanggan. Sementara, perkataan menghentikan dan menggalakkan menerima apitan meng-...-kan manakala mengetuai dan mengubui menerima apitan meN-...-i. Kata dasar bagi perkataan menghentikan ialah henti, galak bagi menggalakkan, ketua bagi mengetuai dan kubu bagi mengubui. | Tatabahasa | 30.10.2006 |